• Thursday, April 06, 2006

    Cahaya Mata Penenang Jiwa

    "Congratulations... you two are about to be mummy and daddy!"
    Berita baik itu kami terima pada 7.4.2005 selepas perjumpaan dengan Dr. Mallot di Harley Street clinic. Hati kami melonjak2 seronok tak terkira, sebab memang kami nanti2 kan saat ini. Kandungan sudah 5 minggu menurut scan yang pertama di Portland hospital. Baby dijangka akan lahir pada 3.12.2005. Berita baik ini terus kami hebahkan kepada keluarga di Ipoh dan Melawati.
    Kami dirujukkan kepada gynea, Miss Marion Hatton. Masa ni kami berteka teki samada anak lelaki atau perempuan. At last we decided to know the gender prior to birth. Kami tak kisah anak lelaki atau perempuan. What most important is to know that the baby is healthy.
    At this point we have started to look for names even though we have not discovered the gender... Nama baby boy dan girl dedua kami cari bersama. Aku pula rajin surf internet untuk mendapatkan nama2 yang menarik.
    Scan: 6 months & 1st foot print - can you spot it?
    Bila kandungan dah sampai 4 bulan, kami telah membuat scan appointment. Masa ni kami masih berteka teki. Tapi aku ngan wife masing2 mempunyai tekaan yang berlainan. Namun masa scan kali tu baby agak malu-malu... dia tak mahu menunjukkan "anu" nya.. hehehe... lantaran tu, kami di suruh berjalan-jalan selama 10minit sebelum kembali lagi untuk meneruskan scan yang tergendala.
    [Miss Marion Hatton & Midwife Afreda]
    Kali ni barulah nampak!!! tapi masa tengok scan tu aku langsung tak paham... Cuma angguk angguk je bila nurse yang scan tu explain itu ini.
    Nurse: Are you ready to know the gender of your baby? care to make a guess?
    Aku: emm... Baby boy... , Lina: Baby girl....
    Nurse: Guess what?...... Mummy is right!
    yay... kami bakal dapat anak perempuan!!!
    Soalan pertama yang Miss Hatton tanya aku selepas mengetahui gender baby ialah, "are you dissapointed its not a boy...?"
    No... not at all... as long as she's healthy then I'm absolutely fine.
    That's good. Well, im sure she's going to be daddy's daughter...
    Balik dari appointment tu kami terus ke Debenham dan dengan excited sekali terus beli beberapa helai baju baby.
    Dari hari ke hari kandungan terus membesar dalam keadaan sihat, walaupun pada mulanya Lina menghadapi low placenta. Namun scan terkini menunjukkan tarikh jangka kelahiran berubah pula kepada 30.11.2005. Setiap hari adalah debaran bagi kami. Alhamdulillah wife aku tak pula mengalami alahan yang teruk, cuma dia cepat letih sahaja. Kadang kadang sebelah petang kami jalan perlahan2 di Hyde Park sekadar exercise agar wife aku ada stamina ketika bersalin nanti.
    Setelah kandungan berusia 7 bulan kami telah pun mencapai kata sepakat dengan nama yang akan kami berikan kepada cahaya mata pertama kami.
    masa ni dah 9 bulan tapi wife aku steady je... sebelum tu sempat naik london eye lagi tu.. hehehe
    30.11.2005 pun tiba tetapi Lina masih kuat dan tidak ada sebarang tanda-tanda untuk bersalin. Akhirnya setelah berbincang dengan gynea, kami bersetuju untuk menetapkan tarikh 8.12.2005 untuk induce sekiranya masih belum juga ada apa2.
    Jam 9 pagi pada 8.12.2005 Lina mula di admit terus ke labour room. Aku mengambil cuti untuk sama-sama menyambut kelahiran bayi kami. Jam 10 pagi induction bermula. Tak sampai 10 minit Lina sudah mula merasa contraction. Masa ni kami masih buleh gurau2 lagi. Aku mintak Yoga ball dari Midwife Afreda. Maka bergolek2 la Lina dok atas yoga ball tu to ease the pain. Masih senyum2 gelak2. Jam 2 petang contraction makin hebat. Masa ni dah start pakai gas. Muka Lina mula berubah. Aku pula mula tak tahu nak buat apa...
    Jam 4.45 petang, gynea mengesahkan wife aku dah bersedia untuk melahirkan baby. Jadinya tong gas itu tidak dibenarkan untuk digunakan lagi. Masa ni aku kesian tengok wife aku menahan sakit, cuma perkataan "ingat Allah, sabar, tahan ya..." itu je yang mampu aku suarakan. Gynea pula memberikan aku beberapa tugas. Aku diarah untuk terus memberi kata semangat dan menjadi translator walaupun dia tahu wife aku faham apa yang dia cakap. Sesekali bila aku terdiam, gynea akan menegur agar aku terus memberi kata semangat.
    Jam 5.10petang keadaan semakin kritikal dan dalam satu waktu gynea seperti memaksa wife aku untuk terus meneran kerana nadi baby semakin lemah. Masa ni aku tengok wife aku terus bertarung dengan amat payah. Luluh hati aku melihat matanya berair menahan sakit. Namun aku kagum kerana dia tak terjerit-jerit seperti yang kami saksikan dalam rencana di tv. Akhirnya jam 5.27pm, wife aku selamat melahirkan baby girl kami yang comel sekali.
    Masa ni secara tiba tiba aku berasa lega dan sangat terharu dan amat bersyukur. Air mata aku jatuh juga akhirnya tapi cepat2 aku kesat. Aku terpaku tengok satu kelahiran dari keajaiban Allah yang Maha Agung. Seakan tak percaya! Dengan rasa syukur yang masih menjerut aku memotong tali pusat anak aku sendiri. Alhamdulillah semua selamat.
    9 minutes after birth & 1st bath

