• Tuesday, June 05, 2007

    Cahaya Mata Penenang Jiwa II

    Alhamdullillah! Semuanya selamat. Sempena birthday agung yg lepas, kami telah pun dikurniakan seorang putera yg lahir 12 hari lebih awal dari due-date-nya. Seribu syukur dipanjat ke hadrat Ilahi kerana memudahkan segala urusan kami. Dengan penuh rasa gembira kami perkenalkan, inilah dia hero famili kami...

    AFDZAL HAZIQ B. MOHAMAD AZAM, 3.39kg
    Portland Hospital, London
    Sabtu, 2 Jun 2007 @ 7.15 pm
    Nama pilihan mummy dia kali ni. "Mesti ada unsur2 AF4 ni..." kata adik ipaq aku... hahaha... ya kah, kebetulan kot... Sebenarnya dari hari Jumaat lagi lina ada bagi tahu dia sakit2 perut... rasa macam contraction katanya tapi tak lah sakit sangat. Tapi pada pagi Sabtu tu dia kata makin sakit pulak. So terus aku kansel plan nak main badminton pagi tu. Makin lama makin sakit. Apa lagi terus lah aku call hospital dan kemudian terus pergi lebih kurang jam 10 pagi. Sampai sana midwive tu cek la Lina pastu cek punya cek dia kata lambat lagi... so dia mintak kami balik rumah dulu.

    Mesin mengesan contraction dan denyutan jantung baby...

    Masa balik tu Lina masih rasa sakit2, tapi dia tahan2 jugak. Sebenarnya kami pun tak tahu camna kalau bersalin awal ni, sebab Nabila dulu overdue sampai kena induce. Bila dah ada kat rumah apa lagi kan, siap makan tengahari lah dulu. Tup tup pukul 3 ptg... makin sakit katanya. Call hospital lagi... midwive tu kata cuba berendam dlm air panas. Kami pun ikutlah nasihatnya. Dalam bathtub tu pun sakit jugak... last sekali aku letak jam dlm bathroom tu dan Lina pun tengok berapa kerap contraction dia. Bila dah cam every 5 minit dia rasa sakit... aku pun call hospital lagi inform dia yg kami nak datang. Sampai hospital dlm pukul 5pm. Kali ni lepas dia cek dia cakap... no more going home!


    Delivery room 5 : Tak diduga Nabila dan Haziq dilahirkan di Hospital dan di Delivery room yg sama. Ini lah "katil" pertama mereka berdua...

    Bila dia cakap camtu terus aku call Rosdi sebab nak tinggalkan Nabila kat situ sekejap. Jalan jem la pulak! Sampai rumah Rosdi hampir jam 5.45pm. Bila aku tengok Nabila dah oke main ngan Eisya dan Emir aku pun terus cabut. Naik bas dan aku sampai hospital dalam pukul 6.30pm. Masa ni baby dah sedia nak di lahirkan dah. Dalam kepala aku ada dua perkara... pertama harap mummy dan baby selamat dan kedua moga2 Nabila tak menangis atau meragam di rumah Rosdi. Memang Allah nak mudahkan urusan kami, Alhamdulillah jam 7.15pm baby boy kami yg pertama pun di lahirkan. Jadinya tak lah lama mana aku tinggal Nabila. Thanks to Rosdi & family yg kemudiannya datang menghantar Nabila ke hospital.


    Midwive Jenny mengemas kini laporan Mummy...
    Masa baby nak lahir tu gynea tanya Lina samada nak letak terus atas perut dia atau nak bagi midwive bersihkan dulu. Lina kata nak terus ke atas perut dia... so seperti yg diminta bila baby keluar je, teruslah gynea tu letak atas perut mummy kan... dan darah aku pulak yang terus tersirap masa tu. Dalam diam aku beristigfar, macam2 dalam hati. Terkejut! Kenapa lain benar dari Nabila? Hati aku terus berbisik, Ya Allah kenapa ngan anak aku ni??? tak terkata. Aku hanya merenung sahaja... lepas tu midwive tu amik baby dan kemudian dia lap dan dia bersihkan. Lepas dah bersih tu... ahhhh... baru lah aku rasa lega! Alhamdulillah. Berubah terus... kalau tak tu lebam sungguh seluruh badan anak aku tu. Tu yg buat aku terkejut campur terkujat tu. hahaha... Aku azan kan di telinga kanan baby dan lepas tu buat pertama kalinya dia genggam jari aku... cap tapak kaki baby diambil sebagai pengesahan, satu copy diberi pada kami, satu lagi di simpan pihak hospital.
    Immidiately after birth, tali pusat pun tak potong lagi... Risau dan bergoncang dada aku tengok Haziq macam itu. Ungu kaler kulit nya...

    Dah bersih.... Alhamdulillah. Moga Allah lindungi anak kami ini dan jauhkan dia & zuriatnya kelak dari hasutan syaitan yg di rejam. Amin.

