Orang Ipoh & Ganu di Kota London
SELEPAS 4 hari kelahiran Afdzal Haziq, Opah & Makwe pun sampai di kota london bersama dgn kak Fauziah. Alang alang diorang dah sampai sini sempat jugak lah aku mencuri masa di celah2 kesibukan untuk bawa diorang jalan2. Tapi takde la yg jauh2, jalan2 sekitar London sahaja. Tak syiok lah kalau cuma dok rumah je kan... so jom tengok mana tempat yg diorang ni sempat pergi... jom!!!
I. MADAME TUSSAUDDulu masa mak datang ngan kak Sham cuma sampai di pintu masuk tapi tak ke dalam sebab timing tak betoi. Tiket masuk dia makin mahallah, tapi nasib lah kami ada voucher buy 1 get another ticket free, berbaloi lah jugak. Masuk2 apa lagi.. teruslah bergambar ngan selebriti... hahaha... ada the rock, beckham, brad pitt, saddam hussin dan macam2 lagi lah. Shah rukh khan dan Amitabachan pun ada. Mak tak mahu langsung bergambar ngan patung2 tu, takut tiba2 patung2 tu bergerak dan rangkul pinggang dia katanya... hahaha.
Jalan dalam ni memang memenatkan sebab tak boleh bawak stroller. So sepanjang jalan tu terpaksalah aku dukung Nabila yg memang dah terlelap dari awal lagi. Ada rumah hantu tapi kami semua tak masuk, mak, kak ijah & kak Fauziah semua tak mahu masuk. So kami pass by je ikut tepi.
II. BEKONSCOT MODEL VILLAGELagi sekali kami ke mari. Walaupun mak dah penah dtg tapi kak Ijah & kak Fauziah belum lagi. Memang tempat ni ideal untuk lunch, so seperti selalu bawa bekal nasi dan soroo kat sini. Masa pusing tengok model village tu mak dok saja, tak larat jalan dan dah pernah tengok katanya, so cuma kami berempat sahaja lah yg tour kawasan tu. Sebelum tu kami sempat ke carboot dulu. Seronok dapat ke carboot walau pun cuaca agak panas terik. Berpeluh badan aku. Uish borong sakan juga ni. Mmm... jgn terlebih berat sudah, kang kena excess baggage pulak. Terpaksalah bagi kami barang2 tu, hahaha.
III. QUEENS MARY GARDENKali ni memang dah berbunga. Tapi yg kat bahagian main garden dia macam belum betui2 berkembang lagi. So masih banyak lagi rose bud kat situ yg belum blooming. Tapi oke lah jugak sebab ada bahagian2 tertentu rose dia dah menjadi. Masuk masuk je dah berbau bunga rose kat situ. Macam2 kaler dah ada. Sapa yg minat bunga2 ni mesti datang sini time summer... season lain tak dak ya.
Nabila ngan Opah posing dengan bunga rose putih.
Nabila masa ni 1st time bawak mainan stroller dia keluar rumah. Seronoklah dia dpt menolaknya. Orang sibuk tengok bunga rose yang cantik2 tu dia sibuk mencari burung merpati... bird, bird katanya. Masa ke mari ni pun dah petang. Lepas aku balik opis sebenarnya. So kami cepat2 dan kemudian bergegas ke tempat lain pulak.
IV. TOWER BRIDGENi salah satu landmark London ni. Kalau tak pi sini memang tak complete lah tour dia. Tapi tempat ni cam jauh sikit lah dari central london. Kalau naik tube senang je. Alternatif lain naiklah cruise dari westminster dekat dengan London eye. Mak pun dah penat nak menapak sebab kawasan dia agak luas. Masa sampai sini kedai2 dia semua dah tutup. Tapi oke lah jugak sebab tujuan utama cuma nak tengok dan bergambar sahaja. Nasib ada jugak satu kedai jual fish n chips yg masih bukak. Kami lah last customer dia... sempat jugak merasa ikan goreng mat salleh ni.
Cuaca cantik petang ni... jalan2 makan angin.
V. BIG BEN & LONDON EYENi pun landmark London. So pagi Ahad tu kami beli one day travel pass dan naik tube ke situ. Quite an experience jugaklah bagi mak sbb 1st time naik keretapi bawah tanah kat London ni. Big Ben & Houses of Parliament tu bukan ada apa sangat pon. Cuma Jam besar dan design bangunan dia je yg jadi attraction. Sebenarnya boleh masuk melawat kat dalam tu.. malas nak beratur so bergambar dari tepi river thames je.
Memandangkan London Eye terletak seberang sungai, so kami menapak lagi. Kami naik untuk tengok pemandangan London ni. Satu pusingan cuma 30minit. Nampak je macam tinggi sangat... tapi tak terasa pun. Leka tengok pemandangan dari kapsul London Eye tu, sedar2 dah habis satu pusingan.
Turun2 dari London Eye tu kami plan jalan kaki saja ke Trafalgar Square. On da way nak ke situ ada banyak street artist (baca: peminta sedekah) yang begitu keratif sekali. Sempat jugak kami "menderma" seposen dua dan bergambar dengan street artis nii...
VI. TRAFALGAR SQUAREBukan ada apa sangat kat sini cuma ruang legar tempat orang melepak je. Ada pancuran air dan 4 ketul singa yg menjadi tarikan selain bangunan National Galery dia yg clasic. Itu jelah tempat yang sempat pegi. Tergesa2 semuanya. Lepas tu naik bas menuju ke picadilly circus tapi tak bergambar sebab sibuk membeli baju dan jersy yg murah2.
Salah seekor dari 4 tugu singa di Trafalgar Square...
Sekejap je dah habis seminggu. Kak Fauziah pun dah balik Malaysia. Tinggal mak & kakak Ijah masih ada lagi 2 weeks to spend here. Teringin gak nak bawak jalan tempat yg jauh2 sikit... tapi, aisey man, aku kena bekerja lah termasuk sabtu ahad. Hampessss...
tengok lah camna ya....
**** ** ****
2 Comments:
wah bestnye....
woi mak we mana aci tangkap gambo ngan a jolie n brat pit tu....wawawa
jelous....jelous...
Kak Oji... tu belum tengok makwe posing ngan shah rukh khan lagi. hahaha...
Post a Comment
<< Home