Czech Republic: Prague ~ Day 1 & 2
Dari airport Gatwick ke Prague (disebut di sini sebagai Praha) mengambil masa cuma 1 jam 30 menet je. Sampai2 terus ke hotel Albion di Peroutkava Street. Terkejut tengok bilik punya besar siap ada living room walaupun kami cuma bayar £50 for the entire stay, dah tu termasuk breakfast pulak lagi. Esoknya selepas sarapan (siap tapau czech bread 2 ketul!) kami pun mula lah explore bandar dia. Kenderaan berat cam bas dan lori tak dibenarkan masuk dlm bandar, so kami kena tukar amik metro nak ke city centre. Tiket pun murah cuma 60p sahaja untuk naik samada bas, metro atau tram dan valid sampai 90 menet.
Tempat yg pertama sekali pergi mestilah ke Old Town dia. Kalau korang search dlm internet atau tanya tourist info, Old town ni is a must visit place. Kat sini pemandangan dia agak cantik dan kat sini jugaklah banyak kedai souvenir dia. Dia punya ruang legar yg besar dengan banyak bangunan lama mengelilingi nya. salah satu bangunan yg diorang agung2kan ialah sebuah church lama diorang yg di panggil Church of Our Lady Before Tyn. Ianya dibina dalam tahun 1385 di zaman yg penuh dengan huru hara dimana salah seorang kuat berhaluan kiri bernama Hussite telah di pancung oleh pengikut Roman Katolik.
Yg cam twin tower tu lah church diorang tu. Kalau perati betoi2 menara dia tak seragam. Sengaja dibuat camtu konon2 melambangkan the masculine & the feminine of the world! Mawi world! hahaha...
Masih di Old Town, monumen tu melambangkan apa pun aku tatau. Tak sempat nak baca description dia...
Selain itu Astronomical clock & Old Town Hall Tower diorang pun ada kat sini. Gerai makan dan restaurant yg dipunyai oleh hotel2 sekitar tempat itu pun banyak. Walaupun hotel tu semua 4 bintang jangan takut untuk berbelanja di situ sebab harga makanan diorang tak lah mahal mana.
Berlatar belakangkan The Old Town Hall Tower. Boleh naik sampai ke atas tu untuk tengok pemandangan bandar Prague ini.
Pastu kami terus sahaja ke Charles Bridge. Jenuh lah aku tengok sign board dia mencari arah, rupanya kat sini semua sign board dia menggunakan bahsa diorang. So Charles Bridge sudah jadi Karluv Most daaaa... Karluv tu Charles dan Most tu Bridge! Cuaca hari tu agak sejuk, pun begitu ramai jugak tourist kat sini. First impression masa sampai kat Charles Bridge tu... Cantik! Bridge ni menyambungkan Old town dengan Mala Strana. Kalau korang nak ke Prague Castle, korang kena jugalah melalui jambatan ni.
Ha... gambar ni diambil sebelum menyeberangi Charles Bridge. Pemandangan sebelah sana tu la Mala Strana.
Tapi dari city centre nak ke mari jauh jugaklah berjalan baru sampai. Tapi nasiblah sepanjang jalan banyak betoi kedai souvenir di kiri kanan, singgah2 so tak terasa lah sangat. Masa kami pegi ni banyak pelancong jepun lah. Jalan dia pulak banyak menggunakan bata yg besar2, so tak rata. Tak ramai pelancong sini yg bawak budak. So Nabila banyak kali menjadi perhatian. Ramai jugak yg menegurnya. Siap ada pelancong jepun ni usap2 stroller dan ucap bye bye kat Nabila walaupun masa tu Nabila nyenyak tido! Huhuhu...
Naik je Charles Bridge terus bergambar... Pemandangannya, fantastik lah!
Orang ramai, angin kuat, sejuk pulak tu! Tapi pose tetap pose jugak... hahaha.
