• Monday, September 08, 2008

    Award & Merdeka Karnival 2008


    I. AWARD

    LIHATLAH dunia!!! hahahaaa...dulu2 selalu sgt aku dengar ungkapan ini dibuat semacam joke bg orang yg menerima anugerah. Kali ni Mar Bcn bermurah hati menganugerahkan kami award ni, tengkiu tengkiu. Dalam dunia blog pun ada award2 ya? Kalau ikut rule, aku kena pulak bagi award ni kat org laen, tapi memandangkan aku ni giler kuasa, so aku simpan sajalah award ni sorang2... ahak, boleh begitu? Pada yang teringin... pi main jauh jauh... award ini aku yang punyaaaaaaaa! hahahaaa...


    II. MERDEKA KARNIVAL 2008: Brickendonbury

    SEHARI sebelum tarikh kemerdekaan telah diadakan Karnival Merdeka dengan kehadiran ramai orang. Kali ni aku berkonvoi dgn Mozak. Bila sampai2 nampak Halim dah siap bentang tikar, dia ngajak kami join sekali. So jadilah port kami bawah pokok, redup so tak payahlah aku nak pacak khemah macam tahun lepas. Kemudian Fizan pun datang di susuli pula dengan geng2 yang lain. Seperti biasa upacara pembukaan ada ucapan dan menaikkan bendera dengan iringan lagu kebangsaan, NegaraKU. Kemudian lagu jalur gemilang berkumandang.

    Tu dia... silat pun ada di majlis pembukaan. Ampunnnkan aku, ammpunnn.. itulah kot yg dok baring tu tengah cakap, hahahaaa...
    Ntah la sambutan di tanah air macam mana? Meriah kah?Bila keadaan politik huru hara, ia menjejas semangat rakyat kebanyakan. Aku dengar tak ramai pun yg mengibarkan bendera. Suasananya tidak begitu terasa malah mungkin bendera parti bertanding di pilihanraya kecil lalu lebih meriah. Apa pun kami dgn seikhlas dan sepenuh hati berdoa semoga aman, makmur & dirgahayu Malaysia, tanah air tercinta. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

    Kakak sibuk dgn belon dari Tourism Malaysia dia tu... suruh makan semua tak mau!

    Orang semakin ramai. Ntah bila mummy snap gambar ni, daddy pun tak perasan...
    Seperti tahun lalu, keutamaan kami ke sini adalah untuk mencari dan menikmati juadah yang telah lama hilang dari mata dan lesap dari suapan rasa. Tu dia... bermadah no! Ahak... so apa lagi, cari punya cari kami pun breakfast dengan sate 5 cucuk sorang! yummmy... isk... terliur pulak bulan2 posa ni, hish... makhruh! Ya, macam macam juadah yang ada, nasik lemak daun pisang tidak dilupa.

    Nasi lemak any one??? syedappp nyierr...

    Port kami bawah pokok, dari pagi sampai ke petang... melangut la kat sini.
    Teringat lah aku zaman2 sekolah dulu... 20sen je sebungkus. La ni £3.50 sebungkus lebih kurang 22 rengget lah! Lauknya cuma ikan bilis dan telur rebus. Kacang dan timun tu standard la kan... apa pun puas hati sebab rasanya sedap dan aroma daun pisang itu TETAP menjadi pojaan lubang hidungku. Wangi. Aiskrim mesia pun ada. Tapi kakak tak mau, eksyen... dia nak aiskrim mat salleh juga, huh. Roti canai, apam balik, ayam percik, macam2 lah... rugi sapa yg dah lama tak balik mesia tak datang sini. Rugi... rugii...

