• Saturday, March 31, 2007

    Czech Republic: Prague ~ Day 4

    MALAM sat gi kami balik semula ke London. So hari terakhirnya memang tak banyak masa. Lepas dah check-out lebih kurang jam 10.30 pagi, letak beg kat hotel, kami menjelajah lagi bumi Prague ni. Hari terakhir ni biasanya kami akan kira berapa balance duit yg ada, so kalau banyak balancenya, boleh la beli souvenir lebih sikit. Tapi kali ni memang la betoi2 sengkek. So pi jalan2 tengok souvenir sambil meleleh air liur je... hehehe. Wokeh la, apa souvenir yg org selalu beli kat sini ya? Ha... kalau ke mari, benda yg paling sakan sekali dah tentulah barang2 kristal. Siti situ sana sini semuanya ada jual kristal ni. Berkilau kilau. tapi awas... jangan tenung lama-lama, nanti mata jadi juling, poket pun jadik kering!!! wakakaka.... Satu lagi yang popular sekali ialah chandelier. memang banyak choices dan harganya memanglah lebih murah berbanding ngan yg ada kat London ni. Sekali lagi ingat ya... jgn sesekali berbelanja kat town center tapi pergilah ke Old Town untuk borong semua benda alah ni.

    Ni lah antara barang kristal yg melambak di jual di sini. "Tengok dari luar je, jangan masuk. Duit kita dah tak ada..." huhuhu...

    Banyak choices chandelier kat sini... Mau??? Ada berani????
    Bila dah sampai ke Old town, kami sekali lagi naik ke Charles Bridge. Maknanya tetiap hari kami ke charles Bridge tu. hehehe. Lepas tu kami terus ke area taman dia yg ada Petrin Tower. Ianya terletak diatas bukit, Petrin Hill. Lina tak larat nak mendaki atau naik tangga, ada 299 anak tangga semuanya ~ boleh lawan batu caves ni! So kami sampai kat kaki bukit je. Petrin Tower tu sekali tengok macam Eifel Tower kat Paris tu lah. Kalau naik ke atas boleh la tengok pemandangan Prague ni secara keseluruhan. Dan ikut ceritanya, banyak batu2 yg digunakan untuk membina bandar Prague ni datang nya dari Petrin Hill ini lah.

    Saya tak larat... tolong lah... saya tak mau naikkk!! hehehe...

    Kalau besarkan gambar ni, korang leh nampak 299 tangga ke Petrin Tower tu.
    Cuaca hari tu tersangat lah sejuk kami rasa. Hujan rintik2 lak tu. Nabila pun terpaksa dok dlm stroller dia yg ada beg tido tu. Dia nak kuar jalan sendiri tapi kami tak bagi. Kalau dlm bangunan tak pe lah juga, luar camni sejuk lah! Tangan aku rasa beku menolak stroller Nabila dan telinga pulak kebas, dah rasa cam takde je.
    Sejukkkk... Nampak Teplota tu? 3 degree Celcius tu...
    Mmm... ingat tak pasal Astronomical clock yg kitorang cerita tu. Kebetulan masa kami lalu pada hari ni, the clock was about to strike eleven. So ramailah orang dok berkumpul menunggu jam tu berbunyi. Kitorang pun terus join the crowd. Yg berkumpul tu banyak ikut tour group, bila dah menyelit dapatlah curik2 dengar apa yg tourist guide dia cerita. Curi dengar tak pe kan? hehee.
    Ni lah dia gambar Astronomical clock ni.
    Jam ni dibina pada kurun ke-15. For every hour kan, bila jarum panjang dia strike 12 kan, akan keluarlah 12 Apostle (Apostle = pengikut Nabi Isa seramai 12 org, yg ditugaskan utk menyebarkan agama - ni kena rujuk ustaz apakah dalam agama Islam kita menceritakan benda yg sama?). So melangut lah diorang tunggu tingkap tu di buka dan figura ni keluar satu persatu. Last sekali ada semacam ayam warna emas keluar, kurang jelas sebab spek aku kabur dan Lina pun rabun sama (sodih), dan diorang yg dok melangut tadik pun bertepuk tangan. Suka no!!! Pastu semua disperse away. Jap je tempat tu terus lengang.
    Org ramai berkumpul depan jam tu, nak tunggu dia berbunyi dan menunggu keluarnya 12 apostle dr tingkap kat atas jam tu.

    Next destination kami ke Narodni theater. By this time kita dah boleh tahu dah makna Narodni ni... Narodni Museum, Narodni theatre... Narodni ni National lah. Kemuncak bumbung dia kaler emas. So kalau tengahari dan ada matahari, maka bersinar2 lah emas tu. Theatre ni di bina lama dulu dah, antara tahun 1868-81, dan dalam tahun 1883 dia buat renovation lagi sebab terbakar. Katanya banyak famous performances took place kat sini, tapi sorang pun aku haram kenal. Kat sini banyak persembahan ballet dan opera. Minat ke? Dedua ni aku kureeenggg sikit la. Aku suka lagi tengok wayang. So kalau kat tempat kita tu sama cam Istana Budaya la.

    Narodni Theatre. Ada satu ruang kosong depan dia banyak budak2 muda main skateboard kat sini. Skill jugak diorang nih!
    Lagi pemandangan Norodni Theatre dan beberapa bangunan lain dr Jambatan Legii.
    Pastu.. kami pun balik lah semula ke hotel. Masa ni pun dah pukul berapa dah. Kena amik teksi dr hotel jam 6 petang. Beg kami pun dah jahanam masa dtg ari tu terkoyak dan hampir nak terburai. Tak tau la camna pihak airport handle sampai boleh koyakkan beg kami. Tapi beg murah punnn... terpaksalah aku beli salotape dan selotape lah beg tu. Lantak lah, janji sampai London, pastu buang terussss!!! hahaha.
    Itu lah dia percutian kami selama 4 hari 3 malam kat Prague. Dapat lah beberapa perkataan baru masa kat sini. Contohnya:
    Vychod = Keluar
    Narodni = Kebangsaan
    Turiske = pelancong
    Konec = The End
    Bergambar kenangan di stesen Metro Mustek yg terletak betoi2 di tengah2 bandar dia.

    Lina ngan Nabila lepak di hotel sementara tunggu teksi mai...
    So... overall... Prague ni tak besar mana, kalau stakat nak jalan tangkap gambar dan tak mau masuk cam museum ke hapa, 2 hari full day dah boleh cover. Scenery dia cantik dan kepada peminat Kristal, this is your shopping mecca! Oke... aku chiow dulu.


    Konec!


    **** ** ****

    3 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    asr- ko kan..buat DBI jeles jer..so lepas ni kemana plak...

    4/02/2007 7:12 am  
    Anonymous Anonymous said...

    cantiknya kristal kat prague tue....tentu mahalkan??...lepas nie kalau ada gie mana-mana jgn lupa tulis key...boleh dijdkn sbgi panduan tuk kami...tq

    4/02/2007 1:42 pm  
    Blogger asr said...

    dbi: lepas ni jln dekat2 sini je. Wife aku dah tak larat. Due bln Jun daaa...

    mar bcn: wokeh, no problem...kalu pegi prague & nak beli kristal, pegilah di area Old Town, jgn beli betol2 kat town dia..

    4/02/2007 5:39 pm  

    Post a Comment

    << Home