• Tuesday, April 11, 2006

    Selebriti dari Melawati

    Click!!!!!!!!!! Aik???? Satu flight ngan Julia Robert ka? (Along ngan Duan mana??? haha)
    Akhirnya tiba juga giliran keluarga metua aku dr Melawati ke mari, satu family termasuk ngan Along sekali. Mereka sampai sini pada penghujung November 2005 dan tujuan utama untuk menyambut cucu pertama.
    Bila sampai saja, biasalah kan, kami pun meninjau ninjaulah apa yg diorang bawa.. hehehe... yang bessnya.. ada teh Ctea 2 kotak!!! Tapi item utama yang memang kami idam kan iaitu ikan bilis, tetap ada... selain dari keropok, cili kering, barut dan baju baby yang berhelai2... Tengkiu sgt2.
    Masa tu winter dan memang la sejuk. Tapi nampaknya mereka awal awal lagi dah bersedia bila masing2 bawa baju sejuk yang tebal2. Selain mengharapkan untuk menimang cucu, harapan untuk menyaksikan salji juga merupakan agenda utama...
    Hari pertama sampai aku dah bawak Abah, Along dan Duan ke Wing Yip (tujuan cuma nak beli kicap), merajuk Yani sebab kena tinggal! Malamnya pula sekali lagi kami menyelinap bersama Duan dan Yana tengok lampu di kota London. Lepas tu kami lepak di art cafe. kena tinggal lagi Yani! Kwang kwang kwang.... Tapi tak menjadi masalah sebab diorang plan dok sini sebulan. Cuma Duan dan Along saja yg balik awal atas urusan "seri paduka baginda" yang tak dapat nak dielakkan.
    Sama seperti kedatangan mak dan kak sham beberapa bulan yg lalu, aku juga membuat plan yang sama untuk bawa mereka berjalan2. Malangnya pada musim sejuk ini, banyak tempat lawatan yang tutup. Jadinya cuma lepak rumah sahajalah ditambah pulak dengan malam yang awal - jam 4 dah gelap! Lebih2 pun kami mengulang shopping kompleks Whiteleys dan kawasan sekitaran rumah yg banyak kedai souvenir. Nasib baik masih ada satu dua carboot yang masih beroperasi. Jadinya bila ada peluang sahaja carboot ini menjadi tumpuan utama.
    Berlainan pula dengan Along yang sungguh adventurous. Setiap hari dia mengambil keputusan untuk keluar sendiri. Sampai satu hari tu aku agak risau sebab hari dah gelap tapi along tak pulang2. Bila dia balik, aku tanya lah sampai kemana dia pergi.. dengan tak disangka2 Along jawab "Along dah sampai ke negeri Afrika!!! " kakakaka... terburai gelak satu rumah... mana tak nyer, dia sesat naik bas sampai ke kawasan pak itam... tu la yang disangkanya Afrika tu.. hahaha. kelakar sungguh!
    Sebelum Along dan Duan berangkat pulang, sempat jugalah kami pekena kue teaw dan teh tarik di NAHAR cafe. Jadi tak lah rasa rindu sangat ngan teh tarik mamak kat mesia...
    Kami sempat naik London Eye dan bergambar dengan Santa Claus, walaupun Kristmas masih jauh lagi... Tapi dalam masa yang sama aku masih bekerja sebab cuti aku pun dah nak abis. Jadinya Abah keluar sendiri kerana Yana dan Yani lebih selesa lepak di rumah (sejuk punya pasal kot!). Wife aku pulak dah sarat masa tu, jadinya dia sendiri pun tak dapat nak bawa mereka berjalan.
    Selain dari tu, kami bershopping beli coklat kat ASDA dan juga di Woolworth. Selain pergi Kilburn dan juga sight seeing di tempat2 menarik di London ini (buckingham palace, trafalgar square, royal albert hall, tower bridge & hill, big ben & houses of parliament etc) .
    Dalam masa dok kat sini rasa-rasanya dah 3-4 kali jugalah abah mengulang Hyde Park. Salah satu hari tu kami semua pergi bersama-sama. Seronok juga ke Hyde Park, padang yang sungguh luas sambil dapat tengok swan, itik serati, merpati dan camar kat situ.
    Seperti dalam entry aku yg lepas, pada 8.12.2005 wife aku melahirkan cahaya mata kami yang pertama. Mak juga dapat menyaksikan kelahirannya. Cuma Duan dan Along sudah pun pulang ke mesia masa tu. Kami bertuah kerana ada family yang membantu semasa awal kelahiran. Kalau tak tentu kami kelam kabut tak tahu nak buat itu ini.

