• Tuesday, August 14, 2007

    Holland Park: Family Outing

    TAHUN ni summer pun macam tak summer. Boleh di katakan setiap minggu mesti ada hujan dan kalau hujan payah lah nak berjalan. Jadi bila ja cuaca cantik, menarik lagi fantastik kami memang tak tunggu lagi, terus buat plan bersiar2 menghirup angin luar. Ini lah payahnya dok flat cam rumah kami ni. Terkurung dan tingkap cuma dalam bilik je. Kalau kat ruang tamu tu tengoklah tv dan dengarlah radio, kalau dah jemu tu tengok lah dinding pulak! hahaha... sebabnya takde tingkap untuk tengok kereta atau org lalu lalang. Sapa penah mai dia tahu lah! Tu lah sebab bila sabtu ahad sebolehnya kami keluar bersiar2.
    Camni lah cik sue, payah sikit nak berjalan ada anak kecik ni... emmm sama lah kita cik lina oi...
    Jadinya kemana kita kali ni? Jom pi park lagi. Kat London ni banyak beno park, dah tu park dia luas luas belaka. Sekali pergi mungkin tak cukup nak cover semua area. Kalau kat Ipoh tu harap taman Dr. Senivasagam saja lah yg luas kawasannya. Itu pun aku penah lepak sekali dua zaman2 sekolah dulu. Emm.. kali ni kita ke Holland Park, one of the most romantic parks in London!

    Daddy: Flo...wer..., Nabila: Yee... yii... Cantik bunga/yeyi yang tumbuh di musim panas ni...

    Kat taman D.R ada tak pokok bunga camni??? Tahu tak taman D.R kat mana?
    Tengahari tu bila dah pack barang makanan semua, kami bertolak lah. Dekat je, dalam 5-10 menet buleh sampai. Park ni dipagari dengan pagar kayu. So kalau dari main road adalakanya memang tak perasan. Masuk masuk kami cari dulu tempat soroo. Memang inilah aktiviti yg biasa kami buat. Berulang2. Bentang tikar dan perut kasi kenyang. Tapi sebelum ke situ kami lalu kawasan taman bunga dia. Walau pun musim bunga dah mengucapkan wassalam beberapa bulan yg sudah tapi taman tu tetap dipenuhi dengan bunga2 kaler pink dan purple. Ada juga bunga yg daunnya kaler silver, aku tengok macam fake je. Ntah ntah plastik kot! hahaha...

    Wah.. seronoknya kakak berlari dlm taman... cam cita hindustan lah!

    Susah mummy nak ajak Nabila posing, asyik nak lari sana sini...
    Nabila pun seronoklah lepas bebas camtu. Asyik nak berlari ja. Masa memula sampai dia jatuh, tu la pasal excited sangat, dah tak reti nak berjalan. Tempat macam ni memang sesuai bawak anak-anak (isk cam ramai no bunyinyer kan???) keluar berjalan2. Lagi pulak kereta pun tak ada, rasa selamat. Taman bunga rose pun ada kat sini, tapi dah tinggal saki baki ja. Banyak dah layu dan gugur menyembah bumi! Emmm... Haziq di mana? Mana lagi kalau bukan dalam car seat dia tido dengan lena. Sampailah kami dah nak habis soroo baru dia jaga. Dia pun nak lunch juga!

    Bergambar kenangan di papan tanda Kyoto Garden...
    Dah puas bergambar dan bila dah kenyang, kami pun beralih pula mencari Kyoto Garden yang ada dalam Holland park ni. Sebenarnya Mozak & family dah mai sini tapi diorang pun belum ke Kyoto Garden tu, so kena carilah jugak. Kami pun nak juga tengok taman tu. Rupa rupanya tak lah besar mana Kyoto Garden ni. Kecik je... lebih kurang sama luas ngan pasar ayam tepi super kinta kat Ipoh tu...hahaha (eh, ada lagi ke super kinta ni? super kinta ni merupakan gedung membeli belah pertama di ipoh yang ada escallator tau! Glamer tuuu...).

    If you are in this garden, remember not to step on the grass... What???

    Look here, keep off the grass!!!... keep off what???

    KEEP OFF THE GRASS!!! Dont know how to read aaar??? hahaha...
    Kyoto garden ni telah di buat sempena ngan Japanese Festival pada tahun 1991. Ianya di bina oleh Kyoto Chamber of Commerce and Industry dengan di bantu oleh banyak syarikat Gardening di Kyoto. Kemudian ia telah di hadiahkan kepada Duke of Kensington dan Chelsea sebagai lambang persahabatan antara Great Britain ni dengan negara Jepun. Haaa... itu le serba ringkas tentang Kyoto Garden ni. Nak tahu lebih lanjut, besarkan gambo aku ngan Nabila kat atas nuuun... bacalah sepenuhnya ya.

    Berlatar belakangkan waterfall kat Kyoto Garden. Tringat chepor dan ulu yam!

    Cantik jugak Kyoto Garden ni. Dlm kolam tu ada ikan kap merah, kuning dan putih.
    Sepanjang masa ni Haziq tido sahaja... so takde lah gambar Haziq. Dia tido dalam car seat dia, pastu angin kuat juga, so kena tutup, dah Haziq tido cam dalam kelambu. Ciannn... Bila dah pegi ke taman camni mesti lah ada palyground untuk bebudak. Tapi kat playground ni tak sesuailah untuk bebudak sebesar Nabila. Mainan dia kebanyakannya lasak2. Semuanya perlukan supervision, bahaya kalau lepas camtu je. Tapi masa on da way ke park ni Haziq jaga nak susu, so kami lepak lah kat salah satu bench dan akhirnya dapatlah Haziq bergambar sama... yey!

    A family photo kat Holland Park...

    Nabila... on the trampolin... horrey.
    Tak lama mana kami kat playground ni. Dah puas nabila naik trampolin tu, kami pun berangkat pulang. Holland park dah cover, Hyde Park dah, Richmond Park pun dah... so ada lagi Green Park, Regents Park dan beberapa park lagi yang kami belum teroka. Ada masa nanti kami pi.
    .

    Tungguuuuuuu...
    . .

    **** ** ****

    4 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    Hemmm..byk garden dah pi...jemputlah ke garden belakang rumah kami........

    8/19/2007 12:05 pm  
    Blogger asr said...

    Buleh ja, kalau ada BBQ atau garden tea party lagi cepat kami datang, hahahaa...

    nanti aku linkkan fotopages ko dr sini ya.

    :)

    8/20/2007 9:24 am  
    Anonymous Anonymous said...

    hahaha...kat tmn dr ada juga pokok cam tu tap semua kale hijo jea...spr kinta pun ada lagi tapi x le setop tesco..jj..parkson..

    wahh sronoknye nabila dok main dgn yeeyii yg beso2 tu...cam2 kale plk

    8/20/2007 9:45 am  
    Blogger asr said...

    Uik, ari tu masa balik dah nyawa2 ikan dah super kinta tu. Panjang gak umur dia ya?

    hahahaa...

    8/20/2007 8:45 pm  

    Post a Comment

    << Home