Olimpik & Lain Lain
MAJLIS pembukaan Olympic tak dapat aku tengok tapi ramai kata gah gilang gemilang. Tgk
dlm paper pun bleh terasa dia punya gedebom gedebang lip lap sana sini meriah sakan. Tu blum lagi gambar2 dari emel yg org fwd. Cung melecung lah. So nak mendapatkan cebisan Olimpik ni kami pun pi lah ke Trafalgar Square hari Ahad lepas. Kat situ konon2nya ada Trafalgar Festival sempena sukan Olimpik ni. Dengarnya kalau kena dengan masanya boleh lah tengok tarian cina ala ala pembukaan olimpik jugak... ahak.
Picaddily Circus, Liliwhites pun bulum buka daaaa...
Mummy tgk souvenir kat sini, mmm takde yg menarik katanya...
Sebenarnya kami nak ke Liliwhites tapi sebab terawal sampai, kedai pun tak bukak lagi. Kat sini kalau hari ahad ada kedai yang pukul 12 tghr baru start, dah lah bukak lambat tutup pulak awal dalam kul 5-6 petang dah padam! So dari Liliwhites tu kami jalan kaki melalui Leicester Square terus ke Trafalgar Square. Bila sampai org dah ramai, especially kat tangga nak ke National Gallery tu penuh org dok menengok screen beso. Kami pun apa lagi... join sama, tapi bukan ambik perhatian sgt kat game yang berlangsung, bergambo je lebih, hahahaaa...
Masa kami pi tengah acara 10 metre syncronized diving...
Kakak & Daddy pun nak try syncronized juga...
Mummy tengah kusyuk tengok acara renang pulak...
Syok pulak bila ada big screen tv ni. Asyik jugak tengok beramai2, dah jadi tempat lepak lah kawasan ni, memang selalu tempat lepak pon, hahahaa. Cuaca pulak masa tu cerah tapi tak panas, kira nyaman la... memang bagus sangat lah tu. Kami pun luang kan masa lebih sikit kat sini sebab bukan ada nak pegi mana pun. Habis habis pun sat lagi patah balik ke Liliwhites sebab mummy ada nak cari benda kat situ. Eh aku terperasan, burung merpati yg banyak tu pun dah ghaib daaa... mana pegi ntah!
Tangga nak ke National Gallery yg penuh penonton. Jom close up gambo dema nak?

Ada muka muka yg di kenali tak? Ada?
Ada muka muka yg di kenali tak? Ada?
Dari sini aku tunjuk kan mummy restoran Malaysia, Jom Makan. Alah yang pelancaran dia siap
Kalau dtg Trafalgar Square singgah lah sini, mana tau kot kena dgn tekak korang...
Bergambar ngan patung Charlie Chaplin kat Leicester Square...
Cerita lain, dekat dengan tempat aku bekerja ada Royal Academy of Arts. Selalu jugak aku lalu
lalang depan bangunan dia yg di beri nama Burlington House. Banyak pameran di sini & pameran dia bertukar2 saban waktu tapi tak pernah pun aku singgah. So memandangkan kami park keta area situ, boleh lah bawak mummy dan kakak masuk jap. Masuk kat perkarangan dia ja, tak masuk ke dalam sebab berbayo! Hahahahaa... lagi pun kami bukan appreciate sangat benda2 yg di pamerkan. So kat luar saja sudah cukup. Kakak pun sungguh seronok berlari2 sbb ada cute water fountain dan burung merpati. Adik tido sahaja dalam strollernya... Banyak iron sculpture yang ntah hapa hapa motive nya di bina kat luar ni. Sculpture2 ni pun akan bertukar2 ikut pameran apa yg berlangsung.
Mini water fountain... adik nyenyak manjang...
Apa lagi ya... mmm... ada satu waktu tu kami lunch kat satu lagi restoran Malaysia yang baru
di buka kat sini. Prince of Wales namanya. Nama omputih sebab owner bangunan tu memang mat salleh, bawah sign board dia ada tertulis: Restoran Melayu, Malaysia Boleh! Orang yang mengusahakannya orang melayu kita. Ruangnya agak luas so lebih selesa untuk bawa anak kecil macam kami ni. Makanan melayu dan
omputih pun ada, halal semuanya. Apa lagi, mummy pun terus try Sirloin Steak, daddy jugak makan nasi putih, hahahaaa. Rasanya boleh tahan & harga pun berpatutan cuma servisnya harus di percepatkan lagi... So la ni selain dari canteen MSD, Bonda Cafe, Jom Makan, Sate House dan 2-3 yg lain boleh lah try restoran ini pula yang letaknya di Wilesden Lane, Kilburn. Pi lah rasa, support restoran Malaysian kita... dan kalau tak segan boleh juga berkaraoke kat situ, macam2 lagu omputih & melayu pun ada, free ja...
Bersama Kak Yan, orang kuat Restoran Melayu, Malaysia Boleh!
Apa lagi aku nak merapu kat sini ya? Emmm... dah takde benda dah. Cukup2 lah tu, len kali bertemu lagi... So kepada peminat2 ku sekalian (mummy, nabila & haziq), daddy take a bow dulu...
Muaaah!
*Semoga perseorangan badminton negara, Lee Chong Wei dan pasangan bergu negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong berjaya membawa pulang emas untuk Malaysia. Malaysia Boleh!
**** ** ****
9 Comments:
cik azam,
burung2 tu ghaib sbb tak nak bersesak-sesak ngan korang kat situ..kalau 'diorang' pon lepak situ..mau la sesak napas korang2 yg lepak kt situ..wakaka..pebende la diorang korang neh.muahahaha
Thanks for the prayer bro.BIG test for us :(
Haaaahh... baru tak silau mata aku. Takde la lagi aku nak meraba nak mencari huruf.
Gumuknya ko skang, Zam... Tu la, aku ajak buat liposuction sama-sama, ko tak nak.
asr,
salam, wahhh layout baru nampak..siap bunga maathari lagi..jakpar onn kah???..:-P
Afid: Mesti burung2 tension sebab org ramai dah conquer port dia, ahak.
Mamalisa: Berat bahu memandang, berat lagi yg memikul. Harap tabah selalu...
Teh O ais: Gemuk ka? Kamera trick ja tu...
Dbiroos: Hahahaaaa, lawak! Jakpar Onn minat bunga matahari ka? hahahaaa.... cung apa?
pedih mata dok baca kali ni...hehehe.....kunigggggg...
isi tembikai dah abis kot tu yang dia bagi ko kulit tembikai...hehehe...
Oi.... Azam, aku baru jumpa blog hang. Sedap jugak baca ni. Teruskan menulis dan aku akan teruskan membacanya.
Restoran jom makan tu ramai yg kata teruk, aku sendiri maleh nak cuba sebab semua org kata teruk.
Oi.... Azam, aku baru jumpa blog hang. Sedap jugak baca ni. Teruskan menulis dan aku akan teruskan membacanya.
Restoran jom makan tu ramai yg kata teruk, aku sendiri maleh nak cuba sebab semua org kata teruk.
k. og: Uik, layout dah tukar, mana ada kuning? Kot ye pun blend kulit tembikai, taruk la gula, hahahaaa...
Nasir: Oi...hahaha, ni nasir yg mana ya? InsyaAllah akan tulis, kalau ada benda yg nak ditulis. Tks 4 coming.
Post a Comment
<< Home