Bercakap pasal Charles bridge ni kan, ianya dibina pada kurun ke-13 oleh King Charles IV. Memula tu diorang bina hanya untuk Knights tournament tapi masa zaman Katolik, diorang decide pulak nak letak patung2 "tuhan" diorang sepanjang jambatan tu. Ada 30 semuanya. Tapi banyak yg sudah musnah akibat banjir dan bencana alam yg lain. Namun kerajaan yg kemudiannya telah decide untuk membina semula dan menambah statue2 yg asal so jadilah sampai dekat 70 ketul ada kat situ.
Ni pulak berlatar belakangkan Old Town Bridge Tower, siap dibina pada 1380. Sini pun boleh naik ke atas untuk tengok view bandar Prague.
Lepas dah menyeberang ke jambatan ni dan sampai di Mala Strana, tempat utama yg juga dlm senarai a must visit kami ialah Prague Castle. Ianya terletak di atas bukit ~ mengah jugak nak menolak stroller Nabila. Lina pun jalan slow2 sahaja. Kejap kejap kami berenti untuk melepaskan lelah.
Prague Castle yg mula di bina pada kurun ke-9 ini merupakan Castle yang terbesar di Europe semasa di zaman abad pertengahan. Bermacam2 sebab termasuklah kerana kuasa politik dan kemusnahan akibat kebakaran telah menyebab Prague Castle ni di bina semula dan di tokok tambah sehingga menjadi sebuah kompleks yg besar. Yang paling utama dalam pembinaan castle ni ialah Saint Vetus Cathedral. Pada kurun ke 12, castle ini telah dijadikan sebagai Istana Romaneque dan kemudiannya pada kurun ke -14 dalam zaman pemerintahan Charles IV ianya diubah suai mengikut gaya Gothic. Tu lah dia macam2 perubahan yg berlaku pada Praque Castle ni sehingga lepas perang dunia yang pertama pun, taman dan interior design dia jugak mengalami pengubah suaian. La ni Prague Castle ni menjadi kediaman President Czech Republic selain menjadi tempat rujukan sejarah dan politik bagi bandar dan republik ini.
Di luar Prague Castle ni ada org main musik. Nampak tak tugu tu, itulah tugu presiden Czech yg pertama, nama dia Tomas G. Masaryk.
Kat sini pun ada pak guard yg macam kat Buckingham Palace kat London tu. Yg belah kanan ni depan Cathedral dia tu lah.
Bila masuk kedalam, ruang legar dia punyalah besar. Semuanya bersimen atau berbata2... untuk apa dia buat ruang legar yg besar camni pun tak tau lah. Mungkin untuk security kot. Tapi aku rasa cam buang space saja. Tapi Nabila suka lah sangat tempat luas kosong macam ni. Dengan belon kat tangan, dia pun berlari sana sini. Yg bessnya bila dia terlepas belon tu.. ramai lah jugak yg mengah mengejar belon tu yg ditiup angin. Kelakar. Habis pelancong Jepun dan pelancong mat salleh berganti2 kejar belon untuk Nabila. Hahaha... kelakar, kelakar!
Istana Schwarzenberg ni ditutup sebab renovation.
Lepas dah abis tour Castle ni kami pun amik keputusan untuk balik semula ke Hotel. Lina pun dah tak larat nak jalan lagi. Slow2 kami jalan kaki ke stesen Metro Mustek dan alamak... kaunter tiket tutup. Kat mana nak beli tiket tatau pulak dah. Nasib lah ada satu mamat ni yg bagi aku ngan Lina tiket free. Dia sian kot tengok aku kelam kabut mencari tiket. Aku nak bayar, tapi mamat tu kata "my gift for you"... hahaha, suka lah aku dpt free kan. Apa lagas... tengkiu sajalah.
Wokeh... tu jelah ceritanya hari pertama dan kedua ni.
See u again!
**** ** ****
2 Comments:
wah...seronok nya nabila dpt gie jln-jln kat prague tue yer...
Nabila sejak dah pandai jalan ni... huhuhu... tak menang kaki tangan nak mengejar nya. Ko dah dok kat spain tu jgn lupa gi al-hambra... cantik istana dia.
:)
Post a Comment
<< Home