• Friday, September 08, 2006

    Anna Nabila: Genap 9 Bulan

    ASSALAMUALAIKUM... CAK!

    PEJAM celik pejam celik dah genap usia Nabila 9 bulan hari ni. So kali ni kami nak share sikit perkembangan terkini Nabila dengan korang semua. Oke, sedia? Jommm....


    .


    Nabila la ni dah boleh merangkak. Dan bila dah boleh merangkak dia nak berdiri pulak. So kalau letak dia kat lantai tu apa lagi, dia akan merangkak sampai ke sofa pastu paut dan cuba berdiri.


    . Photobucket - Video and Image Hosting

    Yesss! Akhirnya berjaya lah Nabila berdiri. Sekali sekali dia lepas dedua tangan dia masa berdiri tu. Apalagi, jatuh berdentum, meletup kepala nya. Menjerit sakan la kan. Gosok2 kepala dia sambil jampi sikit2... sap samarosap sap samarosoi, (hehehe... org manjoi sila sambung!) dia pun diam lah. Tapi tak dia serik2, terus bangun & panjat balik. La ni Nabila dah terror dah... tak jatuh2 lagi. Bravo!

    Setiap Isnin-Jumaat lebih kurang pukul 6 petang... Nabila akan join daddy dia tengok their favourite sitcom FRIENDS. Sambil2 tu menjamah lah roti ke keropok ke dan menghirup secawan kopi panas. Tengkiu mummy.

    .

    Ni la roti yg Nabila suka tu. Lembut dan manis... kat Mesia banyak juai roti ni kan, tapi kat sini sesetengah kedai je jual. Kebanyakan yg ada yg plain bun, tawar je rasanya. Cicah kopi pun tak bess...

    Haaaa.... kantoi main talipon daddy ya??? Bak balik!!! Camtu la.. suka betul dia kalau dapat main ngan handphone aku tu. Sedar sedar je banyak betul ntah gambar apa2 yg Nabila tangkap. Huh...

    Photobucket - Video and Image Hosting

    Memandangkan Nabila nampaknya dah boleh berdiri, kami pun pegilah cari walker untuk dia. Kot kot la senang dia bergerak kat living room kan. Tapi dia tak suka dok situ. Kalau letak mula la dia nak turun. Mungkin sebab atas karpet roda dia payah sikit nak gerak kot. Merengek dia nak turun!

    Photobucket - Video and Image Hosting . Photobucket - Video and Image Hosting

    Tengok lah tu. Dia lagi suka panjat macam dia buat kat sofa tadi. Pastu berdiri kat walker dia tu. Nabila... Nabila...

    Photobucket - Video and Image Hosting

    Pastu Nabila dok dalam high chair dia bila time makan. Hish Nabila... makan la... makan... MMmmm, comot lah anak daddy ni. Tu la dia, kalau aku pegang kamera je mula la dia tak lepas kelip tengok kamera kat tangan aku.

    Photobucket - Video and Image Hosting


    Dan paling bess sekali, la ni Nabila dah ada passport sendiri dan juga ada visa valid till december 2008. Maknanya, Nabila bebas keluar masuk England ni sehingga penghujung 2008 la. Oke Nabila, hari tu dah gi Paris, la ni mana pulak destinasi luar England yg Nabila nak gi???

    Photobucket - Video and Image Hosting

    Opah, Nenek, Atok, auntie, uncle, sepupu sepapat sekalian... destinasi pilihan Nabila seterusnya dah tentulah Malaysia... Tiket pun dah dapat dah. Yahooooooo...

    Oke ya... Nabila nak mandi dulu..

    Mmm... patut lah bucuk ni!

    Kita jumpa lah nanti...

    .

    Wassalam. Bye.

    .

    **** ** ****

    2 Comments:

    Blogger Dwen said...

    ha moh le dtg msia tgk uncle dwen nih heheheh...

    9/10/2006 5:38 pm  
    Anonymous Anonymous said...

    Nanti uncle Dwen amik Nabila kat KLIA ya... tengkiu.

    9/12/2006 6:03 pm  

    Post a Comment

    << Home