• Tuesday, May 01, 2007

    Woburn Safari Park

    AKU sekarang ni dah jadi Jutawan! ya, Jutawan! tak percaya? Nanti aku cerita, sebelum tu.. jom kita pi tengok wild life dulu. Ke mana? Ha... ikut kami, jom kita ke Woburn Safari Park yg merangkumi lebih 350 ekar.
    Welcome to Woburn Safari Park...

    Sebenarnya, hari Ahad tu kami cuma plan nak ke carboot cam biasa sahaja. Jenuh lah call Faizal, call Din tanya direction, tup tup pukul 10 baru nak gerak. Hmmm... dah lambat, so pegi carboot yg dekat je. Kebetulan carboot yg kami pi tu dekat ngan Mill Hill... jumpa pulak Ahmadi kat situ dan dia ngajak ke rumah dia. Memandang kan rumah Madi ni dah dekat sangat ngan M1 kami pun terus buat plan jap jap tu jugak untuk ke Safari Park ni. Kamare memang ada tapi susu Nabila pula tak bawak ni, tapi takpe, la dia dah minum macam2. Nak pegi tanak, nak pegi tanak, masih kompius. Ahhh pegi jelah, bawaklah barang barang carboot tu sekali. hahaha...
    Kawasan picnic dia banyak sediakan bench yg camni...

    Kalau nak ke sini kena ada kenderaan sendiri sebabnya tiada kenderaan awam yg dia sediakan dlm safari park ini. Lagi pulak semasa dalam safari tu tak dibenarkan kuar dr kereta. Dia bahagikan beberapa bahagian, kalau kat safari leisure & restaurant tu boleh la keluar. Kami pun sampai situ dah dekat kul 3 ptg. Harga tiket dia £15 sorang, Nabila free. Mahal jugak rasanya rega tiket dia ni, mungkin to cover the maintenance cost yg tinggi kot.
    Alas perut chocolate cake ngan capucino...
    Memula masuk kami terus je ke restaurant dia dulu. Lapo. Tapi bila kat tempat camni dan tak bawak bekal terpaksalah make do dengan tuna sandwich, kek dan pastri saja. Jadi lah. Kawasan picnic boleh tahan, ada bench dan kalau ada tikar boleh bentang situ. Memandangkan masa dah suntuk kami pun cepat2 dan terus masuk kereta dan start pengembaraan safari kami. Memula sekali lalu tempat gajah. Tak banyak sangat lah, ada dlm 4-5 ekor je. Syok jugak menengoknya...

    Nabila tak kelip2 tengok gajah...
    Pastu pulak ada kuda belang dan badak yg di lepas bebas. Nabila dah mula teruja... especially bila ada antelope yg datang posing dekat ngan kereta kami. Banyak kereta yg parking tepi jalan amik port paling bess untuk lepak tengok binatang ni. Kami pun berenti kejap2 untuk cari sudut gambar paling menarik.

    Zirafah ni bagi pose sopan dok bersimpuh utk kami...

