Rumahku syurgaku
Ladies and Gentlemen please fastened your seat belt, we will be landed shortly. Thank you for flying with us and we look forward to serving you again...
YEY! Kami sampai di Heathrow Airport pada 30.12.2004 jam 6 pagi. Masa tu winter, jadi biasalah kan, sejuk. Bagi aku permandangan di London itu semacam mengulang kembali nostalgia masa aku belajar di Leeds 8 tahun dulu. Bagi Lina pula… segala-galanya pertama kali - pertama kali naik kapal terbang, pertama kali pergi oversea.
Kami sebenarnya beruntung berbanding dengan sesetengah pasangan pengantin baru yang lain. Apa tak nyer, our "honeymoon" is fully sponsored! Kami juga tak perlu nak pening kepala mencari rumah sewa, menyediakan down payment, cari peralatan rumah, sofa, meja makan, katil, peti ais, dan macam macam lagi lah.
Hari pertama memang la penat dan memeningkan… ditambah pulak dengan jet lag. Mengantuk jangan cakap la. Huarrrrggghhh.... menguap memanjang. Tapi dalam penat2 tu, yang bess nya pagi kami sampai tu, kami makan NASI LEMAK ! ya… Nasik lemak.. kenapa ??? tak percaya ??? Belum sempat nak feeling-feeling rindu kat makanan Malaysia, dah dapat merasa. Hahaha.
Kami nak berterima kasih kepada Wira & family yang begitu mesra menyambut kehadiran kami, selain turut membantu menyediakan beberapa keperluan asas dalam rumah tu. Tengkiu.
Bila sampai rumah... terus kami nak landing saja. Biological clock memang tengah confuse. Agak melegakan bila rumah yang disediakan telah ada basic furniture like tv, sofa, fridge etc..
ni la ruang tamu rumah kami... mai kita lepak depan tv ramai2...
Gambar kat atas tu kami dah ubah kedudukan asal dengan menambah sedikit barangan perhiasan. Barulah rumahku syurgaku... This flat is fully carpeted, kecuali dapur dan bilik air. So boleh imagine le camna payahnya kalau nak me-vacuum rumah ni… Rumah ni juga di lengkapi ngan boiler (kalau kat tempat kita, boiler ni ada kat kilang-kilang je!) dengan system radiator untuk kegunaan musim sejuk. Kalau tak, kejang beku la kami. ...
ni la boiler room merangkap stor, aku main sumbat je barang2 yg tak perlu kat situ...
Bilik ada dua di bahagian atas, satu level dengan toilet. Secara keseluruhannya boleh dikatakan selesa la. Kalau nak dibandingkan masa aku belajar dulu, heater pun dicatu sebab tak mampu nak bayar bil yang mahal. Jadinya asyik duduk berselimut dalam toto aje la.. haha...
Tapi bila datang kali ni dengan status yang berlainan, terasa lain benar fenomenanya. Jauh lebih selesa.
Jadi kalau ada sesapa yang nak kemari, boleh lah dok lepak rumah kami. Sekali sekali bercuti tukar angin ni seronok juga tau.
Datang ya... kami tunggu!
**** ** ****
0 Comments:
Post a Comment
<< Home