Winter: Sejuk Tak Sudah
*kisah & gambar dlm entry ni tadak kaitan
Winter tahun ni makin menjadi jadi. Tahun lepas pun aku tak rasa sejuk camni. Boleh bayangkan lah kalau dari pagi bawa ke petang bawa ke malam asyik berkabus je. Kalau dah balik rumah duduk bawah duvet tu memang la tak mau bangun2 dah. La ni orang sibuk membeli hadiah2 krismas. Banyak shopping kompleks yg bukak sampai malam sampailah krismas ni. Tapi kami tak pi jenguk lagi... biaq pi la mat salleh tu borong semua barang dulu. Lepas krismas nanti hadiah2 yg lebih2 tu diorang lelong pulak. Time tu baru la kami sedia menyerang!!!
Nabila dengan pose istimewanya...
La ni bila malam London bermandikan lampu la. Cantik warna warni kaler nya. Kami cuma sempat tengok dr dlm kereta je. Nak keluar sejuk dan kesian kat Nabila. Tapi one of these days kami akan pegi jugak untuk bergambar. Pokok krismas pulak jangan cakap la.. merata2 ada. boleh katakan semua bangunan ada pokok krismas ni. Flat tempat kami tinggal ni je ada 3 ketul pokok krismas. Tapi kan takde satu pun pokok krismas diorang boleh lawan pokok krismas kat KLCC yg tinggi tu... huh!
"Buku ni bess...," kata Nabila. Milly Bean jungle Queen tajuk nya... sampai aku naik hafal, hari2 baca kat dia.
Cumanya yg beza, pokok krismas diorang kalau yg jenis besar2 tu ada pintu dan kita buleh masuk dlm dia. Diorang panggil Santa's Groto. Ada masa masa tertentu ada Santa Claus dlm tu. So kalau anak/budak kecil boleh la beratur masuk tangkap gambar ngan Santa Claus pastu dia bagi hadiah free - nasib la hadiah apa dapat. Sesetengah tempat nak masuk tu kena bayar... tak mahal, cuma dlm £3 je, setengahnya masuk free, nak beli gambo je kena bayar.
Emm... Kat sini semua kedai2 dia ada website. Jadi boleh tengok kat internet je bila diorang start nak buat sale ni. Apa pun priority kami kali ni bukan nak membeli belah sangat. Buang karan je... ingat nak berjalan-jalan pulak. So far adalah satu 2 plan yg kami dah buat. Harap2 menjadilah plan2 kami tu. InsyaAllah.
Daddy nak remote? dah dekat pukul 6, sitcom Friends nak start dah... jom tengok!
Tahun depan 2007 merupakan tahun akhir aku kat sini. Jadinya sebelum balik nanti kalau boleh nak jugak tengok negara2 Eropah satu dua. Nampaknya kena pilih2 la... kalau nak cover semua mahal. Budget kena diambil kira jugakkan? Sebenarnya ada group melayu kat sini yg buat trip tour Europe dgn menaiki bas. Diorang bagi nama Kelana Konvoi. Sekali buat trip buleh cover 10 negara. Jumlah harinya pun mencecah 10-14 hari. Mana la aku buleh amik cuti lama2 camtu kan? Kalau summer tu buleh pilih nak tido dlm khemah atau kabin. Selalunya student la yg byk join. Ada member aku yg dah pegi berpuas hati. Aku rasa payahlah dengan usia Nabila yg baru setahun ni. So kami plan untuk pilih2 dan pegi sendiri. Cumanya kenalah rajin buat research sendiri tentang tempat2 yg nak dilawati.
Sila dapatkan doll ini dgn harga £1.99 sahaja di ASDA yg berhampiran. Cepat sementara stok masih ada!
Mmm... aku pulak tak buleh nak kemana2 sampailah awal bulan 1 ni sebab ada VIP kat sini dan aku kena stand-by. Tak jadi masalah, dah biasa. Tapi aku ingat nak pegi ke Leeds la... tempat University aku dulu tu. Dengarnya logo Uni pun dah tukar. Kedai Pakistan (Kashmir namanya) yg jual ayam goreng kegemaran aku dulu pun dah takde. huhuhu. Pastu nak gi Spain, pastu nak gi Switzeland, pastu nak gi Amsterdam, pastu nak pegi Prague... pastu, pastu, pastu... issshhh semua nak pegi lah! Banyak betul rancangan kitorang ni. Tak terlaksana semuanya rasanya. Tak kisahlah, sebab ada yg lebih penting dan lebih mendapat perhatian kami la ni... sebab apa tu???
Sebab bulan 6 2007 ni Nabila akan dapat adik... InsyaAllah.
YahooooOOOOO!!!
Doakan semuanya selamat & dipermudahkan ya.
Thanks.
Salammmm...
**** ** ****
4 Comments:
Love the blog, hope you keep updating it - Blogs I visit seem to dissapear often :(
Appreciate ur presence. Do come again...
:)
eh..eh..nabila dah pakai sepet...
hehehehe
Ari tu rambut depan dia tu asyik menyucuk mata, so kitorang potongkan. Sebab dia tak diam, terus terpontong pendek, dah x buleh pakai sepit dah...
:(
Post a Comment
<< Home