• Saturday, December 02, 2006

    Cuti-cuti Malaysia: Ipoh

    Wah dah sebulan kami tak update blog ni. Ye la.. balik bercuti beb. Dah tu balik time raya pulak tu... sakan! Kat sini dah sejuk balik... hari tu turun2 kape terobang dia announce 2 degree, masa tu kami sampai pagi buta. Siang hari purata temperature dia dlm 12 degree... sejuk tu sejuk tapi kira oke la...
    Mmm... entry kali ni cuma nak masukkan gambar2 masa bercuti kat mesia. Aku masukkan gambo masa balik beraya di Ipoh dulu... yg kat Melawati & tempat lain tu.. entry seterusnya. Banyak sgt gambo, kena pilih pilih. Oke jom mulakan...

    Kami sempat juga berbuka posa (eh... posa ke??? syyy... biarlah rahsia) ngan keluarga di Ipoh sehari sebelum raya. Tu tengah bersiap sedia ngan hidangan berbuka. Inilah sebahagian dari 29 anak sedara aku yg dah tak sabar nak berbuka di hari terakhir Ramadhan.


    Ni pagi raya la... lepas balik semayang raya ni. Aku, Lina & Nabila bergambar dengan bonda tercinta, Bonda Hajah Salbiah.



    Aku sekeluarga bergambar dengan langsir baru Opah, hehehe. Eh.. nampak kurus pulak aku dlm gambo ni kan? Tahun ni kami 8 beradik semua beraya di Ipoh tapi sayangnya tak teringat pulak nak bergambar ramai2. Masa pagi raya tu rumah mak aku penuh dengan 8 anak, 8 menantu & 30 cucu dia.. korang kiralah berapa semua nya... Ramai tuuu.



    Seperti yg dihajatkan, Alhamdulillah kami sempat buat kenduri akikah, naik buai & berkhatan untuk Nabila. Tu dia diorang tengah lapah kambing akikah tu... Aku kat mana?? aku dok tengok kat tepi je sambil jd camera man. Aku tolong sikit2 je, bab bab ni aku tak berapa reti sikit... tengkiu la pada semua yg dah tolong menjayakan majlis akikah ni...



    Ni pulak geng marhaban mak aku... Nabila memula dok tido dlm buai tu. Bila dia sedar je terus tak mau dok dlm buai dah. Ye la... org naik buai umur sebulan, Nabila pulak dah 11 bulan! Apa lagi... org naik buai, dia turun buai... hehehe.



    Lepas dah nak abis marhaban tu ada la pulak majlis cam renjis2, tabur2 bungai rampai. Majlis dimulakan oleh Opah Nabila la... pastu pusing ikut kanan. Semua geng marhaban mak aku merenjis. Lencun la Nabila kena renjis. Patut nya ada gunting rambut sikit2 pastu terus bercukur, tapi memandangkan Nabila dah bercukur dah masa dulu, so yg bab gunting2 tu tadak la.
    Lepas dah abis renjis2 tu... semua yang menyumbangkan suara memarhabankan anak aku tu bergambar kenang2an. Masa ni Nabila dah letih so dia terlena balik. Syok dia tido dlm buai... selama ni mana la dia kenai buai tu apa??? Sian anak daddy ni...

    Antara tetamu dan org masjid yang hadir. Family belah wife aku semua datang. Jamuan ni kami buat secara buffet. Buffet ni bukannya apa, kadang2 orang malu nak tambah. Tapi aku harap semua yg datang tak segan2 nak tambah dan dah menjamu selera sekenyang2nya...


    Ni pulak antara member aku yg datang. Lama beno tak jumpa mike mike ni semua la... hehehe. Tengkiu ye sudi luangkan masa.


    Selain beraya kami sempat juga pi bekelah kat Lost World tambun. Kira oke la tempat ni untuk buat family outing. Semua pakat terjun main air. Tapi Nabila tak sporting la... asyik la menangis tak mau kena air tu. Berdukung je la... huhuhu.

    Masa di Ipoh kami amik masa pi penang. Tapi takde la jalan2 sight seeing. Pegi rumah member Lina. Tengkiu la jamu kami makan tengahari. Pastu sempat pi rumah pakngah kat teluk kumbar. Tapi asyik sibuk bersembang lupa nak bergambar.


    Kami jugak pi chepor. Sejuk lah air di sungai chepor ni. Kami pi weekdays so tak banyak orang. Cuma kami je beria2 bersantai kat sungai tu. Sunyi je rasanya. Nabila cam biasa, menjerit2 bila kena air! Lepas pi sini la Nabila demam... ooo payah.. asyik memerap je!!!


    Nabila & Anis posing kat chalet kat chepor tu. Chalet ni murah je... cuma RM3 je satu dan dok la selama mana. Tapi kami dok free je sebab memang takde org pun. Tapi kalau korang nak pi sabtu ahad make sure korang buat reservation dulu. High occupancy ooo....


    Kat atas ni Nabila ngan Maya. Nampak cam mesra je... Apa yg di borak.. cuma mereka je yg faham dlm bahasa yg ntah apa apa tu...


    Gelagat anak sedara ni memang macam2... tapi yg ni aku rasa kelakar, diorang dok main bedak... Macam tepung gomak daaa... yg Atikah siap posing tu... hehehe

    Banyak lagi kalau buleh nak kami pastekan kat sini... tapi tak larat nak upload semua. Ni la serba sedikit percutian kami yg bess semasa di Ipoh. Oke... jumpa lagi dlm entry yg lain.

    Terima kasih org Ipoh...

    Terima kasih semua...

    Bye...

    **** ** ****

    3 Comments:

    Blogger anonyaniemous said...

    hepi besday to nabila yg ke 1st..haha.msti dpt byk hadiah.maksu xde bende nk bg la nabila.nnt bile nabila dh balik m'sia balik maksu belikn mainan ek.kalau mkn kek tu igt2 la maksu kt sini.akhir kate,x sbrnye nk dukong adik nabila plak..hehe...krm slm kt mummy n daddy tau.bye.assalamualaikum.

    12/08/2006 11:52 am  
    Anonymous Anonymous said...

    aikkk....sejak bila yani ada blog sendiri nih??

    12/08/2006 2:38 pm  
    Anonymous Anonymous said...

    tengkiu makcu,

    nanti Nabila balik mesia Nabila tuntut hadiah tu ya...

    :)

    12/08/2006 6:16 pm  

    Post a Comment

    << Home