Bergumbira di Legoland Windsor
ALHAMDULILLAH cuaca cantik!!! Yeahhh... Ahad lepas kami konvoi 3 kereta ke Legoland, family Mozak dan family Jepp turut serta. Sebelum ni memang ada hajat nak ke mari tapi tiket mahal sgt sampai £32 seorang, tapi hari tu masa surf internet kat lastminute.com ada pulak save up to 60%, jadinya cuma £15 sorang ja. Apa lagi, terus aku book! Nabila pun seronok lah sebab ada farah fahmi dan ikhwan. Haziq cam biasa... dok senyap2 atau meragam nak susu, hahaha. Tu je lah cara dia enjoy kat Legoland ni.
Selamat datang & selamat bergembira di Legoland, Windsor...
Memula masuk ada 2 replica dinasour yang besar tentunya di buat dr lego. Kawasan dia agak luas juga. So kalau nak datang tu sebaiknya korang tengok map dia dan plan lah. Sesampai tu kami naik keretapi yang bawak terus ke tengah2 legoland ni. Ada Spinning spider punya ride kat situ. Alah, macam cawan gergasi yang besar dan pusing2 tu lah. Cumanya kat sini dia punya spin tu agak laju. Ada height restriction dan seperti yg di jangka Nabila tak lepas. Jadi kami tengok saja Mozak, Jepp, Farah, Fahmi dan Ikhwan naik. Depan je sikit dari tempat ni ada cam rumah obstacle, mouse trap ke hapa dia panggil, tak ingat. Tapi cam adventure lah utk bebudak, kena crawl, kena lalu titi, banyak halangan untuk cari jalan keluar. So yg ini boleh la aku bawak Nabila. Kebanyakan masanya Nabila tak mau jalan sendiri, kena aku mendukungnya pulak! Isk. Mummy dan Haziq tunggu di bawah, tengok kami enjoy masuk ke sini.
Yeayyy... akhirnya daddy ngan Nabila escape melalui papan gelongsor...
Pastu kami proceed ke knights castle dia. Kami spend lama juga kat sini. Banyak tangkap gambar ja. Seronok jugak tengok orang naik roller coaster sambil jerit2 cam orang histeria tu. Kelako!!! hehehe... Nasib kat sini ada satu table lego so Nabila buleh la lepak situ buat lego. Ada la jugak aktiviti untuk dia walaupun meja tu agak tinggi sebenarnya, tapi Nabila buat selamba...
Emmm... anak sapa lah yg paling kecik tengah main lego ni???
Kami soroo depan knights castle ni. Lepas dah kenyang kitorang tengok balik map dan cari kawasan yang banyak rides untuk 4 years and below. Kat sini baru lah ada satu dua rides yang Nabila boleh naik. Kalau tempat camni Ferris Wheel mesti lah ada kan? So kami ke situ dulu dan Mummy pun beraturlah ngan Nabila. Seronok tengok gelagat dia. Nabila naik satu kapsul ngan farah dan fahmi sambil lambai2 daddy dan Haziq yang menunggu kat bawah. Bye bye kakak.... bye bye...
Tu dia Nabila dalam kapsul hijau-kuning...
Pastu naik merry go round pulak. Kali ni Nabila naik ngan daddy. Masa memula tu nabila memang teruja nak naik. Tapi bila orang yg jaga tu tanya: Are you ready???? dan bebudak semua jawab serentak dan menjerit: YEEEAAHHHHHH!!!! Nabila terkejut dan terus teroyak, hahaha... memang bingit suara bebudak tu. Dah tu dia ulang sekali lagi dan kali ni lebih kuat lagi, dan Nabila pun makin kuat lah jeritannya tahap maksimum.... huhuhu. Pun begitu Nabila tetap enjoy ride tu. Tangan melambai2 jugak kat mummy dan mulut menjerit menangis. Lawak! tapi ujung2 tu dia oke...
Jom naik hot air balloon. Nabila tido la pulak... kansel.
Awasss.. helikopter nak landing tu...
