Jom Terawikh
DI SINI kami dah mula puasa hari ni. Maknanya semalam kami dah buat sembahyang terawikh yg pertama. Kat sini buat 8 rakaat dengan tazkirah ringkas sebelum isyak. Nampaknya kami mendahului keluarga, sanak saudara dan teman teman di Malaysia. Mmm... bulan Ramadhan ni je la ada sembahyang terawikh kan? Dan dalam bulan Ramadhan ni pun kami akan kurangkan aktiviti luar kami. Dok rumah sambil start packing barang2 yg nak dibawa balik raya nanti. Hahaha... Excited ni!
Oke... untuk mengisi ruang blog kali ni aku sekadar nak mengingatkan semula pasal semayang terawikh ni. Berikut aku pastekan dr emel yg aku dapat moga ada manfaat untuk kita bersama ya... So, moh kita berterawikh!!!
PENGERTIAN SUNAT TARAWIH
Tarawih ertinya beristirehat. Ia dikerjakan selepas solat isyak sehingga menjelang fajar. Solat Tarawih ini hanya dilakukan pada bulan ramadhan dan boleh dilakukan sama ada secara individu atau secara berjamaah. Bilangan rakaat yang dilakukan biasanya 8 rakaat dengan 3 witir atau 20 rakaat dengan 3 witir.
Tarawih ertinya beristirehat. Ia dikerjakan selepas solat isyak sehingga menjelang fajar. Solat Tarawih ini hanya dilakukan pada bulan ramadhan dan boleh dilakukan sama ada secara individu atau secara berjamaah. Bilangan rakaat yang dilakukan biasanya 8 rakaat dengan 3 witir atau 20 rakaat dengan 3 witir.
“Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadan tetapi tidak mewajibkannya. Baginda bersabda barang siapa bangun pada bulan Ramadan (mengerjakan solat tarawih) dengan rasa iman dan mengharapkan keredhaan Allah maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”.
Hukum Sembahyang Sunat Tarawih
Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
Hukum Sembahyang Sunat Tarawih
Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
Sunat dikerjakan di Masjid, Surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.
Waktu Sembahyang Sunat Tarawih Ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.
Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih:
Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
Pada zaman Khalifah Omar bin al- Khattab r.a. pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orangorang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap 8 satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih:
"Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala."
.
**** ** ****
0 Comments:
Post a Comment
<< Home