Punting di Cambridge
PUNTING? Tau dak apa tu punting? bukan puting lah, Punting! hahaha. Nanti aku bagi tau ya. Beberapa hari sebelum tu lagi kami dah merancang nak ke Cambridge ni. Dulu penah nak pegi sekali, tapi sesat, terus melencong sampai ke Greenwich. Kali ni terus saja ke situ tak sesat pun. Kami disertai Liza & Nordin sefamili. Dari London ni cuma 1 jam 15 minit saja. Kami sampai awal dan penghuni bandar Cambridge ni pun byk yg masih berdengkur agaknya. Sampai kat situ ada satu padang luas kat tengah bandar dia. Peter space ke apa dia panggil. Padang tu berlatar belakangkan University Arm Hotel. Bila dah tengah hari sikit ramai yg dok lepak kat situ...
Haziq dok dediam dalam stroller...
Kami ke sini sebab nak tengok college dan university. Maklum lah Cambridge U ni kan famous amous sekali! Dapat bergambar pun jadi lah. So sampai2 tu aku agak menggagau jugak cari parking. Dah dapat parking terus kami jalan menuju ke Lion Yard i.e kira town centre lah. Kedai kat situ pun ada satu dua yang baru bukak. Town dia ni agak menarik sebab banyak orang pakai basikal tua kat sini. Tapi basikal tua diorang ada bakul yg di buat dr rotan. Masa kecik2 dulu basikal yg selalu ada bakul ni aku panggey basikal copper.
Dalam nak menuju ke Lion Yard tu kami sempat menyinggah kat Emmanuel College yg merupakan sebahagian dari Cambridge University, ia dibina pd tahun 1584. Time kami datang tu ada Anglian Potters' Summers Selling Exhibition. Kami just tinjau bangunan tu dari luar sahaja. Ada taman dia tapi tak secantik mana. Pemenang Nobel Prize for Chemistry (1967) juga Graduan dari college ni. George Potter namanya, dulu aku kan amik chemistry... tu la aku tau! hahaa...
Pastu kami decided to go for punting. Punting ni kiranya benda yang patut korang buat kalau datang ke Cambridge ni. Perkataan punt tu maksudnya sampan lah... tapi kat hujung sampan tu ada dia buat satu platform berbentuk 4 segi untuk pengayuh. Pengayuh tu pulak akan kayuh guna kayu yg panjang macam buluh. Cucuk sampai ke dasar dan tolak. Maknanya ada sorang sahaja yg akan kayuh dan dia akan berdiri kat platform belakang sampan tu. Bukan cam sampan biasa yg kita kayuh guna pendayung kiri kanan. Walaupun nama Inggeris sampan ni memang punt tapi kat sini diorang panggil boat. Dan mendayung menggunakan kayu panjang tu lah yg dipanggil punting.
Farhah dan Haziq duk tengah atas sebab keselamatan. Liza jadik mangsa!
Sesapa yg nak punting sendiri boleh sewa boat tu, tapi memandangkan kami ada anak kecik, so kami sewa boat dgn pengayuhnya sekali. Kebanyakan pengayuh ni adalah student kat college2 di sini sebab diorang nak cari extra money. Tapi yg pengayuh boat kami ni namanya Jamie, bekas studet Leeds Uni dan ada double degree pulak tu! Dia cakap mak dia frust sebab dia tak gunakan degree yg dia ada tapi sukalah punting dan buat photography instead. Lawak jugak mamat ni. Kami lepak je dalam boat tu sambil mamat yg kayuh tu explain tentang bangunan2 yg kami nampak di sepanjang sungai. Nabila tak mau dok diam, jadi aku tak berapa nak dengar penerangan dia. huhuhu...
Berlatar belakangkan St John college...
Masa ni cuaca sangat panas. terik! Takut Haziq demam so pakaikan dia sweater to cover his head. Siann Haziq. Dan untuk keselamatan, Haziq dok kat tengah, so terpaksalah Liza pulak yg mendukungnya. Best jugak naik punt ni apatah lagi asyik lah berlaga dengan org yg sewa dan kayuh sendiri. Ada yang melintang tengah2 sungai tu. Dan ada jugak yang tengah kayuh pastu kayu tersangkut kat jambatan. Terpaksalah org lain yg amik dan paskan balik kayu pengayuh dia tu. Kitorang gelak je tengok gelagat diorang ni. Selain tu ramai yang dok melepak kat tepi sungai ni dan kat atas jambatan sambil mencurik dengar cerita dari pengayuh-pengayuh boat yang berbayar ni.
Ni pulak berlatar belakangkan King's College..
Sembang apa tu? Bila lalu bawah jambatan camni lah ada yg tersangkut kayu pendayung...
Banyak college yg dibina sepanjang sungai ni, jadi kami cuma dapat tengok semua college tu dari dalam boat ni saja sebabnya kami kena rush back utk memenuhi undangan birthday party adik Nur Farah Dina. So kami plan untuk datang lagi lain kali to concentrate on college semata. Nak masuk dalam tengok bangunan lama yg agak unik dan saja nak tahu sedikit sebanyak history nya juga.
Nabila bergambar dengan birthday girl...
Di kesempatan ni juga kami nak ucapkan selamat menyambut hari lahir kepada Acu Amin pada 27.8.2007 dan Maia pada 31.8.2007. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam segala urusan. Akhir sekali... selamat menyambut kemerdekaan negara yg ke-50. Jadilah kita bangsa yang lebih berjaya, berhemat dan dihormati! Jagalah kedaulatan negara, jauhkan dari perpecahan. Bersatu. Ya Allah, peliharalah negara kami & rakyatnya. Malaysiaku Gemilang.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!**** ** ****
4 Comments:
bg pihak MAIA...tq cik ajam
bg pihak MAIA...tq cik ajam
Sama2. Mmm... ada birthday celebration ke?
Nanti balik Ipoh, jangan lupa Punting di Sg. Kinta. Sambil minum Teh Tarik.
Post a Comment
<< Home