Swindon & Lyndiard Park
BANGUN2 pagi ahad tu... terus tanya mummy kot kot nak pi carboot... mummy cam malas2 saja, tanya pulak nak pi Swindon? Terussss mau, fuyyooooo!!! hahaha... pastu aku pon call Mozak dan kebetulan dia & family takde plan, jadi ada lah geng kami ke sana. Btw, thanks to mozak sbb invite us for dinner. Terima kasih daun keladi, lain kali jemputlah lagi, hahaaa..
Oke, kami dah sedia.... Swindon, here we come!!!!
Pukul 10 lebih kurang kitorang pun bertolak. Adalah jugak kami ke sini sebelum2 ni, tapi tak pernah tulis dalam blog lagi. Tempat ni lebih kurang Bicester village lah, tempat membuang saki baki duit yang berlebihan, tapi masalahnya ada lebih ke? huhuhu... tapi yg bessnya tempat ni banyak concentrate on middle range punyer products. So most of the 1st class, expensive and exclusive branded items, unlikely to be found here. Jadi apa jenama yg ada... haaa... cam Mark & Spenser, GAP, clark, next dan seangkatan dgn nya, adalah.
On da way nampak pulak kincir angin moden ni... Alamak, langit mendung lah!
Actually pi tempat camni lagi bess, bukan apa, takde lah asyik telan air liur tengok rega yg mahal2 tu... nak tak nak mesti tergoda dan terbeli juga. Cumanya tempat ni jauh lah sikit. Tu yang jarang2 pergi berbanding ngan Bicester Village tu. Tapi kalau nak kemari senang, jalan dia straight sahaja masuk M4 kuar junction 16 pastu ada round-about ke, tak de round-about ke, go straight saja. Ada di sediakan kan sign boad designer outlet ke, outlet centre ke, aku tak ingat. Tak sesat punyer.
Dah sampai... tapi ni bergambar time dah nak balik.
Kami memang terus pecut ke situ tanpa berenti kat mana2 R&R pun. Kebetulan hari Ahad ada farmer market kat pedestrian lane dia sebelum masuk ke dalam Swindon Guilt-Free Shopping Outlet ni. Nak beli carrot dan sayur2 pun ada, bukan tu ja, sausage ba alif ba ya pun ba-nyak! hehehe... panasss panasss lagi... emmm... kalau terbau tak pe ka?? Mughallazah tuu! La ni memang musim jualan murah... Bila masuk ke shopping area & nampak belon, Nabila mula la meragam! Nak bo bo katanya. Nabila la ni banyak buat perkataan sendiri, bobo tu belon, ya yi tu flower, mamak tu dukung. Isk... tatau mana dia dapat perkataan2 tu. Kekadang tu kitorang pun kompiussss.... dia cakap bahsa mesia ke bahsa inggeris ke bahsa asing ke, ntah lah. Nasib dapat jugak dia belon, so senyap lah dia sekejap.
Gambar ni terlebih cahaya! Ni kat sebelah farmers market tu...
Bergambar kenangan depan Swindon Guilt-Free Designer Outlet.
Kitorang banyak spend masa dalam GAP cari baju Nabila ngan Haziq ja. Sejak dah kawin dan ada anak ni kalau kuar tempat camni memang cari barang diorang je. Banyak baju yg agaknya old stock, so rega memang murah lah. Ada yang diskaun sampai 75%... so boleh lah. Tergelaknya baju Haziq cuma £1.99 ja... so amik la bebanyak buat pakai hari2... Kat sini pun ada playground... sempat jugak lah bawak Nabila main kat situ. Tapi tak sempat nak tangkap gambar sbb masa ni mummy sedang membeli tingkap (baca: window shopping) ngan haziq dan kamera pun kat dia. Lepas abis tu kitorang pun beransur lah.
"Apa nak buat, hujan... kita makan dlm keta je lah daddy."
Time ni masih awal lagi, so ada lah bawa bekal camtu jugak ngan mozak. So kami pergi ke Lyndiard park untuk berkelah. Alamakkk hujan lah pulak, so terpaksa makan dalam kereta ja. Bila dan makan separuh jalan hujan pun berenti. Boleh lah jugak bentang tikar dan dok lepak kat situ. Ada apa ntah hari tu, orang punya ramai dan kami tak dapat nak park kat tempat yg ada playground. Kalau tidak boleh jugak biarkan bebudak tu main kat situ. Apa nak buat, lepak tengah2 padang pun jadi lah.
Haziq, dah boleh lepak luar lah. Hujan dah berhenti...
Haziq tenang ja tido kat tengah padang... nyenyak!
Tapi oke lah jugak, dapat lah Nabila main lari2, kejar2 ngan Farah dan Fahmi. Dah perut kenyang... kami pun ba alif lam ya kaf lah... haaa... apa dia ba alif lam ya kaf ? Tau tak??? Tak tau kalu, pi belajar tulisan jawi, hahaha...
.
Salam... .
**** ** ****
2 Comments:
putih pulak c aziq tu.....
Bapaknya pun putih, apa?
hahahaa...
Post a Comment
<< Home