    Anna Nabila bersama Atok Arif & dipangkuan Nenek Masenah bersama Maksu Yani dan Mak Andak Yana.
    "Kat Malaysia aku tak dapat pangkat Datuk, kat England ini QUEEN bagi aku Datuk!!!"- Abah-
    Selepas kelahiran Nabila, mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Mungkin dah nak jadi rezeki mereka, semasa breakfast satu pagi tu, tiba tiba sahaja Yani nampak cam ada habuk habuk kat luar tingkap. Terus dia bagi tahu mak, tapi mak selamba menjawab... "mana ada snow!" hehehe... tapi sebenarnya memang itulah snow bila kemudiannya habuk habuk tu menjadi gumpalan yg lebih besar... baru betul2 real cam dalam tv tu.. Apa lagi, cepat cepat kami keluar bergambar sebab snow kat London tak turun berpanjangan. Memang betul pun sebab lepas 1/2 jam, snow pun berhenti dan tak turun2 lagi sampailah mereka balik.

    Bergambar didalam salji... romantik gitu....

    Oh ya, kami juga pergi ke Harrods dan amat "bertuah" sekali kerana dapat bergambar dengan Al-Fayed! Tapi gambar tak dapat nak aku rakamkan disini sebab di ambil menggunakan kamera Yana (kalau tak silap la..).

    Hepi bithday to you... hepi birthday to you... hepi birthday to mak, eh yana, eh mak, eh yana.. eh sapa dulu ni? eh... eh... hehehehe....

    Pada bulan 12 itu juga family melawati telah membelikan kami sebiji kek Anna Berseri (anniversary)... terkezuttt kami bila tetiba yani menghulurkan kek tu... malu pun ada. Tengkiu. Selain dari itu, kami juga menyambut birthday Mak dan Yana. Hanya majlis makan kecik kecik anak beranak dengan seketul kek coklat dengan lilin yang ntah berapa ketul tu... sapa la yang meletakkannya!? Terlihat mak malu-malu la pulak nak meniup lilin. Bila dah asyik berdolak dalik nak tiup lilin antara mak dan yana, akhirnya Abah pulak yang tiup! melopong semua... wakakakakaka....

    Lawatan kami yang terakhir sekali ialah ke Madame Tussaud. Wah bukan main lagi bergambar dengan selebriti terkemuka termasuklah dengan Amitha Bachan!!! Kerana cuaca sejuk kami akhirnya mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah selepas melawat Madame Tussaud. Masa tu keluar lelama sikit mak akan keluarkan statement "mak dengar cam bunyi Nabila menangis la..." . :)

    Akhirnya masa cepat berlalu, dan 31.12.2005 pun menjengah. Tamatlah percutian Mak, Abah, Yana dan Yani. Terasa benar ikatan kekeluargaan yang terjalin. Cukup souvenir yang dibawak balik??? mak ada beli almari baru untuk isi barang2 hiasan? haha... dan seperti biasa, kami harapkan kenangan di London ini semuanya manis2 belaka.

    Siapa pulak lepas ni??

    Mai la jangan malu malu....

    *tak banyak gambar yg dapat dipaparkan, gambar di lokasi yang berlainan kebanyakkannya didalam kamera Duan dan Yana.

    **** ** ****

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home