• Monday, January 01, 2007

    2007 Dah Mai Oiii...!!!

    Dah abis dah 2006!!! Kejap je masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik dah 2 tahun kitorang kat sini. Tahun ni (tatau bulan bila) kami akan pulang semula ke Tanah Air dan aku akan kembali bertugas di Kuala Lumpur. Apa pun tak perlu nak terlalu mencongak apa yg akan berlaku nanti. Mahu tak mahu hidup kena di teruskan. Ramai yang buat resolusi itu ini sempena tahun baru ni. Macam2 yg dirancang. Menjadi dan tercapai kah? Kalau benda tu baik, dah ada niat dan disambung dengan usaha, insyaAllah berjaya la hendaknya...


    Hyde park waktu jam 4.30 petang... dah gelap daaa...

    Oke... masa hari krismas tu London ni lengang. Alah, macam KL jugaklah kalau Hari Raya Aidilfitri, semua pakat balik kg. Jadinya kami yg tinggal kat sini barulah merasa lega dengan kesesakan dan bunyi bising jalan raya yang amat kurang. Belah malam masa krismas tu kami pun meronda town untuk bergambar dengan lampu yang di hias meriah. Tapi yang kureeeng nya, kamera kami ni bila malam tak berapa nak dapat bagus hasilnya. Bila aku tukarkan ke night vision pulak aku hadapi masalah lain. Yg paling ketara aku tak leh nak gerak walau sedikit pun masa nak snap gambar tu. Sensitif sangat lah. Kalau gerak sikit je muka akan jadi blur. Pastu cahaya kalau kuat sangat seakan2 akan melintas depan muka dan hasilnya tak nampaklah muka kita. Huh! Banyak no gambar yg rosak... Sapa2 yg tau tip2 nak tangkap gambo waktu malam menggunakan kamera digital Dimage XT Minolta tolong lah habaq mai kat kami ni. Huhuhu...



    Belatar belakangkan Shopping kompleks Debenham (yg lampu merah tu) dan John Lewis.

    Ni pulak sepanjang Regent Street. Seperti biasa... Nabila dah tido... tu nampak sikit rambut dia dlm stroller tu... hahaha.

    Haaaa... Masa Hari Raya AidilAdha pulak sambutannya biasa2 sahaja disini. Walau pun begitu rasa rindu pada keluarga dan sanak saudara tetap terasa. Terima kasih pada yg mengingati dan terima kasih jugalah pada yg telah menghantar ucapan eidul Adha melalui SMS. Masa hari raya tu ada yg membuat rumah terbuka dan ada juga kami dapat beberapa jemputan. Alhamdulillah kami merasa lah juga daging korban sebab ada Ustaz kat sini buat korban tahun ni. Siap bagi daging mentah lagi. Terima Kasih. Kat tempat korang berapa ekor lembu/kerbau tumbang? Pada yang pergi menunaikan ibadah Haji semoga pulang dengan kemenangan membawa haji yg mabrur.

    Ni lah rumah terbuka yg pertama sekali kami hadiri. Selain sambutan Hari Raya ada juga yg combinekan dengan birthday party, ramai yg lahir bulan 12 ropernyer!

    Selain dari itu, di awal tahun 2007 ini juga kami menyaksikan Nabila boleh berjalan dah. Dah makin tegap dari sehari ke sehari. Kalau bawak pi rumah orang atau orang datang rumah kami ni, dia pun tak menangis lagi. Memula sampai tu dia akan pegang je kaki aku dulu... tak sampai 5 minit, terus lah dia mula jalan sana sini. Sampai letih nak menjaganya. Habis semua barang nak di usiknya.
    Dan satu lagi, esok kami akan mula berpindah ke rumah baru. Asalnya kami berbelah bahagi untuk ambil keputusan ini. Tapi lepas dah bincang ntah camana kami setuju jugak nak pindah walaupun malas sebenarnya nak punggah barang berpindah randah ni. Emm... besar kemungkinan Blog kami ni akan berhenti seketika bersiaran sehinggalah kami dapat internet connection yg baru. Cepat dapatnya cepatlah kami kembali ke pentas maya ini. Cheeewahhh...

    Okelah... harapan kami semoga 2007 ini menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua. Semoga Allah permudah dan meredhai segala urusan kita. InsyaAllah.
    Amiiiin...
    .
    *Al-fatihah buat Allahyarham Saddam Hussien... semoga rohnya bernaung di bawah jurai rahmat Allah.
    **** ** ****

    3 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    Thanks sbb dtg to our party,...wp tak seberapa..almaklumlah umah kecik.Tapi takpe..yng penting silaturrahim....kitaorg pun balik gak tahun ni.Sedih mmg sedih nak tinggalkan London ni..entah..dah lama2 sayang lak...bukannya sayang sampai tak nak balik langsung..sayang sbb kat sini byk betul kenangan2 istimewa dan pahit.tapi takpe..rezeki allah ada di mana2.Jgn putus lak ukhwah ni bila kita dah balik nnt.Thanks for the lovely present..Mia suka sgt...siap ckp wwwwoooowww!!!!!Happy Aidiladha n New Year...!

    1/02/2007 3:03 pm  
    Blogger anonyaniemous said...

    1st tym tgk oxford street lengang...

    1/14/2007 5:35 am  
    Blogger asr said...

    Anonymous: Kalau ada party lagi jemput la lagi. Pulut ngan kari tu sedappp la... hehehe. Kalau dah balik mesia & ter-lost contact carilah kami disini.

    Nor Iryani: Bila nak mai lagi?

    :)

    1/18/2007 11:21 am  

    Post a Comment

    << Home