    Hai kak Puteri, lamanya kita tak jumpa ya...
    Mmm... nak beli apa ni ya? Di salah satu gerai di situ...
    Kakak memula takut takut nak naik bouncy castle. Dok lah kat tepi tepi sahaja dan bila aku suh ke dalam mula nak teriak. Tapi lama lama bila adik pulak datang dan dengan macho nya telah masuk ke tengah bouncy castle di celah celah bebudak yang melompat2 tu, baru lah kakak berani sikit. Lepas tu, dia pulak yang tak nak beredar. So bila aku nak hantar adik ke mummy, kakak tinggal di bouncy castle tu sendiri. Sedar2 Mozak talipon... kakak dah menangis dan berlegar2 di kawasan karnival mencari daddy! huhuhuuu...

    Syok naik bouncy castle ya?

    Bebudak ni buat tempat lepak pulak dah?? Berbaring dan bersantai...

    Adik di antara kaki kaki yang melompat lompat...
    Dekat dengan port kami ni diadakan pula acara sukaneka untuk kanak-kanak dan untuk mak bapak kanak-kanak sekali. ahak... Aku dok kat tepi bagi sokongan pada pasukan yg aku kenal. Bila kita ke tempat begini kita kena take part. Get involve. Kalau tak, tentu kita tak begitu merasa kemeriahannya.

    Lepas acara isi air dalam botol, adik pulak main air dalam baldi!
    Acara bawak bola pimpong dlm sudu, gold medal di menangi oleh Mozak dan Farah. Sebab ini lah kot semangat Mozak menyala2 bila tetiba dia muncul dan bagi tahu yg dia dah registerkan nama kami semua untuk masuk acara tarik tali! Hahahaa... tapi takpe lah... kami semua sporting kecuali Nazim yang tarik diri di saat akhir, aparaaa... So kami plan untuk jadik satu kumpulan tapi malangnya penganjur dah pecahkan kumpulan kami daaaa.... dan lagi malang kumpulan aku pulak yg kalah! huhuhu.... Siot betul lah, melepasss aku medal, duit RM beribu-ribu, gelaran Datuk dan pencen RM3000 sebulan! hahahaaa.... apa nak buat tadak rejeki... ahak-ahak. Yg penting semua pun suka suka bergembira.

    Aku ngan firdaus bersedia... [gambar ehsan En. Mozak - tengkiu]

    Ada anchor mat salleh pun bleh kalah, cam no ni??? Mmm... mungkin team blah sana terlebih peserta kot? aahahahaaa... [lagi pic dr En. Mozak]
    Bahagian stage aku tak tengok sangat kali ni. Apa pun program ini berjaya walaupun nampak gayanya bajet kali ni terhad dari tahun sebelumnya. Org ramai yg datang & cuaca yang cantik menambah ceriakan lagi sehari di Brickendonbury. Cuma aku terkilan sikit sebab makcik yg juai ayam percik tahun lepas yang sedap sangat tu tidak membuka gerai kali ini... Patut lah aku cari tak jumpa, huhuhuuu... alahai makcik, makcik ada gerai ke? Kat mana?
    Huhuhuuu....



    **** ** ****

    5 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    Aku tak kira...
    Aku nak jugak award tu...
    Aku nak Zammmmmmmm!!!

    9/08/2008 4:01 am  
    Anonymous Anonymous said...

    wah lepas le kempunan nak mkn makanan msia yeaa..bukan main sedap lg c.lina nasi lemak tu..hehehe...

    cute tgk adik dok main2...

    9/08/2008 9:25 am  
    Blogger asr said...

    teh o ais: Nak jugak sila lah print & frame, hahahaa...

    c. og: Hehe... memang sedap nasi lemak tu. Ya, byk makanan mesia, tapi masih ada yg nak di cari bila balik nanti...

    :)

    9/10/2008 7:14 am  
    Blogger Sue.Aleen said...

    asr,
    lama aku tak menyinggah...
    tu ko tarik tali ke, tali tarik ko?
    hehhehehe

    9/12/2008 9:05 am  
    Blogger asr said...

    Orang lain yg beria-ia tarik, aku eksyen ja, hahahaaa...

    9/12/2008 11:18 pm  

    Post a Comment

    << Home