• Saturday, September 27, 2008

    Ramadhan & Menjelang Syawal di Rantauan

    TAHUN ini kami berpuasa sama hari/tarikh semacam yg di tanah air tapi raya belum tahu lagi... Ntah ntah kami dulu yang melaram dengan baju baru, ahak. Cumanya kali ni kami berpuasa lebih panjang. Hari pertama tu start pukul 4 pagi sampai lah pukul 7.50malam. Alhamdulillah boleh tahan. Tapi makin lama makin cepat berbukanya. Boleh di katakan, hari hari aku tapow sahaja walaupun mummy ada masak kat rumah. Saja kasi meriah lauk tambah dan yg utama kuih muih pencuci mulut. Bubur lamboq pulak di berikan percuma, boleh diambil di kantin MSD.


    Adik yang sibuk nak tolong mummy buat kuih raya...
    Teraweeh kat sini di buat 8 rakaat. Itu biasa tapi yang menjadi cabaran bila di awal Ramadhan isyak masuk lambat. So bayangkan lah dah dekat nak pukul 10 malam baru lah nak mula teraweeh. Kalau kat mesia time pukul 10 ni, dah ada yg cabut balik rumah bukak sangai carik lebihan makanan berbuka tadi. Betoi dak? Itu yg pi teraweeh la, yg tak pi ntah ntah dah lena di ulit intan... Bukan itu saja, cuaca yg dah mula sejuk menyebabkan rasa mengatok sakan, dah tu alahaiiii malasnya nak sarung jaket dan meredah malam yang dingin... adalah jugak aku terlelap, dan tak boleh nak bukak mata dah. Mungkin TER-makan banyak time berbuka kot. Jawabnya teraweeh atas katil je lah, huhuhuu...


    Thanks to Malaysia High Commission atas jemputan berbuka puasa...
    Seperti biasa tahun ini kami ada pot luck berbuka puasa lagi & ia bermula dari rumah Mozak. Ini the wifes lah yang punya plan. Kami ngekor je bawak perut. Baguslah, sekurang2nya amalan bertukar juadah dapat disemarakkan walau pun hidup di bumi penjajah. Bila dah berkumpul begini meriah juadahnya. Isk... bulan posa ni makan makan makan... Alhamdulillah. So far rezeki mewah. Bukan makan tu yg utama, silaturrahim dipereratkan lagi di bulan mulia ini. Cheewwahh...


    Pot Luck di rumah Puan Sue dan En. Mozak... macam-macam ada.

    The husbands menjamah makanan dengan penuh sopan, tertib, kusyuk dan tawadok... ahak.

    Pot Luck di rumah Puan Wan dan En. Fizan... ayo, dah licin ka???
    Di surau MSD setiap hari selepas solat teraweeh ada moreh. Makan lagi. Banyak agensi dan individu yang tampil memberikan sumbangan untuk moreh ini. Syukur banyak rezeki sampai kadang kadang cubit cubit sahaja sekadar nak merasa. Tak bleh nak masuk perut, dah penuh. Tapi ini jugaklah tempat kami berkumpul termasuklah para student yg baru datang. Surau MSD juga di meriah kan dengan pelbagai program utk org dewasa dan kanak2 termasuk Qiamullail setiap Sabtu malam Ahad. Tahniah kepada pihak MSD yang berjaya menghidupkan bulan Ramadhan ini.


    Pot Luck di rumah Puan Lina dan Encikkkk.... ops, rumah kami daaa...
    Pot luck di rumah Puan Emi & En. Harris...

    So amacam? Dah siap baju raya? Kuih raya berapa jenis? Penuh kah satu meja? La ni elok lah buat sendiri dan berala kadar, harga barang pun dah naik semua. Langsir lama tu basuh lah balik. Bubuh labuci sikit dan tampal ropol2... dah jadi baru! Yg penting kreatif, hahahaa...
    Anak anak pun riang dpt bertemu di pot luck ramadhan anjuran kaum ibu... ahak.
    Kami tahun ni ala kadar sahaja. Memandangkan kami kat sini tak perlu menukar langsir, alas meja dan segala mak nenek, so boleh lah ada baju raya baru tahun ni. Cheewah, berbanyak thanks kpd Kak Ijah & Kak Oji yang susah payah mencari kain, menempah dan mengepos baju raya kami ke mari. Tengkiu. Yang lebih diutamakan hal anak anak sahaja. Walau pun kakak dan adik mungkin belum faham tentang datangnya Syawal tapi hati gembira melihat mereka berpakaian elok di pagi Syawal nanti. So konsep menyambut Syawal kami kali ini ialah... sederhana tetapi meriah! hahahaaa.... Korang camna?


