• Monday, October 06, 2008

    Syawal 2008: Kami Raya Dulu Oii....

    KAN DAH KATA, kami raya awal sehari! Mati mati kami ingat raya 1 oktober, tup tup dapat sms dr ustaz ajak bertakbir raya di surau MSD. Apa lagi, kelam kabut la kami, especially mummy. Mana nak buat kek, mana nak masak kuah kacang, nasi impit, kuah lodeh, sambal tumis ikan bilis, puding, mana nak gubah bunga lagi... last last rendang tak sempat masak- sumbat balik ayam dlm peti ais. Ahak. Camtu baru meriah, tido jam 3.30 bangun pukul 6 pagi. Tapi yg herannya, sebab excited raya tadak la pulak rasa ngantok nya... magic.. magic...!


    Kakak tarik Adik ajak cari duit raya ya????
    Mummy, kakak mintak maaf dzahir batin ya... adik, tak salam lagi dah bawak lari duit raya ni!!!
    Selesai semayang raya, aku jemput lah sesapa yg tak dak apa apa program ke rumah kami. Kira breakfast/brunch raya lah. So terhiburlah hati mummy sebab ramai juga yg menjamah lontong nya setelah bersengkang mata malam tadik. Seronok berkumpul di hari raya walau pun sebelum tu dah selalu berjumpa. Suasananya berbeza.

    Riz n family beraya di rumah kami...

    Lagi tetamu di pagi 1 Syawal...

    Yg ni bergambar selepas semayang raya...
    Sempat jugak kami menggunakan sedikit masa terluang untuk bergambar family. Kakak la ni payah sungguh nak minta bergambar. NO!!! NO!!! No picture hari raya! katanya marah marah. No hari raya picture lah kakak, terbalik. hahahaa... dia siap nangis2 kalau diambil juga gambarnya. Tapi apa nak buat, pujuk2 dan paksa jugalah dia bergambar. Ya lah, dah susah payah kak Oji mencari baju raya kami ni, mestilah kena abadikan, dah tu kilat kilat pulak tu, glamer you! Ahak. Jenuh lah aku meng-adjust tripod untuk tangkap gambo kami satu family, herot bengot. Nasib la ni bila masuk komputer boleh crop. Caya lah!


    Kakak yang baru lepas menangis di paksa bergambar, huhuhu...

    Selamat Hari Raya Aidilfitri...
    Dah habis tu kami serbu lah pulak rumah Mozak, ada sate beb. Lazat sekali. Kemudian kami ngajak Rizal sekeluarga ke rumah kami pula. Lepas dah zohor, kami pun gerak berkonvoi 3 kereta ke rumah Duta Malaysia ke UK ini untuk beraya. Tahun ini Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan isteri juga beraya di UK ni. Tapi sebaik kami tiba, beliau pun berangkat pulang. Rumah Datuk TYT di hari raya pertama seperti biasa memanglah ramai. Yang bessnya dapat berjumpa dengan para pegawai yg susah no dapat bertemu kalau takde gathering camni. Bergambar sakan lah semuanya. Kan main lagi bergaya ya? hahahaa...


    Mummy dan kengkawan...

    Bersama family Mozak & Rizal di rumah terbuka anjuran Menteri Luar Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim.

    Bersama Pn. Robiah Karim, Pengarah Khidmat Urusan FELDA, dan family...
    Bergambar kenangan di Rumah Malaysia...
    Kakak asyiklah tanak lepas tangan daddy ni. Adik juga yg oke sikit, walaupun ada masa masanya meragam lapar! Kami takde lah lama di sini sebab lepas tu ada pulak lagi jemputan ke rumah Fizan. Time ni pun dah pukul 5 petang. Gerak lah kami dan bila sampai orang dah ramai. Macam macam juadah Wan masak. Makan nasik lagi aku! Masa time posa hari tu rasanya takde lah turun pun berat badan. Ni raya tak sampai sehari pun lagi, rasa dah berat beno pulak, huhuhu... Adik elok jer bermain di rumah Untie Wan dan uncle Fizan ni. Kakak pun nasib mood dia oke. So boleh lah daddy dan mummy menjamu juadah raya dengan tenangnya. Tapi... haaa... ada tapinya. Bila dah petang dan perut asyik disumbat sumbat, masa ni lah rasa tersangat lah kemengantok-ngantokkannya! Aduh... kuyu je rasa mata. Bila dah kenyang, mata pun macam nak lena... apa kah yang lebih baik di lakukan? Berangkat pulang lah kan? So kami pun bersalam-salaman, bermaaf-maafan di hari bahagia ini dan cha alif but lah. Meriah rasanya raya kali ini.


    Daddy posing kekenyangan dan kemengantokkan yang amat dahsyat! Nak bukak mulut berborak pun dah tak larat.
    Tu lah dia nya, time kami dah melaram dgn baju baru dan menikmati juadah raya beraneka rasa, redang, lemang, lontong dan apa bagai, korang kat mesia masih lagi pegi pasar ramadhan ya... hehehehee... kesian, tapi takpe, dapat extra pahala. Setan kat mesia pun tentu frust dan jealous dengan setan kat London ni, maklum lah kena ikat lebih sehari, padan muka, hahahaaa...
    Emm... kalau nak jenguk jenguk dan dengar dengar takbir raya di surau MSD sila klik sini, credit kepada Riz yang begitu tekun sekali dengan camcoder dia merakamkan itu ini, ahak. Wokeh lah... jangan surprise kalau entry yg seterus & seterusnya nanti masih lagi pasal raya...

    Bye bye...

    **** ** ****

    8 Comments:

    Anonymous teh O ais aku?? said...

    Orang lain dok London makin putih, apsal aku tengok ko makin itam, Zam?

    10/07/2008 3:22 am  
    Blogger Akmal Hizam said...

    huhuhu... selamat hari raya.
    maaf zahir dan batin dari aku dan keluarga di plentong.
    take care, man.

    10/07/2008 10:35 am  
    Anonymous suealeen said...

    bro... bila hang nak balik mesia ni? hang tak mao balik sini ka?

    10/08/2008 7:49 am  
    Blogger ASR said...

    Teh O ais: Syadap yu!!! hahahaaa...

    Akmal Hizam: Sama-sama lah kita, kim salam kat naza ya...

    Suealeen: Mesti la mao... sapa yg tak mao, kan kan kan?

    :)

    10/08/2008 8:03 pm  
    Blogger afid said...

    sedondon ha..:) selamat hari raya, maaf zahir batin..

    10/09/2008 2:39 am  
    Blogger ASR said...

    afid, sedondon dan kedondon... yesss, of cozzzzz! ahak. SHRMZB.

    10/09/2008 3:54 pm  
    Anonymous kak mas jiran melah ram said...

    salam.
    ada orang besaq visit ko ya...lucky man.

    cantik menarik tertarik..or 'di tarik' lina dlm bajuk kurung merah tuh...

    aku nak beg lvvvv

    10/17/2008 7:54 am  
    Blogger ASR said...

    Ayo kak mas, kim salam kat jiran artis ko tu ya! hahahaaa... org besar org kecik semua ada... kelasss tak? ahak.

    10/20/2008 11:49 am  

    Post a Comment

    Links to this post:

    Create a Link

    << Home