Dah puas kat sini kami pi ke Adventure land. Kat sini memang lah tak de satu ride pun untuk Nabila. Ye lah... mak bapak pun nak jugak enjoy kan? Tapi kami tak naik pun, sebab Q dia berjela. Dalam 45 minit nanti baru boleh merasa naik ride dia yang cuma 1 minit je tu. Tak payah lah. Tapi dalam masa nak ke sini, terserempak pulak ngan orang jual belon. Alamak, Nabila bukannya boleh tengok belon ni, mesti nak punya. Huhuhu... takpelah, memandangkan Nabila pun tak leh naik banyak ride aku pun korbankan beberapa pound beli belon Nabila tu...
Mummy nak sgt naik ride yg kat belakang tu tapi Q punya panjang terus tak jadi...
Ada macam macam rides kat sini. Memang a family day out punya tempat lah ni. Tapi awas, jaga lah anak2 korang sebab ramai parents yg buat aduan kehilangan anak. Satu tu siap nangis2 lagi kat kaunter. Masa tu Haziq tengah menyusu dan Nabila tengah tukar napkin. Kesian... harapnya dia jumpa lah balik anak dia.
Aik mummy, dah sampai Belgium?? Bila pi?? ? besst nya, tak ajak puuunnn...
Sepanjang jalan semasa kami nak ke miniland, ada semacam lego safari. Banyak binatang2 yg dia buat dari lego. Besar2 pulak tu. Cantik dan kalau tengok dari jauh nampak cam real. Kalau dari dekat memang tak berapa real lah sebab nampak kotak2 lego tu kan. Lion, Ostrich, ada burung cam dlm cerita jurrasic park tu dan macam2. Bukan setakat binatang sahaja, bunga pun ada dia buat dari lego ni. Masa ni kira dah separuh perjalanan dan Nabila ngan Haziq dedua lena di ulit intan, zzzzz...
Zirafah dari lego... nampak real kan?
So bila diorang lena kitorang pun apa lagas... amik peluang buat aktiviti makan. Makan aiskrim, makan wafer and mashmellow coated with chocolate and sprinkle. Yg wafer tu sedap tapi mashmellow tu... tak sesuwai lah rasanya. Manis sangat. Kat sini pun ada kawasan main air. Sama la lebih kurang cam yg ada kat tambun yg ala ala sunway lagoon tu lah. Nabila pulak bila dia dah jaga aku offer lah dia untuk mandi & main air kat sini. Dah siap beli baju mandi, tapi dia takut lah pulak kat water fountain yg airnya di sembur beberapa minit kemudian berenti dan di sembur lagi berulang2... huhuhu. Aparaaa... pakai lah baju mandi tu kat bathroom dlm rumah je nanti!
Daddy ngan Haziq kat water fountain yg kakak fobia tu...
Selain dari tu ada jugak puppet show kat sini. Masa kami datang tu dia buat cerita Jack & the Bean Stalk. Bukan bebudak je ralit tengok show tu mak bapak pun sama naik nya. Nabila pun nampak excited walaupun hendak berdukung memanjang. Pandailah diorang buat cerita tu dan narator dia pun sungguh bagus & bijak bermain dengan expression dan intonation suara. Bebudak semua participate dalam show tu dengan bersorak bertepuk tangan dan membuat bunyi mengikut apa yg di minta oleh narator. Kelakar. Last sekali sebelum balik, kakak dan daddy naik keretapi (ulang 3 kali sebab kakak enjoy the ride so much) dan we spend quite sometime kat playground dia.
Sempitnya keretapi ni... tooot toooot....
Memang banyak aktiviti kat sini. Kalau ada anak yg dah masuk sekolah sah diorang enjoy punya. Kami peratikan ada lagi kawasan yang diorang tengah bina. So kalau datang tahun depan tentu lebih luas lagi kawasan dia. Overall memang enjoy walaupun penat mendukung Nabila dan melayan Haziq yang adakalanya turut meragam. Recommended dan kami bagi 4 star tempat ni. Oke... dah penat menaip dah. Aku chiow dulu & korang jaga diri bebaik oke. Jumpa lagi.
Bye...
.
**** ** ****
0 Comments:
Post a Comment
<< Home