• Friday, December 15, 2006

    Bersejuk di Hyde Park

    Entry ni sepatutnya sebelum Birthday Nabila, tapi aku bz memandangkan ada VIP nak dtg sini tak sempat aku nak mengupdate kisah ni. Pagi Ahad tu aku bangun2 je dah terasa sejuk yg amat walaupun heater rumah ni agak kuat aku pasang. Apa hal ni? Naik berkerikut badan aku ni.. eee sejuk siot!!! Ops, mana taknya... aku tido sebelah tingkap kaca rupenyer!!! Patut la sejukkk... kat luar tu dalam 9 degree... Tapi matahari tetap memancar. Dah janji pulak nak bawa orang pi carboot hari Ahad tu. So aku bangun dan gagahkan jugalah.
    Sejuk2 camni kebanyakan carboot memang tak bukak, tapi ada satu tu kat Farnborough cuma tutup time Christmas je. Jadinya menuju ke situ la kami. Tempatnya agak jauh dalam 1 jam perjalanan. Kami sampai dlm pukul 10.30 pagi tapi sebab sejuk sangat, Lina dah tak tahan. So belum pukul 12 tengahari kami pun amik keputusan untuk chiow. Pun begitu dapatlah jugak kami beli cottage kecik2 3 bijik untuk Acu Siti... nanti kami poskan, tungguuuu... Gambo belah kiri ni kat luar carboot Farnborough tu la tu... nampak cam tak sejuk je kan???

    Naik melengkung badan Daddy dukung Nabila ni...
    Masa on the way balik tu kami teringat pulak yg kami tak penah bergambar kat Hydepark time sejuk camni. Kamera pun dah memang ada so, apa lagas kami pun terus lah buat impromptu punya plan. Kat Hyde Park ni yg hampehnya parking tetaplah kena bayar walaupun hari Ahad. So park lah satu jam.

    Mummy pun naik melengkung dukung Nabila, hahaha. Suka aku tengok gambo ni, cantik kan pemandangan dia...
    Keluar2 keta je terus rasa angin menyerbu muka. Terus rasa kebas. Terus aku peluk Nabila kuat kuat sebab sejukkk... tapi dia sengeh sengeh la pulak... hehehe... Mummy pulak kena tolak stroller kosong. Yela... bukan larat nak dukung Nabila memanjang time winter camni... Sat lagi kena la letak dia dlm stroller tu.
    Dia pun dah berat di tambah dengan baju dia yg berlapis2 dan baju sejuk dia tu lagi.. uuuiiihhh berattt sungguh jadinya.
    Mat salleh dan anak2 diorang tetap seronok bermain roller blade. Sepanjang minggu asyik hujan je so bila terang benderang dengan matahari yg bersinar ni... diorang tak lepas peluang beriadah. Kami pun join sama. Aku pulak dari dulu asyik la cakap kat wife aku nak beli roller blade nak belajar main tapi sampai la ni tak juga juga belinya. hahaha. Kami jalan menyusuri sungai kat Hyde Park ni. Kat sini ada aktiviti berkayak, bersampan tapi time camni takde sorang pun sanggup nak beromantik dlm sungai tu...

    Pipi Nabila naik merah sebab sejuk... tangan dia lagi la sejuk. Tu la, degil lagi. Apasal tak mau pakai sarung tangan????
    Aku dan Lina gilir2 dukung Nabila... angin bertiup kencang tak berenti2... Seperti yg di hajatkan kami pun pose pose la tangkap gambo... hehehe... tapi yg hampeh nya, baru je beberapa keping kami tangkap, bateri kamera pulak kong! Terus padam. So kat dalam entry ni la semua picture yg sempat kami snap snap. Memandangkan dah takde maknanya nak bersejuk2 ni, kami pun patah balik ke kereta. Rugi sikit sebab parking 1 jam tapi cuma utilise setengah jam je, huhuhu. Tak pe lah.. lain kali kami charge bateri sampai kembung2 dulu... baru kami pi tempat ni lagi.

    Tu dia anak mat salleh yg laju je ulang alik ngan roller blade diorang... Tak kira sejuk ke tak, asal ada matahari je, jadiiii..... Eh, nampak tak bayang2 kamera man tu??? aku le tu, sapa lagi, hahaha.
    Mmm... la ni kan memang la malas benar nak keluar rumah. Cakap betui.. korang janganlah nak buat plan datang England ni time2 sejuk camni... alamatnya nanti korang dok rumah je. Sejuk nak keluar pun malas plus cepat ngantuk, maklumlah malam dia cepat beno. Maghribnya masuk sebelum pukul 4 petang, so dah start gelap la tu... Emm, apa lagi aku nak cerita ye? Wokeh lah.. aku berenti kat sini dulu... kalau ada kisah menarik nanti kami cerita lagi...

    Ok babai, jumpa lagi... kami nak balik lah.. sejuk niii...

    CHIOW!.
    **** ** ****

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home