• Thursday, February 01, 2007

    Spain: Granada ~ Day 3

    HOLAAA! Hari ke 3 ni kami plan nak melencong ke Malaga. Aku nampak Rosdi begitu semangat sekali nak ke Malaga ni (ada makna tuuu...hehehe). So dengan begitu adventurenya kami telah mengambil bas ekpress jam 10 pagi dan sampai ke Malaga lebih kurang sejam setengah kemudiannya. Kelakonya masa nak beli tiket balik tu susah beno nak explain kat minah yg jaga kaunter tu. Last last sekali kami tulis kat kertas no 4 diikuti ngan gambo orang lidi = tiket utk 4 orang la tu, hahaha.
    Sampai sampai sahaja di sana kami pun teruslah mencari pantai. Sebabnya Malaga ni memang terkenal dengan pantai yg mengadap laut Mediterranean. Tapi memandangkan masa kami pegi tu bukan time cuti sekolah, pantai tu pun lengang lah. So pada korang yg nak pi pantai Malaga ni aku nasihatkan timing mesti mau betul ya. Hahaha... kalau tak nanti frust sahaja especially pada sapa sapa yang ada hati nak tengok tuuuuuut (*ops tak leh cakap ~ sensored!) hahaha.

    Malagueta ni maknanya pantai Malaga la kot. Aku main translate sendiri je. Alah kalau tak betui pun korang bukan tau kan? hahaha...
    Walaupun takde ramai orang kat pantai tu, kami jalan2 juga dan actually quite enjoyable sebab bila lengang camtu pikiran pun jadi tenang. Takde la berserabut ngan org ramai riuh rendah. Kebetulan pulak masa tu pun perut dah lapo. Nasib la ada gerai tepi pantai tu juai seafood... ala cam kat PCB atau Teluk Batik jugak lah. Walaupun org yg jual tu tak tau cakap omputih tapi tetaplah kami dapat makanan yg betul seperti apa yg di order. Alang alang dia tak paham omputih, kami bantai cakap bahasa mesia, terror tak kami? hehehe. Agak banyak jugak portion dia, so rugi je sebab tak habis pun. Selepas dah lepak2 tu, apa lagi kalau bukan aktiviti bergambar kan? Kami pose sakan walau pun berkali2 tangkap kat tempat yg sama je. Lebih kurang jam 5 ptg kami bergegas balik semula ke hotel.

    Isk... banyak berlebih tu, kalau tau order satu cukup share 2 orang!
    Memandangkan energy masih berbaki lagi, malam tu kami pun amik package untuk pi tengok flamenco dance kat Sacromonte dan night sight seeing at Albaycin. Itu pun selepas di rekomenkan oleh mamat kat kaunter hotel. So jam 9 malam tu ada lah bas dtg amik kami kat lobby. Masa memula tu aku dah tanya dah kat orang tu sesuai dan boleh ke bawak budak kecik cam Nabila ni. Boleh katanya. Kami mana la tau camna show tu kan, main redah je. Tup tup... punya la bising flamenco dance tu. Hampeh!
    Welcoming dance... tarian berkumpulan. Pastu ada solo, ada berpasangan...
    Nabila pulak tengah tido... sian dia. Lina pun terpaksa la pekup telinga Nabila sepanjang show tu. Akhirnya Nabila terjaga juga lebih kurang 15 menet sebelum show tu tamat. Nasib dia sporting, terbeliak matanya diam tengok saja. Tak bersuara langsung. Tergamam kot. hahaha. Tempat flamenco dance ni dia buat cam dlm caravan dengan periuk belanga bergantungan. Pastu dia letak kerusi kiri kanan, kita dok la situ, dan dancers dia akan buat persembahan betui2 kat depan kita. Lantai dia beralas kayu dan tarian dia pulak jenis hentak2 kaki dengan tepuk2 tangan dan petik2 jari yang bingit. Bersemangat betui dancers dia menari. Siap muka muka skali penuh ekspresi ni. Sampai nak tergelak aku tengok depa mengemutkan muka depa sorang sorang, hahaha. Satu dua kali dia dance cam tu kagum la jugak kan bila tengok betapa pantasnya kaki diorang menghentak lantai kayu tu, tapi kalau sejam show camtu camtu jugak cara menarinya... ah.. boring la pulak! Rosdi pulak frust sebab takde satu pun dancers yg cung katanya. Mana nak ada yg cung, makcik yg dah tua kerepot pun sibuk nak enterframe! Wakakaka. Nasib la dia bagi segelas air percuma. Hirup la sikit2... cukup sejam air pun habis. hahahaha...

    Tu dia makcik tua tengah buat show... apa ntah terjerit2 terketar2 nyanyi lagu spanish, terlebih2 falsetonya... Sapa suka tengok telenovela kat Mesia tu mungkin faham la kot... hehehe...
    2 family bergambar kenangan di luar tempat Flamenco dance show tu...
    Pas abis show tu dia bawak kami pi jln2 tengok Al-Hambra dari Albaycin. Pemandangan dia memang la berbeza dan cantik ngan sinar lampu sini sana. Tapi cam biasa kamera kami memang hampeh bab tangkap gambo malam ni. Frust je.

    Pemandangan al-hambra yg tak berapa menjadi ngan kamera CANGGIH kami ni...
    Malam tu kami sampai hotel lebih kurang jam 12 malam. Letih... dan tertido menunggu esok, hari terakhir di Granada. Oh ya... aku sempat jugak merakamkan tarian flamenco tu guna hp aku. Kalau korang nak usha tarian tu click sini ha, tapi paham2 la quality hp aku... bukan canggih mana pun...
    So worait la... korang buat apa cuti thaipusam? Aku tak buat apa apa la.. sebab aku cuma dpt cuti hari Wilayah je... hahaha.
    .
    Chiow.
    .
    **** ** ****

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home