    1day old - tidurlah sayang...

    Sejurus selepas midwives Afreda membersihkan baby, dia menangis. Matanya terus celik terbuka memerhatikan dunia yang amat asing baginya. Kemudian aku meminta kebenaran untuk men-iqamat-kan cahaya mata kami. Dia masih menangis, tetapi sebaik aku menyebut... Allahhu Akbar Allahhu Akbar... dia terdiam sehinggalah aku selesai iqamat...

    Can i take her picture? aku bertanya gynea,
    yes, of course... she's yours... aku tersenyum...
    Gynea: So, can I know now what her name is?
    (Miss Hatton pernah bertanya tentang nama baby tapi kami kata masih rahsia)
    Aku minta wife aku beritahu tetapi dia pula meminta aku yang mengumumkan.
    Aku memberitahu dengan perasaan bangga dan gembira sekali,
    This is....
    ANNA NABILA MOHAMAD AZAM
    (DOB:8.12.2005, Thursday, 5.27pm, 3.37kg, Portland Hospital London)

    Unbelievable, I'm a dad now... Syukur Alhamdulillah

    Hidup kami lebih ceria kini dengan kehadiran Anna Nabila... kami menaruh harapan yang amat tinggi padanya agar menjadi anak solehah yang berjasa & berjaya di dunia jua di akhirat... InsyaAllah.

    **** ** ****

    4 Comments:

    Blogger Dwen said...

    huhuhu... dah berjinak2 dgn blog ek... bagus bagus... ;-) update la citer, gambo sume... boleh tau perkembangan org kat sana...

    lagi satu, tau tka pakai yahoo messenger? senang sket nak berborak, takyah call... ;-)

    4/07/2006 1:14 pm  
    Anonymous Anonymous said...

    mesti la tau, akak expert la yahoo messenger..dh masuk dah...
    apa nama emel yahoo??

    4/07/2006 7:04 pm  
    Blogger Dwen said...

    ibn_RF duan dah add la anilza2001...

    4/08/2006 4:17 am  
    Blogger asr said...

    duan, tu la baru nak berjinak. X byk ms nak xplore, nak masukkan lagu pun x reti lagi ni.. haha

    4/08/2006 10:04 am  

    Post a Comment

    << Home