    Mummy dan kakak mengambil bungkusan dari kak Oji... tengkiu.
    Time bulan posa ni kadang kadang buat hati jadi sayu. Apatah lagi bila nak menjelang Syawal, lagi lah terasanya. Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Entah bertemu lagi ntah tidak. Ingatan kepada arwah Ayah akan semakin menjadi-jadi. Ingatan kepada keluarga yang jauh di mata juga sama. Rindu rasanya nak mencium tangan Ayah di pagi Syawal memohon ampun dan maaf. Kini hanya al-fatihah mampu diberi dengan harapan semoga Ayah tenang dan berbahagia di sana. Sungguh, betul-betul aku rindukan Ayah. Sebak sudah pun mula terasa bila tahun ini sekali lagi tak dapat juga mencium pipi dan memeluk erat Mak. Hanya mampu memohon kemaafan dari kejauhan. Mulalah terkenang kemeriahan beraya bersama kakak adik abang & anak-anak saudara yg ramainya dah mencecah 29 orang. Bertemu kenalan, bertanya khabar dan bermaafan. Tapi itu lah hakikat orang merantau. InsyaAllah, panjang umur, dengan izin Allah akan bertemu kembali.
    Kepada Bonda Hajjah Salbiah, Bonda Masenah & Ayahanda Md Arif, anakanda sekeluarga memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai ada salah silap yang kami lakukan. Halalkan makan minum, sungguh sungguh kami berterima kasih kerana telah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang. Selamat Hari Raya Aidilfitri, ayah bonda tak pernah lekang dari ingatan...
    Kepada semua Abang Kakak Adik dan anak anak saudara di Ipoh & Melawati, selamat hari raya maaf dzahir dan batin. Kalau makan kuih raya tu ingat ingat lah kami disini. Kalau ada yg bermain bunga api itu, hati hati...
    Kepada sanak saudara & rakan taulan (tak kira yg betul kenal atau sekadar kenal di alam maya) kami ucapkan selamat hari raya aidilfitri maafkan segala kesilapan, 0-0... anak aku dah 2 orang, sapa yg nak bagi duit raya sila sila kan lah ya, hahahaaa...
    Akhir sekali kami mendoakan yang terbaik buat kita di Lebaran Mulia. Semoga Allah memberi kekuatan untuk mengekalkan amalan baik di bulan Ramadhan dan melepaskan amalan buruk yang sudah kita ditinggalkan. Sambutlah lebaran dengan penuh rasa syukur dan gembira, ingat-ingatlah sama pada yang jauh, juga pada yang telah tiada... Hati hati bila memandu.

    Salam Aidilfitri dari kami...


    **** ** ****

    6 Comments:

    Blogger mrdanmrsnadzri said...

    Salam,
    Kami di sini juga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri...:)

    9/28/2008 10:43 pm  
    Blogger DBI said...

    salam aidil fitri untuk asr n family

    10/02/2008 6:09 pm  
    Anonymous Anonymous said...

    SELAMAT HARI RAYA - MAAF ZAHIR BATIN...

    dr k.og n family di Ipoh..

    10/06/2008 2:52 am  
    Blogger INDERA KENCANA said...

    Ala... kalau setakat nak kasi anak ko duit raya RM10 tu, kira pejam mata lagi la.. Sebab anak ko dua orang je kan?. Baru habis RM20 ahahahahaha.... eh, anak ko baru dua je ek??

    Aku tak sempat nak mintak mahap kat ko sebelum balik raya ari tu. Nyaris aku tak eksiden kat highway. Kalu tak, tak sempat le jawabnya aku nak mintak mahap ngan ko.

    Sob.. sob.. sob.. Di bulan baik hari baik ni, aku nak mintak mahap kat ko Zam kalau ada kata-kata aku yang buat ko tersinggung. Huhuhuhu.. uwaaaa..
    **Tahun depan kita bermahap-mahap lagi ek?**

    10/06/2008 3:47 am  
    Blogger asr said...

    Mr&mrsNadzri: Samalah juga dengan kami...

    dbi: Amacam bro, ada bess raya kat sana?

    k. og: Terima kasih bebanyak ya... selamat hari raya maaf dzahir dan batin.

    Indera: Uik, 2 anak baru RM20 ya... camtu ko bagi la kat anak sedara aku sekali. Tak ramai 29 orang ja, hahahaaa... ko bawak keta laju ka sampai nak eksiden tu?

    10/06/2008 10:00 am  
    Blogger izzu said...

    Assalamualaikum.. salam perkenalan. Semoga ASR sekeluarga diberkati Allah di perantauan sane. Kami bercadang nk ke London Disember nie. leh la berkenalan dgn bro disane...

    10/23/2008 11:34 pm  

    Post a Comment

    << Home