Guildford: Santai Tepi Padang
SEKARANG ni panas. Cakap betul, memang panas. Dah tu panas kat sini kering. Panasnya rasa menyucuk2 kulit ni. Kalau kat tempat kita lembab so panas dia lain macam pulak perit nya. Tapi mat salleh ni suka sangat bila panas ni. Ramai lah yg berjemur kan. Sebab tu la kulit diorang kalau tengok dekat2 buruk. Tak licin. Banyak no tahi lalatnya... bertabur tabur! Orang kita kalau buleh nak ngelak panas, siap pakai banana boat, fair & lovely dan macam2 lah kan. Diorang takde nya... terbongkang je. hehehe.
Bergambar ngan org yg baru dapat gelaran "abah"... Nordin ngan baby sulungnya, Farhah Widad.
Kalau datang je hari ahad dan cuaca cantik terang menderang, car boot pun pasti meriah. Iskk... bila nak abis cerita car boot ni??? Sori la... dah tak buleh nak bejalan ke mana2, so car boot je lah aktiviti nya. Tapi kalau di ikutkan bagus pergi car boot ni tau. Sebab dia buat kat padang besar, banyak penjual, so boleh berjalan hampir 2 jam, good exercise tu... Alasan, alasaaann... Kali ni kami pilih carboot kat Guildford, luas jugak. Sampai tak larat nak pusing habis. Kami skip skip ja kali ni.
Suasana di carboot sale. Banyak org arab lah kali ni...
Yang tak bessnya ke sini ialah kalau nak balik awal, memang lah perit. Kereta beratur jalan ngalahkan siput. Sluggish nak mampusss. So solution yg paling baik ialah, park kereta kat hujung padang dan lepak2 dulu kat situ. Biarkan semua orang blah barulah kita beransur. Masa ni smooth je jalan dan kalau bernasib baik boleh escape dari bayar parking sebab duit parking, dia collect masa nak keluar. Kalau dah lama sangat dok melepak, mamat yg jaga parking tu pun dah blah. Untuuunggg... duit parking tu bleh guna untuk beli barang carboot minggu depan pulak. huhuhuhu, kedekut sunguh! takde lah... bukan niat nak escape bayar parking pun, tapi memang bosan kalau dok dlm kereta yg terhegeh2 geraknya...
Dok lepak... Harap-nya bila balik takde lah perut yg masih berkeroncong, zapin, dangdut dan sebagainya, especially yg bawak bekal tu lah ya... hehehe
Tapikan, kami kali ni takde lah bawak bekal ke hapa sebab memang ingat nak balik je lepas ke carboot kali ni. Namun Mozak dan Din tetap jugak ajak join "picnic", jadinya terpaksalah kami pow nasi lemak diorang & roti sardin bakar. Heheheee... tengkiu-tengkiu. Selain dari tu bila dah ramai2 berkumpul, bess. Di tambah berseri dengan kehadiran 2 orang baru yang buat pertama kalinya mengenali carboot iaitu baby Farhah dan baby Fasha. Mak mak baby ni pulak sebenarnya belum abis pantang, tapi biasalah bila dah dok obersea ni, pantang2 tu tak berapa diikut sangat. Lina dulu masa bersalinkan Nabila pun apa kurang nya. 2 minggu bersalin dah kuar pergi funfair. Sapa yang ngajak? akuuuu jugak! hahaha... Isk dah melalut ni, apa cerita tadi? haaa... Nabila bukan main lagi mesra ngan Farah dan Fahmi. Pastu ngan anak India mana pun dia oke je nak join. Jom tengok aksi aksi dia...
aksi rama-rama...
aksi terbang...
ni aksi apa tatau.. awat muka camtu???
Lepas kereta semua dah lengang, dan perut pun dah kenyang, errrrkkk, kami pun beransurlah. Seperti yg di jangka... save 1 pound sebab mamat jaga parking tu dah ghaib... hehehe. Balik rumah terus tak kuar dah. Penat. Hp tertinggal dlm kereta. Esoknya tengok2 ada 11 miss calls, 3 messages... mintak maaplah pada mereka-mereka yg berkenaan ya... tak sengaja.
Wokeh. Patik pohon permisi.Daaaaaaaaaaa.....
**** ** ****
3 Comments:
tak habeh2 car boot2....mak kat cni pun x saba2 nak gi car boot siap tanya lg nak beli ape..hehehehe....nabila sure mcm maia jg x diam2 sejak dapt kaki ni...pening2
tak habeh2 car boot2....mak kat cni pun x saba2 nak gi car boot siap tanya lg nak beli ape..hehehehe....nabila sure mcm maia jg x diam2 sejak dapt kaki ni...pening2
Best jugak car boot ni. Syok tgk org jual barang. Kdg2 pergi nya berjam2 tapi belinya seketul je.
Yup, Nabila sama cam Maia kot, aktif kesana kemari. Tapi la ni, ntah napa asyik nak berdukung je... huhuhu.
Post a Comment
<< Home