• Monday, April 09, 2007

    Sepetang di Hyde Park

    LA ni kan, London dah mula panas. Bunga bunga pun dah mula nak naik. Spring makin datang dah... Mat-saleh2 semua dah mula berjemur di tengah padang. Hyde park dah penuh ngan org main bola, ramai berjogging. Siang pun makin panjang. Bess!

    Banyak aktiviti riadah boleh dibuat di sini...
    So hari sabtu tu memang kami tak pi memana. Cuma pegi balik rumah lama sebabnya walaupun dah dekat 4 bulan dok rumah baru ni, barang2 kat rumah lama masih ada lagi. Pegi kemas2 apa yg patut, malangnya masih kena pi lagi la nampaknya. Satu lagi trip habis lah angkut semua barang tu. Jadinya, lepas asar tu kitorang terus buat plan untuk lepak2 kat Hyde Park. Jalan kaki je, bukan jauh pun. Kalau dok rumah pun takde aktiviti sangat, asyik la dok tengok tv cerita yang sama di ulang2. Ni elok jugak untuk stamina Lina nanti. Infact gynea pun ada pesan kat dia do not stop walking despite of her complaint of her back pain. Gynea tu cakap, teruskan seperti selalu...
    Bentang tikar kat tempat redup ni jadik sejuk la pulak... patut lah mat salleh semua sun-bathing, huhuhu...

    Mummy dan Nabila posing di Hyde Park... squirel pun boleh jumpa kat sini...
    Bila sampai kat Hyde Park tu kami pun ke Round Pond kat situ. Orang dah ramai dah. Kat pond ni kalau musim sejuk banyak swan, tapi bila nak masuk spring ni swan tu lari pi mana ntah? Ada lah sekor dua je, yang banyaknya burung2 merpati saja. Mat saleh yg nak carik duit lebih pun dah mula kuarkan kerusi yg cam kusi malas tu untuk di sewa. Tapi kami tak perlulah sewa2 ni.. kami ada tikar sendiri. Malaysia mari lagi!!! Bentang sajalah. Kebetulan hari tu mummy ada berexperimentasi buat kueh cara berlauk, so bawak bekal dan berkelah lah kat situ.

    Mai la join...

    Nabila yg tak mau berganjak tengok burung merpati...
    Dengan tak disangka2 Rosdi & family pun berhajat nak ke Hyde Park tu. Apa lagi... terus lah diorang datang sama, join kami mengadap round pond tu. Nabila pun seronoklah ada kawan, Eisya dan Emir. Time tu dah petang sikit, dekat pukul 6 dah, matahari pun dah mula nak hilang. So cuaca yg panas kian bertukar sejuk kembali. Lepas dah borak2, tangkap2 gambar, kami pun beransur lah. Syok jugak bila dah panas camni... ada la aktiviti luar sikit.

    Eisya ngan Nabila... Emir tengok je.
    Seronok tengok aksi Nabila ngan Eisya ni... apa la yg diorang borak tu...

    Bess tau bila dah start panas ni. Kita leh tengok mood orang pun berubah, semua nampak lebih ceria. Baju yg dipakai pun dah banyak berkaler2. Lain macam suasana nya, bess lah sikit. Kalau time winter tu cam gloomy je, org dia pun cam a bit grumpy... boring!
    Mmm... nanti bila bunga dah banyak... buleh la lepak kat taman bunga pulak. Nak join???
    Jommm.

    **** ** ****

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home