• Sunday, September 17, 2006

    Richmond Park: Berkelah

    MEMULA sekali sori lah pada sesiapa yg ada call rumah ni dlm minggu lepas. Line talipon kami rosak. Kami tak dengar bunyi ringing. Panggil engineer BT dtg cek, rupanya main connection dlm rumah yg rosak. So sepanjang minggu lepas takde internet connection la jugak. Rimas!
    Wokey... minggu lepas hari Ahad kami pakat berkelah kat Richmond park hasil dr idea Suhailah. So kaum ibu pun pakat pakat la sesama diorang nak masak dan bawak apa. Kaum bapak pulak cuma nak rileks2 kat situ yg ada sebatang sungai yg jernih airnya. Richmond Park ni adalah park yang terbesar di antara 8 Royal park yang terdapat di England ni. Luasnya... isk isk isk... luas betui... adalah dalam 2,500 ekar. Kalau buat tanam sawit bagus ni. Hahaha...
    So dalam kul 11.30 pagi kami pun bertolaklah ramai2. Perjalanan amik masa tak sampai sejam pun. Kami masuk ikut Roehampton Gate. Bukan boleh main redah je... kena cari gate nak masuk ke sini sebab park yg luas ni berpagar. Tapi dont worry, tak kena bayar pun. Parking pun free je... tak macam hyde park atau regent park yg hari Ahad pun kena bayar. Bila sampai je orang dah memang ramai, tambahan pulak cuaca hari tu oke. Kami dapat lah port yg menarik tepi sungai bawah rimbunan pokok besar. So kami pun bentang tikar dan segala juadah serta masakan2 dari chef2 terkemuka pun terus dihidangkan.
    Nasi putih nasi minyak ayam masak merah kari daging sayur campur ikan masin udang goreng kunyit... ya.. mari mari... mari kita sorooo....
    Ni la spot kami... Fizan, dok la bergambar dulu... kan dah dapat gambar orang tengah tangkap gambar, hahaha...
    Berkelah cam ni memang la rileks. Lepas dah dapat spot just lepak2 dan borak2. Macam2 cerita dan topik la yang disembangkan. Bebudak pulak seronok main bola dan tolak2 stroller kat padang tu. So biar je diorang lepas bebas camtu takde nak risau2. Cuma Nabila je tak leh nak di biarkan sgt. Kalau biarkan je mula la dia merangkak ke tepi tikar pastu di tariknya rumput2 nak di makannya. Isk... Nabila ni! Sebelum pegi kami agak2 la Nabila akan tidur kat Richmond park ni... Rupanya tidak! Seharian Nabila tak tidur siang, nasib la malam dia tak meragam.

    Mummy Nabila nak join kak Farah dan Nana main2 boleh? Boleh.. tapi Nabila jangan tarik2 rumput masuk mulut ya!
    Masa kami tengah2 makan tu datang pulak 2 ekor swan.. satu putih satu kelabu dok berlegar je kat sungai dekat ngan spot kami. Anak2 fizan pulak bermurah hati mendermakan 'walkers' diorang menjamu swan swan tu. Hahaha... tu la agaknya swan2 tu tak ke tempat lain asyik la kat kami saja. Makin cantik la pemandangan tempat kami lepak tu.. kalau pasangan kekasih dating sah sah romantik habis dengan kehadiran 2 swan yang macam beauty and the beast...
    Yang putih tu beauty, yg hitam tu beast... ke ugly duckling?
    Lepas dah beberapa jam kami lepak situ, kami pun amik keputusan untuk bergerak. Atttraction kat park ni belum habis lagi. Sebenarnya kat sini pun ada banyak rusa yang di biarkan hidup meliar. Tapi bulan 9 cam ni ialah waktu rusa rusa tu sedang mengawan. Jadi orang ramai di nasihatkan untuk tidak dekat2 ngan rusa2 tu... takut2 dapat penerajang sulung pulak nanti. Haahaha... Lagi pulak tempat yang dekat ngan kawsan rusa tu takde parking area. Kalau nak pegi kenalah jalan kaki. Jauh la jugak. Tapi disediakan laluan kereta dengan had kelajuan 20miles/hr sahaja.
    Tu lah dia rusa yang tengah lepak2 tu. Gambar ditangkap dr dalam kereta sahaja...
    Ikut cerita yang diceritakan oleh seorang blogger dalam blognya (hehehe...), ada lebih kurang 650 ekor rusa yang hidup bebas dalam park ni. Tapi musim mengawan mungkin la menyebabkan diorang lepak tengah2 padang tu, so jauh dan tidak berapa jelas dari pandangan mata. Cuma kami bernasib baik ada jugak sekumpulan rusa yang agak dekat so dapat lah kami tengok dan snap gambonyer.
    Lepas dah habis pusing satu park tu kami teruslah balik. Masa on da way balik tu kami lalu satu jambatan hijau gambo belah kiri ni. Nampak cantik pulak jambatan ni. Jambatan apa ntah tak sempat nak baca signboard dia. Sebab nampak cam bess je, kami snap la jugak gambo nyer.
    So tamat lah perkelahan hari Ahad kami... dan pegi tepi sungai camtu.. teringat pulak ke'bess'an berkelah di sungai dan air terjun Chepor.
    .
    Ada masa kita pi ya....
    .
    Bye.......
    .
    **** ** ****

    2 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    just wanna tell u.. our good friend, arie_sa @ machoganazzz already passed away two day ago...

    azan

    9/17/2006 12:11 pm  
    Blogger asr said...

    Azan, berita sungguh mengejut & menyedihkan. Semoga rohnya sentiasa bernaung di bawah jurai rahmat Allah. Al-fatihah.

    ...and my deepest condolence to his family.

    9/18/2006 8:48 am  

    Post a Comment

    << Home