• Wednesday, January 31, 2007

    Spain: Granada ~ Day 1 & 2

    Dah lama tak bersiarankan? Ni semua gara2 BT & internet yg hampeh la! Takpe, let us not drooling over it. So... crita apa kita kali ni??? Holaaaaa, moh ke Spain kita! Memula tu kami berbelah bahagi antara 2 town, Barcelona atau Granada. Akhirnya kami sepakat ke Granada untuk melihat peninggalan sejarah kemahsyuran Islam di Andalucia (memang dieja dengan huruf 'c' di Spain ni). Kapal terbang RyanAir touch down lebih kurang jam 9 malam. Rosdi & family pun join sekali. Sampai-sampai terus check-in di Hotel Alixares. Seniorita Anna Nabila yg segar dan tak tido2 dlm kape trobang tadi nampaknya dah kuyu mata. Sekejap je terus terlelap dan kami menunggu esok untuk mulakan lawatan.
    Pagi tu kami breakfast di hotel. Isk... banyaknya hidangan binatang berkaki pendek tu. Tak lalu lah nak menengoknya. Nasib la ada roti2 dan cereal. Itu je la yg kami kunyah. Manis betoi honey dew kat sini. Dia potong besar2, sampai dekat 6 ketul aku tibai. Hahaha. Lepas perut dah diisi kami pun terus menuju ke Al-Hambra. Al-Hambra ni kalau korang nak tau is a kind of a wall "City" and a must visit place if you are here. Kira main attraction la. Dan nama Al-hambra itu sendiri dari perkataan arab qalat-al-hambra yg bermaksud istana merah dan letaknya cuma 100meter je dr hotel kami. So menapak jelah. Ianya terbahagi pulak kepada Alcazaba, Nazaries Palaces, Partal & towers, Generalife dan Istana Charles V.


    Bergambar kenangan dengan dinding yg bersenikan Islamic design yg biasa kita jumpa kat masjid2. Nabila awat camtu???

    Menurut sejarah terdapat sekurang2nya 7 istana dalam Al-hambra ni. Ianya pula di lindungi oleh beberapa tower yang tinggi yg dapat mengesan kedatangan musuh dr jauh. Apa yang kami saksikan masa lawatan cumalah 30% peninggalan yg masih utuh berdiri, yg lain semua dah musnah. Korang kalau tengok tentu terus kagum dengan kehebatan orang Islam dulu. Seni arkiteknya kira advance la. Tak tau la camna diorang boleh come-out with ukiran yg begitu halus. Bukan sedikit tapi hampir ke semua ruang dlm istana dia. Tapikan, dalam masa yg sama rasa sedih juga bila terkenang camna la kerajaan Islam boleh jatuh ke tangan org Kristian. Lagi menyedihkan bila nak jumpa wanita bertudung di Spain ni pun payah. Seolah2 kerajaan Islam yg pernah menapak kat sini dah terhapus sama sekali. Org lalu lalang pelik tengok kami. Sikit2 tenung... especially bila tengok Lina ngan Ani (wife Rosdi) bertudung.

    Bergambar di kemuncak tower kat Alcazaba. Lina hampir2 terpelecok masa nak kemari. Alhamdulillah takde apa-apa...

    Emmm... Dlm Al-hambra ni, terdapat Nazarie Palace yang dihadkan pengunjung nya. So masa beli tiket tu kami telah di beri masa untuk masuk ke situ. Kalau miss entry time dia, tak leh masuk dah. Nak tak nak kami terus bergegas kat tempat tu dulu.
    Masuk masuk je... MasyaAllah... memang la dahsyat. Tetiba terasa menyayat hati bila tengok peninggalan kota Islam sekadar tinggal kenangan. Kalimah2 memuji Allah terukir di hampir ke semua ruang bangunan ini. Ukiran-ukiran tu pulak dah ada yang terhapus dan sebahagian yang lain masih jelas untuk dibaca. Kami tak habis2 amik gambar kat sini. Walau pun 2-3 group yg datang ngan tourist guide dah bersilih ganti, kami masih lagi menghayati keunikan seni ukir Islam di dinding2 bangunan ni. Cantik. Memang Cantik!

    Nabila sedang menghayati reflection istana Nasyrid pada kolam yg terdapat disitu.

    Sejarah penjajahan Islam di Andalucia ni bermula pada tahun 711 masehi apabila Tariq Ibn Ziyad bersama 7000 bala tentera Islam menyeberangi Selat Gilbralta dan mengalahkan Don Rodrigo (raja Visigoth). Dari situ mula lah empayar Islam berkembang dengan gah sekali. Kalau di lihat dari senarai pemerintahan di al-Hambra ni korang boleh tengok semua nama2 Islam seperti Muhammad I-VI (juga dikenali sebagai al-Ahmar), Yusof I-III, Ismail dan sebagainya. Setiap satu dari mereka mencatatkan kejayaan samada menang dlm peperangan dan mengembangkan empayar Islam, terkenal dengan skil politic atau terkenal kerana membangunkan bandar Al-Hambra itu sendiri.



    Bergambar kenangan dihalaman istana Partal.

    Gambar Lina kat belah kanan ni merupakan tapak rumah orang Islam di zaman itu. Rata-rata semua mempunyai design yang sama. Walaupun hanya sekadar tapak sahaja namun kita dapatlah juga visualise camna rupa bentuk asalnya. Yang bessnya salah satu ruang ada cam kolam, muat muat untuk sorang. Mandi berendam tu... Semasa kat Alcazaba kita boleh tengok berek tentera, tapi sama jugak camni cuma tinggal tapak. Emmm, oke kita switch balik pada sejarah Al-hambra ni ya. Sayangnya dari tahun 1417 sehinggalah ke tahun 1492 telah disifatkan sebagai zaman kejatuhan dan keperitan pemerintahan Islam.


    Didepan The Palace's circular courtyard and double gallery.

    Akibat dari kepincangan pemerintahan Islam di zaman itu maka pada 2 Januari 1492 Boadil, Raja Nasrid yg terakhir kalah lantas secara rasminya menyerahkan kota al-Hambra ini kepada Kristian Chatholic. Semasa di perintah oleh Kristian, pemerintah mereka amat kagum dengan keindahan dan kecantikan al-hambra ini dan sepakat untuk mengekalkannya. Sehinggalah pada zaman pemerintahan Charles V dimana sebuah istana mula dibina pada tahun 1527 didalam al-hambra yg kemudiannya digelar sebagai the new Royal Residence. Sayangkan? Islam yang bertapak beratus-ratus tahun akhirnya jatuh ke tangan org kafir. Kemudian kekal pula sampai ke hari ini...

    Pemandangan kota Granada dari jambatan yang menyambungkan Istana Charles ke-5.


    Lagi pemandangan kota Granada dari perkarangan luar Nazarie Palace pula.

    Kalau korang datang jangan lupa bawa bekal. Tadak kedai la dlm ni. Cuma ada gerai kecik cinonet je, tu pun juai snack ntah hapa hapa. Tapi yg paling penting bawak la air mineral. Orang ramai menghabiskan masa dlm 3 jam untuk cover semua tempat ni. Kami pulak dah 5 jam lebih masih tak abis2. Last sekali kami pun dah tak larat, so ke pintu salidas (exit) la kami.
    Kalau korang ada extra fulusss dan nak melawat kat europe ni memang aku suggest korang datang sini, baru kita tengok apa dia kelaian di Europe ni. Okelah... tu je pelajaran sejarah kita hari ini. Nanti kita sambung lagi ya... Jaga diri dan jaga-jaga....

    salammm. .

    **** ** ****

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home