    Antelope ni sekor2 je dekat ngan driving circuit... geng dia semua berkumpul jauh ke tengah...
    Pastu kami pergi pulak kawasan binatang maging! Haaaa... masa kat sini di beri amaran supaya tutup semua tingkap & jangan keluar dari kereta langsung. Kalau apa2 berlaku just hornkan kereta dan tunggu sampai rangers (bukan power rangers ya!) datang. Nak masuk situ pun kena beratur take turn dan kena lalui dua pagar yang dibuka satu satu. Semuanya for security reason la ni. Alah.. macam dlm cerita Jurasic Park tu.. hahha. Memula sekali kami nampak serigala, tapi jap je terus dia lari masuk hutan. Pastu nampak harimau, banyak ekor ni... di lepaskan je takde kandang2. Tapi diorang ni dah kenyang ni... semua nampak kuyu je.
    Pak belang yg sedang merenung masa depan...
    Yang bess sekali masa kami lalu kat kawasan beruang. Ada sekor tu berjalan betui2 tepi trek kereta, pastu siap posing2 pulak. Hehehe... Amaran diberi supaya jangan berenti sebab bear ni suka patahkan side mirror, tapi ramai gak yg berenti buat tak kisah. Kiut je bila dia angkat 2 kaki dia nak makan daun kat pokok yg agak tinggi tu. Pastu ranger pun datang sebab mungkin takut dia calarkan kereta pelawat kot.. terus dia bagi bear tu makan daun kat sebelah keta kami je... dapat lah snap gambarnya. Pastu kereta aku pandu perlahan mengikut trek dia yg melingkar2, naik bukit turun bukit... jumpa pulak singa tengah lepak... iskk semua baru lepas makan kot... Ada satu dua je yg jalan malas2 aku tengok.
    Tu dia beruang yg tengah makan daun tu, sempat gak aku snap gambonya.
    Singa pon dah kenyang daaaa... tido je kerja depa ni!
    Last sekali ada African jungle... kat sini cuma banyak monyek baboon dan seangkatan dengannya. Takde lah bess sangat. Masa ni jugak lah kamera pun abis bateri. Tu lah jadinya bila buat plan secara tiba2... Dah puas tengok binatang2 tu kami park kereta semula kat safari leisure. Kat sini kami naik sampan angsa yg kena kayuh ngan kaki tu. aku kayuh sorang2 lina ngan Nabila pegang sterring. Dia bagi 10 menet je sebab ramai beratur. Dah abis tu kami pegi pulak tengok sealion show. Kelakar... mat salleh sini semua sporting. Punya la bising dengan sorakan dan tepuk tangan. Nabila je yg takut2 peluk aku kuat2. Siap nangis tapi mata tengok jugak! Aparaaa...

    Kami pusing 2 kali kat kawasan kuda belang...
    Banyak tau aktiviti kat sini. Dah tu kami naik pulak keretapi... naik separuh trek je sebab dah sampai tempat kami park kereta. Banyak yg tak dapat kami tengok sebab dtg lambat sangat. Ada penguin show, bird show, macam2 lagi lah. So kalau nak dtg sini korang dinasihatkan to spend 5-7 hours to see everything. Cukup lah tu... balik tu memang penat dan lena terus. Tu lah dia Woburn Safari Park.. recommended tapi rega dia mahal sikit lah aku rasa. Selain dr Safari Park ni kat Woburn ni pun ada Woburn abbey, woburn Dear Park, woburn Village yg korang leh lawati. Tapi, kena lah dtg awal...
    Oke.. berbalik kita pasal Jutawan tu... Critanya camni, hari tu aku ada tetamu dr Malaysia, a nice Chinese gentleman. So satu hari tu dia call aku mintak aku hantar ke airport sebab dia nak balik mesia dah. Memandangkan hari yg dia mintak tolong tu aku memang free, so dengan senang hati aku pun kata oke. Dalam keta macam2 lah dia bercerita, cerita pasal rumah pasal kereta pasal kisah silam pasal bapak dia pasal nenek dia. Pasal harga rumah nak naik lah. Pasal kasut Fila murah kat mesia lah. macam2 lah. Aku lebih banyak mendengar. Syok jugak dengar cerita2 dia ni... diam tak diam kami pun sampailah ke airport. Sampai sampai airport je... lepas barang2 dah di punggah, aku pun nak balik lah. Masa kami bersalaman, tahu tak apa dia cakap??? dia cakap, "Jutawan terima kasih ya, jutawan terima kasih..." dalam slang cina nya. Waaaaaaa JUTAWAN katanya! hahaha... orang jutaan dia jutawan. Masuk masuk keta je, aku gelak berdekah2!!!
    .
    Koh Koh Koh...
    .
    **** ** ****

    3 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    hehehe...jutawan jg le tu...lembu x de ke.

    5/04/2007 9:48 am  
    Anonymous Anonymous said...

    hehehe...tersilap ckp rupanya org tue...ok lah tue, mudah-mudahan apa yg dia ckp tue jd kenyataan...jd jutawan...byk ker binatang yg ada kat situ tue??

    5/04/2007 6:03 pm  
    Anonymous Anonymous said...

    k. og: Lembu? Ada, ada... tu gambar yg last sekali tu. Tapi macam seladang je rupanya. Besar bertanduk. Lembu Afrika! Lembu yg Opah Melah bela tak masuk senarai ya... hahaha.

    mar bcn: Amiiiinnn... hahaha. Banyak jugak binatang kat sini. Tapi jgn compare ngan zoo... sebab dia more like wild life. Selain binatang, playground pun ada...

    :)

    5/05/2007 7:13 am  

    Post a Comment

    << Home