Dorset
HUJAN turun agak lebat jugalah pagi ahad ni! So kami pun bangun malas-malas sahaja. Hari ni plan kami agak santai sebab cuma nak naik keretapi steam. Benda ni beroperasi sepanjang tahun dan kekerapannya dalam 1 jam sekali. Jadi lepas breakfast pagi tu, kami terus menuju ke Norden Park and Ride station dia. Kalau dari caravan kami kejap je dlm 15-20 menet. Tapi awas ya.. kalau drive kat sini speed limit dia cuma 30m/hr, sebab tak perasan tak pasal2 aku kena speed trap lah! Huhuhu... bukan laju pun aku bawak, 36m/hr je. Hampagassss betul lah!!! Sampai je kat situ keretapi dah nak jalan dah. Nasiblah Mozak & family bergerak agak laju so sempatlah diorang tahan keretapi tunggu kami yg terhegeh2 menolak stroller Nabila dlm hujan tu. Sekejap je terus, chooooo chooooo.... keretapi pun bergerak daaa..
Dari Norden tu kami terus menuju ke hujung destinasi (South) ke Swanage. Dan 1st public train yang mula2 sekali berlepas dari swanage ni ialah pada 20 May 1885! Tu dia... lama kan? Train ni punya track di kekalkan dan sekarang lebih banyak di naiki oleh pelancong ~ kami la tu... hahaha.
Nabila & Farah dalam keretapi mainan replica Swanage railway. Ciann Fahmi tengok je... keretapi dah penuh...
Ha.. ni lah dia keretapi yg betoinya.
Pastu, kami decided to take the train back dan berenti kat Corfe Castle. Masa ni hujan dan takde so senang nak jalan. Masuk ke dalam corfe castle ni kena naik bukit. Dah tu dia punya jalan nak
Pemandangan dari atas Corfe Castle menjadi semakin indah dengan kehadiran 3 beranak dalam gambar ni... hahaha.
Ni masa nak balik... hujan rintik2, jalan ikut rumput lebih senang dari jalan batu batu yg tak rata tu.
Mengikut ceritanya, Corfe castle ni merupakan Britain's most romantic castle la. Memandang kan dia menyajikan pemandangan yg amat2 sungguh2
Di puncak.. angin kuat. Yg kat atas tu tak boleh masuk sebab under construction...
Masa nak turun dari Corfe Castle tu hujan pun turun sama. Alamak... Nabila mula la meragam tak mau dok dlm stroller dia, maklum lah masa kat atas tu dah bagi dia jalan sendiri. Tapi dah hujan nak tak nak paksa jugak.
Dah tu, kami pun amik balik steam train tadik kembali ke Norden Park & ride. Dari situ pulak kami balik semula ke caravan. Lepas dah soroo, aku gerak balik ke London. Mozak and family stay another night sebab Isnin tu aku kena keja... Balik2 letih lah jugak rasanya. Tapi oke lah, sebab hujung minggu kami terisi lagi.
Wokeh... isnin selasa ni aku cuti. So... korang take care oke. Jumpa lagi...
Daaaaaaa....
*tahniah pada Mozak & Sue yg baru menimang cahaya mata mereka yg ke-3... (another 2 more to go~mengikut telahan tabib rantai emas! hahaha)
**** ** ****
5 Comments:
Hola....salam perkenalan....wah cantiknya tmpt tue....bila lah dpt gie sana???....dpt tgk gambar pon jd lah....terima kasih...
terima kasih dari kami sekeluarga..another two more tu maybe kena revisit balik..harap2 tabib tu salah..tapi setakat ni telahan 100% betul..tu yg ngisau tu..
mar bcn: Salam perkenalan juga. Kalau dah ada niat, insyaAllah sampai la tu... Muchas Gracias!
smms: Hang harap tabib tu silap? Hang nak berapa? Tujuh? LAPAN?
hahaha...
happy birthday....(be late) sori
hahaha.....
Kak oji... tengkiu.
Nak pi saloon la, nak cek
berapa banyak uban dah tumbuh ni...
hahaha.
Post a Comment
<< Home