• Saturday, April 08, 2006

    From Manjoi with Love


    ... and WELCOME to London

    Mak dan kak sham melilau ke kiri kanan mencari kelibat kami. Kami lambai dari jauh. Sejurus nampak kami, senyum terukir. Mak kelihatan lemah duduk di atas wheel chair yang ditolak seorang pekerja airport. Kami terus bersalam dan berpelukan melepas kerinduan.

    Sesampai di rumah, excitednya kami nak makan ayam percik yang kak sham bawak. Buka-buka kotak, tergezuttt pula bila tengok dalam tu penuh ngan ginseng cina. Kak sham TERamik kotak orang lain... hehehe.. sian cina tu kempunan ginseng dia! Kami ke airport semula, dan Alhamdulillah dapat balik kotak yang sepatutnya.

    Yang bess nya, kempunan aku nak makan lepat pisang pun terubat, bila mak bawak dalam 5 bijik. Begitu juga dengan keropok lekor & murtabak kelantan. Lempok, dodol dan buah **CEMPEDAK kering serta **APOM istimewa (sila rujuk nota kaki) pun ada. Serai, bunga kantan, kaset Ramlah Ram (yg ni nostalgia sungguh!), baju batik juga bantal baby, dalam lain perkataan, macam macam adaaaa! Terima kasih lah pada semua yang mengirimkan benda2 tu...

    Malam diorang sampai tu kitorang ingat nak bawak jalan2 tengok lampu, tapi penangan jet lag sungguh hebat bila mak dan kak sham terlelap sedari pukul 6 petang lagi! hehehe... tapi bila jam 3 pagi diorang dah tak buleh tido... kak sham pun turun ke bawah, makan aiskrim, kerepek dan apa aje la sambil bukak tv. Bukak-bukak TV... terbeliak matanya.. iskk... cita apa ni????? Tak senonoh sungguh!!! ...and this is her remark, "kalau orang laki ni, mau jet lag sebulan!" wakakakakakaka......

    Banyak jugaklah tempat yg kitorang lawati. Tapi semuanya terpaksa terkejar2 sebab dalam masa yang sama aku outstation selama 3 hari, walaupun dah apply cuti 2 bulan sebelum mak & kak sham sampai. Apa nak buat... kerja! Sowri....

    1. Beaconscot - Cottage village (21.8.05)
    Masa ni aku tengok mak masih lesu. Muka agak pucat... Letih tak hilang lagi, jadi tak berani nak bawak kat tempat2 yang memerlukan banyak berjalan. So aku pilih tempat ni. Tempat ni kecik je tapi menarik. Perjalanan cuma mengambil masa lebih kurang 1 jam. Sesampai disana masa tu dah nak hampir tengahari, elok sangatlah. Selepas berjalan ala kadar, kami lunch pastu sambung balik pusing2 tengok model village yang come2 tu.

    Tu diaaa... pekena aiskrim tengah2 sejuk tuuu... Ada juai tak aiskrim tu kat tempat kita? Nama dia Twist - kalau ada try la, sedap tau...

    2. Carboot Walton - dekat River Thames (22.08.05) Ha.... hari kedua ni mak dah segar sikit... Tapi bila sampai je kat carboot.. mak sihat terus!!! hehehe... kat sini memang la salah satu tempat yang aku sendiri suka pergi. Lokasi di padang yang sungguh besar. Diorang jual barang2 terpakai tapi masih elok dan cantek2. Penat la kalau nak berjalan, tapi yg magicnya mak lah yang paling laju sekali membeli barang2, kak sham pun kalah!hehee.. Banyak juga mak dan kak sham borong... dari barang kristal ke table lamp sampailah ke anak patung. Akhirnya kami balik sebab wife aku dah mengah (masa ni dia mengandung 6 bulan). Sayangnya takde gambar kat situ, cuma lepas abis borong kami singgah di tepi River Thames, bawak bekal nasi lauk ayam masak merah... yummy!!! Lazatttttt........

    Cantik pemandangan tepi River Thames ni... Untuk membuktikan lokasi ni betoi kat England, kami telah menjadikan mat saleh sebagai background.. hehehe - nampak tak?

    3. Dari 22-24.8.05 aku gi outstation.

    Mak dan kak sham ikut wife aku pegi scan baby naik black cab... Black cab ni cuma ada kat London je tau. Selepas tu diorang pergi membeli belah di Oxford Street dan Picadilly Circus - shopping kat Lilywhites. Selain dari tu mak dan kak sham jalan2 kat area rumah yang banyak kedai souvenir. So.. orang Ipoh, ada tak yang tak dapat souvenir? Ada??? sapa tu??? Cian dia...

