Selamat Hari Raya AidilAdha
HARI ni krismas! Kami mana la celebrate krismas-krismas ni. Tapi kat sini suasananya nampak meriah lah sebab rata rata diorang sambut krismas. Kat town & shopping complex semua buat promosi Krismas ni. Secara tak langsung tempias jualan murah ni kena jugalah pada rakyat Mesia dan mereka yg beragama Islam kat sini yg nak buat persiapan menyambut hari raya haji. So berpusu2 la orang kat semua tempat untuk buat last minute shopping. Suasananya sama la cam kat tempat kita masa nak sambut raya.
Sehari sebelum krismas ada sesetengah kedai bukak pukul 12 & tutup jam 3 petang. Semuanya untuk persiapan krismas dan persiapan untuk jualan murah pada 27.12.2006 ni. 3 jam je dibuka! Baik tak payah bukak langsung, kan??
Awal2 pagi lagi selepas je breakfast kami terus pegi Asda. Mummy nak cari kacang nak buat kuah nasi impit katanya. Selalunya lah orang tak ramai, Mat Salleh mana nak bangun awal kan...? Tapi hari tu... nak masuk pun jem! Queue punya panjang. Diorang nak stock-up la tu, takut nanti banyak kedai tak bukak.
Kami sempat jugak jalan2 kat Oxford street. Seperti dijangka, orang memang ramai. Kami tak beli apa pun... cuma survey dulu barang2 yg berkenan. Nanti lepas krismas kami cari balik barang2 tu, kot kot la ada further reduction. Beli sekarang rugiii.... Barang yg banyak kami survey baju Nabila la... especially winter coat untuk dia.
Bergambar dgn salah satu decoration kat kedai yg terdapat di oxford street.
Another one. Nama shopping mall dia Selfridges. semua barang branded dlm ni. Window shopping je la...
Sepanjang Oxford Street ni memang banyak bench cam yg Lina dok sebelah ni. Kalau summer memang payah nak dapat duduk, tapi sebab sejuk tadak sorang pun tingin nak lepak. Jadi dapat la Lina melepas lelah dok kat situ. Nabila lena dlm stroller dia seperti biasa. Ingat tak pasal entry lepas aku ada cerita tentang Santa's Groto tu? Kali ni kebetulan kami lalu kat shopping complex Whiteleys (1 minute walk from our house je), kat situ ada la satu pokok krismas yg besar yg ada Santa's Groto kat dalam pokok tu. Orang pun dah tak ramai sebab dah nak petang. So kami pun Q dan dapat bergambar dengan Santa Claus. hohoho...
Santa ni kena pi saloon la.. serabai habis!!!Tengok la muka Nabila yg freak out dok sebelah Santa tu.. hohoho!
Nabila la ni dah pandai mengajuk. Bila kita sebut ho ho ho, dia pun sebut ho ho ho. So sebelum masuk jumpa Santa tu sibuklah Nabila dengan ho ho ho nya. Bila masuk2 dan nampak org tua ngan rambut serabai putih bernama Santa Claus tu, terus dia tersenyap... HO HO HO!!! Dalam Santa's Groto tu dia buat lah decoration yg simple2 je. Kebanyakan warna yg dipakai putih dan merah. Pastu banyak benda yg berkilat2 cam gold dust. Memula tu, Lina yg sepatutnya duduk kat kerusi ngan Nabila dan aku patut dok bawah sebelah Santa. Bila Lina nak dok je tetiba Nabila mengamuk menangis tak mau dok situ... so terpaksalah aku ngan Lina tukar tempat. Apa la Nabila ni... hehehe. Belakang wife aku tu sebenarnya ada seekor polar Bear. Pastu ada rusa kat kanan dan ada bunch of hadiah hadiah. Kami tak mau hadiah tapi pilih untuk bergambar ngan Santa. Lagi pun, Nabila's birthday kan just few weeks ago dan hadiah kat rumah pun dah banyak, tak termain.
Lepas dah abis bergambar tu kami ingat nak ronda2... tapi cam dah tak larat. So kami pun balik je lah kerumah. Eh, kat mesia ada tak Costa? Costa ni macam starbuck & coffee bean camtu lah. Selalu kami pekena hot chocolate dulu sebelum balik. Isk... rindu pulak kat teh tarik mamak!!! hehehe.
Memandangkan la ni musim orang pegi haji kan, tourist yg berkunjung ke England pun berkurang dari tahun lepas. Kalau pegi airport kat tempat arrival tu cam lengang je. In fact ada my guest yg datang bebaru ni bagi tau MAS flight pun quite vacant. Tu la... penangan Haji. Korang ada tak family yg pi haji tahun ni? Belah kitorang takde rasanya. Korang yg dah penah pegi mesti teringat2 experience masa berhari raya haji di Mekkah kan? Kami pun teringin juga. Satu hari nanti, ada kelapangan masa, tenaga dan wang... insyaAllah turn kami pula. Doakan2 kan lah ya...
Last sekali for this entry, kami nak ambil kesempatan ini mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dan selamat menyambut tahun baru 2007. So apa new resolution korang????
Bye. See ya!
Last sekali for this entry, kami nak ambil kesempatan ini mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dan selamat menyambut tahun baru 2007. So apa new resolution korang????
Bye. See ya!
**** ** ****
2 Comments:
WAH CANTIK BLOG...
"SLMT HARI RAYA AIDIL ADHA"
Ina ok lagi ke dok bejalan2 jea...chatje...kalau cam tu tiap2 tahun NABILA dapat adik pun tak pe...heheheheh....camne?????
Cantik ke? Tengkiu...
Em, tentang suggestion tu, Lina kata... PENGSAN!!!
Hahaha...
Post a Comment
<< Home