• Thursday, August 28, 2008

    MC Donald & Barbeque


    I. MC DONALD - I'M LOVING IT!

    Masa zaman sekolah dulu banyak lah member aku yg suka no mengumpul barang free dari mc Donald. Free kejadahnya? Kena beli set meal dia dulu baru dapat daaa... bukan bleh pi mintak camtu ja, hahaa... aku pulak lagi suka makan nasi dari makan burger ni. Sebab utama, nasi kedai makcik van tu berkali2 lagi mughah dari seketui burger mc D! hehehee... Bukan tak teringin, teringin... tapi masa tu fulus cukup makan je lah. Bajet giler giler. So bila dah tak biasa & bila sesekali nak masuk mc D rasa cuak pulak. Terus kansel & akhirnya seperti rutin biasa beli saja lah nasi kat makcik van. Yg sebenarnya aku takut nak order. Aku tak tahu apa menu dia pon. Aku selalu bayangkan mc D ni makanan org kaya kaya. Lagi satu, dulu aku ingat kalau masuk mc D ni bila nak order mesti kena cakap omputih, tu yg aku lagi takut tu, hahahahaaa... lawak dak?
    Kakak dah dapat belon, terus tak mau makan!
    Mc Donald ini punya kerusi pun style lama daaaa...

    Aku teringat kisah lama ni sebab bebaru ni kami pi mc D. Kat sini terbalik kod, mc D kat sini pulak yang berkali kali lagi mughah dari sepinggan nasik! hehehee... Tapi kali ni bukanlah kami pegi sebab bajet, sebab dia ada buat tawaran. Beli set meal dia dapat gelas kaca berbentuk tin coca cola. Cung pulak tengok dlm iklan dia. Bila dah masuk tu, tengok kakak dan adik yg nampaknya enjoy, aku rasa Alhamdulillah. Bertuah sungguh anak anak aku ni. Harapan aku mereka membesar dengan yakin dan berani dan punyai self esteem. Tidak terlalu rendah diri bila berhadapan dengan orang lain.


    Tu dia gelas Coca Cola yg diberi pree...

    Nyum nyum... this is for ME!
    Kakak bila dah dapat belon lupa terus nak makan. Adik ja yang suka sangat makan fries sampai bertabur tabur ke lantai. Mana dia tak suka, fries dia sedikit masin. Berperisa, tu la suka sangat tu. Dalam syok bergambar bateri pulak kong. Aisey terlepas peluang nak bergambar dengan bangunan Mc D sini yang agak unik. Tak pa gelas tu ada 6 kaler, kita baru dapat 2... hahahaa. Len kali kita pi lagi. O-rait!

    II. BARBEQUE DE AL BUQUER

    Dalam musim panas ni ramai orang berbarbeque. Seronoklah pada mereka yang tinggal di rumah yang ada laman. Tapi bagi yang dok di flat macam kami ni macammana pulak? Lagi haru, balkoni pun tadak. Memang tadak can lah gamaknya. Tambahan pulak semua park/garden kat London ni memang tak benarkan pembakaran terbuka, so its a BIG BIG NO to barbeque in the park. Betoi ka tadak can??? Hehehee... BUT pepatah melayu ada mengatakan: Di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Pepatah omputih pulak menyebut: When there's a will, there's a way. Ahak... So kat mana kita nak barbeque ni mummy???


    Uik... kat mana ni? Siap ada disc sky ni?
    YESSS... kita barbeque kat bumbung rumah! hahahaaa... So masa hari ahad tu ada Nottinghill Carnival kat dgn area rumah kami ni. So kami bajet sahlah warga flat semua akan kosong dan memenuhi Carnival tersebut. Carnival ni tetiap tahun dia buat, kami pi sekejap ja tapi bila tengok ramai sangat org kat main street dia kami pun patah balik. Kansel. Sebagai gantinya kami ambil peluang untuk berbabeque dgn harapan tidak ada gangguan atau menghadapi sebarang komplen dari warga lain, kot lah asap masuk rumah diorang kan?

    Adik & kakak bersedia nak pi Notinghill Carnival...

    Org ramai meniup trumpet dan wisel sepanjang jalan. Bingit! Kakak pun join sama. Polis berkuda ditempatkan menjaga keselamatan awam.
    Apalagi kami bentanglah tikar dan bawak bantal sekali kat bumbung tu kot adik nak baring2. Kakak pulak dgn horsey horsey dia yang baru dibeli kat carboot sale sehari sebelum tu. Adik nak naik kejap pun tak di kasinya. Kakak, share la dengan adik ya... Untuk Barbeque ni kami gunakan disposable barbeque set yang dibeli dari Tesco. Cukup mudah, cuma perlukan mancis api sebatang ja. Cucuh dah dia akan terbakar dengan sendiri selama 15-20 menet sebelum charcoal itu menjadi bara yang panas. Masa awal2 tu asap banyak, risau kot ada yang call bomba kata ada kebakaran, hehehee... tapi nasib angin yang kuat yang tak tentu arahnya telah menyebabkan asap tu terpecah2 & hilang sekelip mata.


    Ya, kita ada timun, jagung, sausage, ayam dan kambing... mau mana?

    Meh daddy try test rusuk kambing ni dulu... apa rasanya?
    Mmm... sungguh yummy sekali. Kakak enjoy ayam dan jagung. Adik tak heran asyiklah nak main small pool yang jiran kami punya tu yg dah dipenuhi dengan air hujan. Di tepuk2 terpercik ke muka pastu gelak sorang2. Kemudian dia pi tepuk2 pulak tombol yg ala ala chimney itu. Seronok sangat dia! Kakak sekali sekala join sama. Habis jugalah kesemua bahan yang nak di panggang dengan menggunakan disposable BBQ set ni. Memang mudah dan bersihlah set ni. Walau pun stakat di atas bumbung, jadilah... puas hati mokcik & pokcik, ahak-ahak i like it! Kakak, adik, we are done, masuk! mandi!


    Sapa mau rasa ini ayam hangit? hahahaaa... sedap ooo...
    Apa aja lah mainan dua beradik ni???
    Mummy begitu istiqomah sekali dalam ber-BBQ, & akhirnya kakak bagi juga adik naik horsey horsey, good girl, kakak!
    Oh ya, kalau aku tak sempat update sebelum Ramadhan menjelma, kami ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa. Moga puasa tahun ini lebih baik dari tahun yg terdahulu. Selain itu kami juga ingin mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-51. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
    Challo!
    **** ** ****

    4 Comments:

    Blogger indera kencana said...

    Mc D kat London tu kena cakap omputih jugak ke?

    8/29/2008 10:22 am  
    Blogger mrdanmrsnadzri said...

    Salam...
    wah berwajah baru blog ini....cantiknyer...apa-apa pon, kami disni nak ucapkan Selamat hari merdeka dan Selamat berpuasa buat asr sekeluarga...nanti dtg ler ke blog ambil award yer..
    lg satu, wah dahsyat btol buat bbq atas bumbung rumah...hehehehe...

    8/29/2008 8:39 pm  
    Blogger ASR said...

    Indera: Hehehe.... perli ya?

    Mrdanmrsnadzri: Selamat berposa buat korang berdua juga. Nanti aku dtg amik award. Award je ka, cash tadak? hahahaaa...

    9/02/2008 4:33 pm  
    Anonymous Anonymous said...

    askum... apa khabar??? sihat ke??? slmat berpuasaaaaaaaaaaa... sedap nampak.. nak sikit boleh?????

    9/13/2008 4:01 am  

    Post a Comment

    << Home