    4. Fruit picking (25.08.05). Pagi pagi lagi kami dah bertolak ke Garsons Farm, seperti biasa bekal di bawa. Yang bessnya time ni apple memang dah ripe dan sedia untuk di petik. Aku & wife pun 1st time nak petik apple. Sama je kitorang punya excited. Selain apple, banyak lagi yang sudah sedia untuk dipetik termasuklah bunga, cabbage, cougette, spinach, plum, strawberry dan macam2 lagi kalau nak di senaraikan. Kami posing2 kat ladang bunga dan sayuran dulu, pastu lunch. Bila sampai kat ladang jagung, tringat lak masa kecik2 tolong mak & arwah ayah tanam jagung di kebun masa di Temoh dulu. Kami beli beberapa tongkol. Kemudian baru p ladang buah. Bila dah last last tu dah letih nak memetik. Tapi apple still is the bess, followed by plum. Macam2 aksi kami rakamkan. Masa nak petik plum tu, kitorang terlupa nak amik bakul, so mak guna tudung je masa mengutip buah tu. hahaha... tapi memang la manis... slurrrppp. Bila balik, memang letih.. malam tu Pak Harun dan Kak Nor datang rumah... Jamu nasi minyak gabungan masakan chef Samsiah dan chef Norazlina. 2 thumbs up!

    Aksi-aksi di ladang Garsons...

    5. Stoke-on-trend (26.8.05). Pagi tu ingat nak ke Madame Tussaud dulu, tapi malangnya tak bukak lagi. Jadi kalau nak tunggu bukak takut tak sempat ke stoke-on-trend. Jalan jem pulak tu. Bila sampai kedai dah hampir nak tutup, Tapi sempat jugak lah kami pegi ke Royal Doulton factory outlet. Kak sham ambik pinggan moonlight, mak pulak old country rose. Dengar khabar dari Datin2 yg datang sini, harga pinggan tu mencecah sampai RM15,000 satu dinner set kalau kat Mesia. Pakai pun untuk special occasion only. Wah! terror la mak & kak sham sebab guna pinggan tu buat pakai hari hari... makan hatilah kalau mak-mak Datin tahu... hahaha

    6. Sight seeing - London (27.8.05). Hari ni hari terakhir mak dan kak sham di London. Nasib baik flight malam kul 10, jadi sempat nak buat last tour kat london ni. So kami singgah kejap2 sebab nak bergambar. Sempatlah melawat Buckhingham palace, London eye, Tower hill, Tower Bridge, Big ben & Houses of Parliament, Royal Albert Hall dan Trafalgar Square. Siap ada posing posing ala ala Bollywood tu... haha. Lepas tu kami sempat pergi carboot di Denham pula.

    Terlalu banyak gambar yang hendak ditunjukkan... hanya ini yang diluluskan oleh jabatan penapisan... hehehe

    Jam 7pm kami hantar mak dan kak sham ke airport. Alhamdulillah semua luggage lepas walaupun sebenarnya terlebih dari berat yang dibenarkan. Jam 8.30pm tiba masanya untuk kami mengucapkan selamat jalan, babai, bon voyage, tata dan jumpa lagi...

    Bergambar di Heathrow Airport sebelum mak dan kak sham berangkat pulang...

    Bergelak ketawa tak kering gusi sepanjang mak dan kak Sham di sini. Begitulah cepatnya masa berlalu. Kami harap kenangan di London semuanya manis manis belaka... Ada rezeki datanglah lagi...

    Lepas ni giliran siapa pula ya?

    *Tahniah kepada kak nor yg dpt straight A's dalam PMR dan kak chik yg dapat 6A's dalam SPM yg lalu...

    Nota kaki: Cempedak - pembetulan atas kesilapan teknik yg tidak disengajakan, APOM - Item ini harus dimasukkan kerana mempunyai sentimental value yg tersendiri... hehe

    **** ** ****

    2 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    bukan nangka kering la...cempedak la...satu lagi jgn lupa kek istimewa dr ipoh tu (apom batat)....hehehehe..sendiri mau ingat ek..

    4/17/2006 3:46 pm  
    Blogger asr said...

    Opsss... cempedak ke? akan di correction kan. sowri.. lidah mat salleh susah nak beza cempedak ngan nangka... hahaha

    4/17/2006 9:28 pm  

    Post a Comment

    << Home