• Saturday, August 09, 2008

    Sambutan Isra' Mikraj di MSD

    EVENT ini aku attend sendirian pada hari Khamis bagi menggantikan circle/tahlil yang saban minggu berlangsung. Kalau dah ada event yg special cam ni tentu lah kedatangannya lebih dari selalu. Sesampai je situ Ustaz Erfino tengah memberikan ceramah tentang israk dan mikraj. Pengisiannya tentulah tentang kisah perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Masjidil aqsa ke Sidartul Muntaha. Walau pun dah berkali2 mendengar cerita yang sama ini namun ia tak pernah menjemukan. Sebabnya cerita2 ini seakan fantasi yg menarik untuk diselami, dihayati dan diperhalusi, kena pulak dengan gaya intonasi si pencerita memanglah ia menjadi semakin mengasyikkan. Naik ke langit dalam masa satu malam, menunggang seekor burung bernama borak, melihat syurga dan neraka, menerima arahan untuk menunaikan solat, bertemu nabi nabi terdahulu di setiap lapisan langit dan pelbagai peristiwa lagi. Sekali imbas semacam tak masuk akal, tetapi sebagai org Islam itulah hakikatnya yg mesti kita percayai tanpa ragu ragu dan was2. Ustaz menerangkan betapa payahnya Nabi kita untuk menyampaikan arahan solat yg diterimanya kerana beliau terpaksa terlebih dahulu meng-convince-kan ramai org tentang perjalanan beliau ke langit itu. Ya lah kan, ramai yg ragu2 atau menafikan langsung, kecuali Saidina Abu Bakar As Sidiq yg percaya tanpa sangsi setelah mendengar perkhabaran itu. Kisah begini selalunya kita dengar setahun sekali. So bila ada event camni, eloklah kita luangkan sedikit masa untuk refresh dan menambahkan ilmu yg mungkin kita ingat2 lupa.

    Ustaz dengan ceramah nya... Israk Mikraj.

    Antara jemaah yg hadir...
    Lepas itu ustaz serahkan pulak kepada pelajar kita disini, Sdr. Roslan membentangkan presentation. Walau pun pengisiannya agak sama namun dengan ada slide show ia lebih membuat kita faham akan kisah tersebut. Sejurus itu kita ada bacaan puisi oleh Wan Aimran. Cara bacaan yang bersahaja dengan intonasi yang sederhana mengajak kita mencari nilai islam dimana. Di mana silapnya kita sehingga kini islam kita di injak2 sesuka hati. Sajaknya mengajak kita keluar dari belenggu kekalutan dalam menegakkan syiar Islam. Beliau mengajak kita menghayati Islam sebenar yang pernah gah menjelajah ke serata pelusuk dunia. Sinarkan kembali nur suci yang pernah menerangi bumi.

    Roslan membuat penerangan tentang slide yg dipaparkan...

    Wan Aimran dengan sajak yg aku tak ingat tajuknya...
    Kali ini para hadirin agak bertuah. Julung julung kalinya kita di hiburkan oleh artis nasyid tempatan dari kumpulan Mirwana. Walaupun kumpulan Mirwana ni asalnya berlima, tapi yang dapat hadir cumalah seorang sahaja, Izat. Pun begitu, persembahan oke walau pun katanya dah berkarat sebab dah 2 tahun tak membuat persembahan. Sebanyak 3 buah lagu telah dialun kan secara solo. Dan untuk lagu bonus keempat, dia telah mendendangkan lagu paling popular dalam album nasyid Mirwana iaitu Aku Tanpa CintaMU. Lagu yg skrg ni tengah berkumandang dalam blog ini lah. Tapi... lagu ni bukan dia nyanyi ngan Jay Jay ke? Mana nak di cari gantinya? Dont worry... katanya dia berjaya mencari seseorang yang mempunyai suara mirip Jay Jay malah lebih bagus lagi. Jadinya kalau Jay Jay takde pun tak apa, hahaaa... so tanpa melengah masa dia pun menjemput dan memperkenalkan orang yang menggantikan Jay Jay.... tak lain tak bukan...

    ... mempersilakan...Ustaz Erfino J (Johari) ... wah, ada gaya tu...
    Kagum! Acara kemuncak itu memang surprise, hahahaa... En. Nazri pula kemudiannya mengambil alih dan menerangkan tentang program2 yang telah di atur sempena bulan Ramadhan yang bakal menyusul. Satu perkara yang menarik perhatian aku apabila pihak MSD yang concern dgn kapasiti dewan yang terhad. Katanya mungkin pihak MSD akan memikirkan untuk menyewa dewan luar yang lebih besar untuk satu dua majlis akan datang. Memang di sambut baik cadangan tersebut, kerana ini akan menggalakkan org ramai datang membawa family untuk sama sama berkumpul. Selain dapat ilmu, dapat juga mengerat silaturrahim. Syabas...

    Makan time...
    Lepas tu apa lagi kalau bukan acara gendang gendut tali kecapi. Hidangan dan juadah sangat mewah. Terima kasih sangat2 kpd penyumbang, moga di panjangkan usia di murahkan rezeki. Siap ada nasi lemak untuk di tapow lagi. Begitu lah tamatnya sambutan Israk Mikraj di sini. Semoga aktiviti di 'surau' MSD ini akan terus mendapat sambutan dan sokongan dari banyak pihak.


    Amin...

    *Geram sungguh rasanya dengan apa yang di lakukan oleh Majlis Peguam. Mana perginya ahli majlis itu yang beragama Islam? Mengapa diam? Sudah tiba masanya kerajaan bertegas dengan hal2 yang melibatkan sensitiviti agama. Jangan biarkan maruah agama kita dipergadai dan diperkotak katikkan. Moga ini menjadi pengajaran agar kita bangkit kuat dalam mempertahankan hak agama kita. Allahuakbar!

    **** ** ****

    3 Comments:

    Blogger datuk A said...

    kepada sahabat2 yg ingin membina kerjaya sebagai usahawan sila layari blog ini http://usahawanmara.blogspot.com

    8/10/2008 9:11 am  
    Blogger indera kencana said...

    Masuk-masuk je blog ni, mata aku dah tersilau ngan kolor nya.
    "Aduh!!! Betapa oren nya!!"
    Ahahahahahaha...

    OK ke Ustaz Erfino nyanyi? Ada macam suara Anuar Zain?

    8/11/2008 4:15 am  
    Blogger asr said...

    Usahawamuda: InsyaAllah...

    Indera: Hahahaa... bio mate ko bepino! Anuar Zain? Tak lah, suaranya tersendiri... ahak!

    8/11/2008 9:56 am  

    Post a Comment

    << Home