    Haziq gengam jari daddy buat pertama kalinya...
    Malam tu aku ngan Nabila tido kat rumah. Mummy ngan baby kat hospital. Aku sungguh letih tapi mata tak boleh nak tidor. Aku kemas kan rumah dekat kul 2 pagi baru aku terlelap. Tapi jam 4 pagi aku dah terjaga dan tak buleh tido lagi. Aku talipon mak di kampung. Tengok jam baru pukul 4.40pagi. Kemudian aku ke dapur masak lauk untuk di bawa ke hospital. Alah mudah je... goreng ikan bilis ngan bawang ngan lada hitam...
    Haziq bersama gynea Ms. Katrina Erksine. Ooo... look at you, you gorgeous boy... kata nya.
    Midwive Agatha cek baby Haziq, midwive Lucy cek mummy... dedua oke! Alhamdulillah...
    Hari masih awal.. akhirnya aku terlelap dekat pukul 6, bila kak Oji talipon pukul 7 pagi tu.. aku laloq sangat. Sorri lah ya. hahaha. Bangun pagi tu mandikan Nabila buat breakfast untuk Nabila dan terus pecut ke hospital. Tengok baby yang dah makin berubah wajahnya. Merah muka baby, mungkin dalam wad tu panas kot. Nabila bukan main lagi sayang dengan adiknya. Dia pun boleh sebut Haziq, tapi kebanyakan kalinya dia refer sebagai baby. Sampaikan bila midwive datang nak pegang baby pun dia marah. Siap nangis lagi tu! hahaha...
    Ini lah adik saya... kalau baby nangis terus Nabila offer susu dia... baguslah kakak ni!

    Hari ke-3 di hospital, bergambar dikatil extra hospital. Suka sangat Nabila dpt dekat2 ngan adik dia...

    Petang tu Nabila tido kat katil extra dlm bilik mummy tu... lepas dia bangun terus bawak Nabila balik pastu basuh uri baby... dan terus pecut ke rumah Faizal. Terima kasihlah kerana menumpangkan ruang belakang rumah korang untuk tanam uri baby ya. Tu lah susahnya dok flat... takde tanah. Balik rumah, siapkan Nabila dan kemudian ke Hospital lagi. Gynea suruh Lina dok hospital sampai selasa. Tapi Lina pun dah boring dan dia kali ni nampaknya lebih kuat dari dulu masa bersalinkan Nabila. Jadi dia mintak balik awal. Gynea pun benarkan dan aku juga lebih lega kerana tak payah nak ulang alik ke hospital lagi.

    Haziq di examine oleh pediatrician Dr. Gary Katt
    Bersama Midwive Deborah yg menghantar Haziq sampai ke pintu kereta sebelum balik...
    So pagi Isnin tu... buat pertama kalinya, Haziq pulang ke rumah. Dan malam itu pertama kalinya... kami tidur 4 beranak... Kepada Haziq & Nabila... daddy dan mummy sentiasa mendoakan yg terbaik untuk kalian berdua. Moga Allah rapatkan kasih sayang sesama kita dan permudahkan kita dalam semua urusan dan selamatlah juga di dunia & akhirat. InsyaAllah. Amin.
    Keesokan harinya midwive yg lain pulak datang ke rumah. Dia nak pastikan keadaaan Haziq dan rumah kita tu selesa untuk baby.
    Nabila nak jugak bagi adik susu... Mummy nak bagikan pun dia tak kasi... hahaha
    Midwive Doreen sedang menimbang berat Haziq... beratnya turun dari 3.39kg ke 3.30kg sahaja. Haziq nampak cerah sangat bila didukung makcik ni... hehehe
    Akhir sekali... terima kasih pada semua, yg bertanya khabar & memberi ucapan Tahniah.
    Salam...
    .

    **** ** ****

    8 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    Tahniah untuk En Azam dan Puan Lina diatas kelahiran anak yang kedua..semoga Haziq menjadi anak yang soleh.. dari kami sekeluarga -shahrul, sue, farah, fahmi dan fasha.

    6/08/2007 9:07 pm  
    Anonymous Anonymous said...

    tahniah sbb dpt baby boy...wah nabila dah ada kwn lah yer..tentu seronok kan..tahniah...

    6/09/2007 8:46 am  
    Blogger Jepp Anis said...

    Tahniah dari kami. Kami doakan kehadiran cahayamata ke-dua memberi lebih keberkatan dan kesejahteraan dalam keluarga.

    6/09/2007 7:50 pm  
    Blogger asr said...

    smms: Mudah2an... Amin.

    mar bcn: Tak lah Nabila main sorang2 lg lepas ni...

    jepp & anis: Bila masa ada blog ni??? Bagus bagus... perkembangan yang baik ni.

    Thanks semua.
    :)

    6/10/2007 6:30 am  
    Anonymous Anonymous said...

    k.slm kt nabila n haziq. kiss pipi dorg skalik. ckp kt dorg, thn dpn maksu dtg. huhu

    6/14/2007 11:02 am  
    Blogger asr said...

    silakan datang maksu yani... kami menunggu...

    6/15/2007 10:45 am  
    Anonymous Anonymous said...

    Tahniah dari MiaLibraMieza di Malaysia....Wah..kami pun bersemangat pulak bila tgk gambar baby Haziq...Libra ckp klu mengandung cepat skit,boleh masuk Portland 2nd time..yelah tu..kalau2 perut dia yg mengandung ok gak...May Allah bless all of you!!! masa kitaorg pulak akan tiba pulak hujung tahun nnt,InsyaAllah...

    6/28/2007 9:00 am  
    Blogger asr said...

    Ala... hujung tahun ni pun boleh masuk portland 2nd time apa? Book la dari Mesia, diorang terima punya. hahaha...

    Nanti dah dapat 2nd baby update kami ya...

    7/02/2007 3:52 pm  

    Post a Comment

    << Home