Cukur Rambut Anna Nabila
Marhabaaannn ya Marhabaaaannn..... aku sorang sahaja yang melaungkan lagu tu masa mencukur rambut Nabila. Cuma kami 3 beranak sahaja, tiada majlis. Pulang dari appointment yang terakhir dengan gynea, Miss Marion Hatton, kami mengambil keputusan untuk mencukur rambut Nabila. Tapi rasa sayang nak buat tu memang ada. Tengok la rambut dia... lebat! Tapi kami buat la jugak sebab digalakkan dalam agama walaupun bukan wajib. Mula mula sekali, ibunya gunting dulu, biar cukup pendek baru lah senang untuk dicukur. Aku pulak memula agak was was sebab kulit kepala baby kan lembut. Tapi apa nak buat, bila dah di rantauan ni kenalah berdikari. So, kepada para bapa yang hendak cukur rambut anak sendiri, kat sini aku perturunkan ilmu mencukur rambut baby. Ikut betui betui, pasti anda akan berjaya... hahaha.
Gambar Nabila yang dah bergunting. Dah berubah sikit, tunggu botak nanti lagi berubah mukanya...
Memula sekali.. sediakan lah bahan2nya... mudah je... pisau cukur, alas dr paper lama, sebekas air sabun - letak syampoo baby pun buleh. Lepas tu, korang bedung anak korang... letakkan baby tu kat riba korang, dan slow slow mulakan lah dari tempat paling senang korang nak cukur iaitu bahagian atas kepala... Gabra? jangan gabra... dah anak sendiri, mesti korang buat slow2 plus berhati2kan, tak luka punyer...
ha... korang tengok camna model tu buat... baca bismillah pastu selawat la sikit...
Slow slow dan teruskan... tak perlu nak licin licin sangat untuk first round tu.. biar nampak nipis je... Yang bagusnya korang rendam pisau cukur tu kat dalam bekas air yg ada sabun/syampoo tu. Pastu bahgian yang korang nak cukur tu korang basahkan sikit. Kalau korang buat betoi2, sah sah anak korang nanti akan terlelap masa korang tengah "mengerjakan" kepala dia... tapi aku nak warn korang, kalau korang duk bersila, bersimpuh, melunjur hatta duduk antara 2 sujud sekali pun masa buat kerja ni, sah sah korang akan lenguh sakit pinggang, sebab bukan kejap tau masa yg di ambil. So kalau dah penat tu korang rest la kejap cam gambo model kat sebelah kanan ni...
Masa tengah rest tu, korang suh la bini korang urut sikit, tak pun mintak la dia buat karot susu ke jus mango ke, milo ais ke, kopi ke... pastu kalau ada biskut kering cicah pun bess... kalau dia terlebih rajin mintak la dia buat goreng pisang, cekodok dan sebagainya mengikut kreativiti masing masing... hehehe
Lepas perut korang dah kenyang sikit, korang mulakan balik, pastu make surela tempat tempat yang tak licin tu, korang licin kan. Jangan la buat tobek sana sini... kang sapa yang buruk?? Anak korang sendiri jugak kan... Orang kutuk kang, korang jugak yg naik angin. haha. So perati la betoi2 mana yang tak dicukur tu, cukur le perabih. Masa korang cukur tu hati hati la jugak sebab rambut dia mungkin ada yang bersepah sana sini. Make sure la jangan masuk kedalam mata dia... Lepas semua dah selesai korang bersih lah balik tempat tu.. rambut baby tu korang tanam la... cari la mana mana tempat yang korang suka. Belakang rumah ke, dalam pasu ke... itu pun pepandai korang la kan- (seeloknya timbang dan sedekah beratnya mengikut harga emas)... Anak korang tu korang kasi la mandi sebaik je bercukur tu, kang dia miang pulak... Pastu korang letak la minyak ke bedak sejuk ke hapa ke... Akhirnya semua dah selesai... dan hasilnya...
Ni la Nabila versi botak... anak emas intan berlian kami....
Tapi sekarang rambut Nabila dah tumbuh balik walau pun tak selebat semasa belum bercukur dulu. Rupa Nabila pun dah berubah... camna la agaknya rupa terkini Nabila ye.. kalau korang terror cuba korang teka yang mana satu Nabila antara ramai ramai ni....???
Nampak tak????? Tengok lagi... tengok la betoi betoi.... Sekarang nampak??? Nampak tak??? iskk... tak nampak jugak??? tak pe la.. meh kita panggil dia.... kita panggil dia sama sama ye...
"Siapa dia Anna Nabila? angkat tangan!!!!!"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SAYAAAA!!!!!!
Ha.... tu pun dia....
**** ** ****
3 Comments:
Entry ni best...nanti nak wat sambal malas..bule le amik gambo....heheh
Bila nak buat tu? heheh...
dah teror ke!!! susah sambal malas tu..
Post a Comment
<< Home