Czech Republic: Prague ~ Day 3
TIPAH tertipu!!! Itu lah terjadi pada kami di hari ni. Keluar2 je dari stesen metro dia memang kami kena cari money changer dulu. Duit pun dah abis dek tak sabar2 beli souvenir di hari ke-2. So jumpa la the 1st money changer ngan signboard dia punya besar tulis: SPECIAL OFFER 1GBP = 44Kcr. Wah... seronok sgtlah. Sebabnya masa memula tukar cuma dpt 35Kcr je. So tanpa berlengah aku bagi lah kat dia duit yg nak ditukar. Tup-tup dia bagi aku 1GBP = 31Kcr je! Aik.. aku pun pelik la kan. Tanya dia apsal ni???? Dia kata yg tu dia sell, yg buy punya ada kat board lain yg tulisan nya kecik nak mampos. Aku tak puas hati, mintak balik duit tapi tak leh nak buat apa2 sebab mamat tu dok dlm kandang tu!!! Hampassss... memang hampagasss betul la... Argggghh!! Aku MARAH ni!!! (ikut style A.R Tompel dlm crita P. Ramlee Ahmad Albab!) hahaha... so pada sesapa yg nak kemari, tanyalah dulu kat kaunter berapa boleh dapat, jgn percaya apa yg tertulis kat board dia tu! Takpe lah... nak wat camna? walaupun kat situ dah hangat hati, tapi misi menjelajah Prague ni mesti diteruskan...
Menyeberang jalan nak ke Narodni Museum...
Wokeh... hari ni kami memang dah plan nak ke National Museum (dipanggil Narodni Museum). Bangunan dia dari jauh lagi dah nampak dah. Memang stand-out la museum ni berbanding semua bangunan yg di kiri kanan. Kat sini semua nya berduit, nak masuk toilet kena bayar, nak pakai audio guide pun kena bayar. Nak tangkap gambar pun kena bayar juga! Kebetulan time ni dia ada buat special exhibition tentang zaman batu ~ di kenali sebagai zaman pemburuan Mammoth. Kat dalam pamplet dia ada tulis: Those who do not hunt do not survive! Tu dia... kalau hidup zaman tu kalau nak survive kena lah berburu, kalau tak kita yg kena buru! Huhuhu. Bila masuk je kat museum tu, kami terus ke special exhibition ni dulu. Dia buat dalam suasana suram sahaja. Nabila memula oke je jalan, pastu masuk je situ terus nak berdukung. Ada la dia buat satu patung wax pemburu ni dok kat tengah laman dia. Pastu ada pulak rumah diorang dr kulit binatang. Dalam tu gelap... so masuk jugak lah. Nabila asyik nak bergayut je...
Ni lah rumah org 'zaman pemburuan mammoth' dibuat dr kulit binatang. Apa ada dlm tu???
Ha... kat dalam tu ada patung wax pompuan tengah lepak dengan unggun api. Ops.. seksinya... adik adik sila tutup mata ya... 18SX ni!!!
Ha... kat dalam tu ada patung wax pompuan tengah lepak dengan unggun api. Ops.. seksinya... adik adik sila tutup mata ya... 18SX ni!!!
Banyak artifak yang di pamerkan termasuklah rangka, tulang dan tengkorak yg katanya berusia diantara 20-30ribu tahun lalu. Periuk belanga dan juga alat2 memburu diorang pun banyak juga. Selain batu batu yang ada terukir tulisan dan lukisan macam kalau tengok cerita2 Indiana Jones tu. Isk.. Nabila tak mau jln sendiri, audio yg kami amik tu tak dapat nak guna sangat. So... dengar sikit2 je explaination dia....
Ruang legar museum yg dihiasi indah dengan lampu2 yg moden. Ukiran di dinding museum ni pun cantik juga.
Dah tu kami pusing pulak ke zoological area. Kat sini Nabila la paling enjoy. Begitu banyak sekali binatang2 yg dah di awet kan. Ada jugak yg cuma replika. Dari sekecik serangga sampai sebesar gajah dan zirafah pun ada. Tapi bila nampak je burung2 kat situ, Nabila terus tak tentu arah.. bird... birdd... katanya. Hahaha... pastu ajak ke tempat lain pun tak mau dia. Asyik lah bird, bird... sampai ke sudah...
Bird... Bird... birddd...
Hampir separuh hari kami spend kat museum ni. Pastu sempat jugak lepak di cafe museum ni pekena hot chocolate secawan. Lepas dah abis tu Nabila dah mula lalok, letak dia dlm stroller bagi susu, kejap je dia tido. Kami teruskan perjalanan ke New Town Hall dia pulak. Sepanjang jalan takde apa sangat di kiri kanan. Kami cuma bergambar sahaja di New Town Hall ni.
Ni pulak, menara yg menjadi sebahagian dari New Town Hall. Perasan tak, tower diorang semuanya sepesyen je..
Selesai bergambar perut pun dah rasa lapar. Kami decided untuk jalan semula ke Old Town untuk lunch kat restoran tepi jalan kepunyaan hotel2 kat situ. Masa on da way tu kami lalu kat Municiple House. Apa dia house ni??? Haa... ni la gambar bangunan kat bawah ni. Dulu-dulu merupakan kolej untuk paderi dan tentera diorang tapi la dah musnah dah. Ianya menjadi tarikan sebab bangunan ini dihiasi dengan warna emas dan juga kaca yg berwarna warni serta banyak sculptures. So nampak cantikk la... Skrg ni dia jadi tempat cultural dan ada banyak auditorium dalam tu. Bangunan ni jugak penting kerana kat sinilah tempat pengisytiharan kemerdekaan bagi negeri Czechoslovakia pada tanggal 28 oktober 1918. Uishhh.. perut dah lapar ni. Jom ke restoran jom. Sampai2 je terus order tak tunggu lagi. Lina order fish and chip dan aku mintak tuna pizza. Sekali pizza dia big portion, tak abis daaa...
Ni lah dia Municiple House... Cantik & besar jugak bangunannya...
Restoran tepi jalan kepunyaan hotel2 di sini... boleh pilih nak dok dlm atau kat luar camni. Dok luar la bess, tengok org lalu lalang...
Alang2 dah sampai ke Old Town ni, kami pun ingat nak ke Charles Bridge semula. Sebab memang bess kat situ, pemandangan dia cantik dan org ramai. lepas je menyeberangi ke Mala Strana kami ikut sign board untuk ke taman. Pastu jalan punya jalan... nampaklah satu kedai souvenir ni. Masuk lah ke dalam... dan... ALAMAKKKK!!! dia jual souvenir sama sebijik yg kami beli semalam dengan separuh harga. Aisehhh. Dah lah kena tipu masa kat money changer tu, kat sini pulak kami boleh dapat 2 souvenir yg sama!!! Gerammm.... ngilunya rasa hati. Betui2 rasa cam tipah tertipu lah hari ni!!! Adushhh... ntah la... selama ni kami tak penah beli souvenir awal2, tapi tatau kenapa kali ni kami beli dulu. Saja nak jadik lah tu... takpe lah. Tak guna lagi nak kalau berkalau ni kan. Masa ni jalan2 kat Prague pun dah rasa tak besss sebab hati gerammm je... hahaha.
Kebetulan time tu pun dah petang dah, so kami pun balik lah semula ke hotel... Tengok lah esok.. apalak yg terjadi!Oke, bye...
**** ** ****
2 Comments:
wah...dah day 3 kar rep. tu...cik lina tengok jalan ok je steady...hehehe
Dlm gambar je nampak steady...luar tak....
Post a Comment
<< Home