• Tuesday, April 04, 2006

    Introduction

    Assalamualaikum.

    Wah! orang ada blog, aku pun nak berblog juga.. hehehe... camna nak mula?? aku pun tak tahu.
    Tapi tujuan aku menulis blog ni, sekadar nak merakamkan perjalanan kehidupan kami sekeluarga. Dah dok zaman IT ni, aku rasa walau pun ilmu tak se gah mana, namun aku harus alert dengan perkembangan terkini. Nak tak nak aku gagahkan juga. Nanti bila dah tua, boleh jugak kot buat reference kenangan masa zaman muda. Tambahan pula, dah ada komputer di rumah senang sikit nak luangkan masa menulis.
    Aku akan cuba to keep this blog updated. Mungkin juga akan dikemas kinikan oleh Puan Norazlina Md. Arif... hehehe... bukan cik lagi... dah kawin beb! Kawin ngan sapa??? Sapa lagi kalau bukan dengan aku yg ensem ni... hehehe. So ikutilah kisah perjalanan hidup kami, kalau ada yang baik itu boleh diambil sebagai pengajaran... (cam drama samarinda la pulak...!)
    Selain itu tegur dan nasihatilah kami di ruang ini, moga dapat membentuk jalinan kekeluargaan serta ukhwah sesama insan...
    *bahasa yang digunakan bahasa rojak... main hentam kromo. Jadi kalau ada para pelajar yang membaca blog kami, dinasihatkan agar tidak menggunakan ayat kami sebagai rujukan peperiksaan kertas bahasa melayu. Ingat tu!
    >>> entry yg pertama...
    Apa yg bess dalam hidup??? kawin????? haha.
    Sejurus mendapat tahu bahwa aku akan di tempatkan ke London, hasrat untuk menamatkan zaman bujang harus aku percepatkan (walaupun dah terlepas target umur). Perkenalan suka sama suka yang tak sampai setahun itu harus saja aku paterikan dengan ikatan perkahwinan yang sah.
    Memula tu takut-takut juga untuk menyuarakan hasrat hati, takut kena reject... Kang tak pasal pasal jadi cam barangan factory outlet... haha. Namun berbekalkan hati yang ikhlas di tambah dengan muka aku yang "confident", Alhamdulillah lamaran aku diterima tanpa perlu banyak melalui rintangan dan kepayahan.
    Perkahwinan kami sungguh "kelam kabut", memandangkan kami hanya ada 5 bulan untuk menguruskan segalanya. Tak perlulah diceritakan secara terperinci tentang perancangan serta persiapan perkahwinan. Biarlah hanya mereka yang terlibat secara khusus sahaja yang mengetahui... Biarlah Rahsia!
    Pada bulan 7 aku menghantar rombongan merisik, diikuti rombongan pertunangan pada bulan 9. Seterusnya 2 minggu selepas menyambut Hari Raya Puasa kami selamat di ijab kabulkan, tarikhnya 27.11.2004. Pada keesokan harinya, majlis reception sebelah pihak perempuan diadakan di Melawati manakala majlis di Ipoh pada 5.12.2004.
    Ucapan terima kasih tidak terhingga untuk family di Ipoh dan Melawati yang banyak berkorban tenaga dan wang ringgit untuk majlis kami, terutama Mak di Ipoh juga Mak & Abah di Melawati serta kakak2, abang2 & adik2... Hanya Allah yang mampu membalasnya. Terima kasih kepada sanak saudara, orang-orang kampung, jiran-jiran, kawan-kawan, opis mate yang turut menyumbangkan tenaga dan masa. Tak lupa kepada semua tetamu yang sudi datang dari jauh dan dekat untuk memeriahkan majlis kami.
    Doakan pernikahan kami ini kekal hingga ke Syurga... Amin.
    *2 minggu selepas majlis perkahwinan di Ipoh, aku dan isteri berangkat ke kota London, dan bermulalah cabaran baru dalam hidup kami... Terima kasih lagi diucapkan kepada keluarga dan semua yang sudi menghantar kami sampai ke KLIA...
    **** ** ****

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home