• Tuesday, August 07, 2007

    Afdzal Haziq: Majlis Cukur Rambut

    SAMA seperti Nabila, tiada kenduri cukur rambut untuk Haziq. Hanya kami 4 beranak. Bukan tak nak buat, cuma ada beberapa keadaan yg tidak mengizinkan untuk kami buat disini. Tak apa lah... Masa memula tu kami cari kat komputer suara orang marhaban, tapi mungkin terkocoh2 jadi tak berapa jumpa. Kalau tak, ada lah juga suara orang dok marhaban kan? Last last jumpa lagu mawi al-Jannah, adalah sikit dia macam berzanji masa intro tu... jadilah. hahaha.
    Haziq buat muka kesian... luka di tepi mata kiri tu dicakar sendiri!
    Dah ada experience mencukur rambut Nabila dulu, so kali ni rasanya lebih confident lagi. Dulu siap ada satu bowl air sabun, tapi kali ni tak payah, cukup dengan air biasa saja. Bentang lah surat khabar dan Haziq, of course kena bedung. Nabila perati je diam-diam, dia pun pelik agaknya. So... apa lagi, bila suara mawi mula melagukan al-Jannah, maka dengan Bismillah dan Selawat ke atas Nabi, aku pun mula lah menggunting rambut Haziq. Ya kena gunting dulu, mana boleh cukur terus, payah.
    Gunting je mana sempat, tak kisah... janji biar sependek mungkin.
    Gunting bahagian belakang pulak. Nabila dok perati je...
    Tak senang nak menggunting rambut Haziq ni sebab dia tak dok diam. Bukan cam Nabila dulu yang senyap je dari mula sampai selesai. Menggeliat kiri kanan Haziq ni dan sesekali cam marah dan meronta-ronta. Isk... maka terstop stop lah aku nak menggunting rambut nya tu. Takut jugak kot tergunting kulit kepala, naya! Tengah tengah menggunting rambut Haziq tu lah ada pulak yg call. Lagi la projek tertunda-tunda. Masa ni Haziq mengambil peluang mengeliat ganas lalu meloloskan tangan dia dari bedung tu. Haaa... dah terlepas tangan tu, nak gunting camna??? Aip Haziq... bedung balik! hahaha.
    Hello? ya? Banglo kami 7.5 juta tu dah siap? Oke, esok buleh datang amik cek.

    Kakak: Ye ye... adik kena ikat balik!!!
    Bila dah bedung dan rambut pun dah nipis habis, apa lagi... boleh la mula cukur. Masa cukur ni aku tetap berhati2, guna blade yang baru supaya cukuran cukup licin. Tetiba Haziq sporting pulak sebab bila aku sapu air dan mencukur rambut dia, dia pun ala ala laloq dan terus terlena. Baru lah senang sikit mengerjakannya.

    Dah pendek camni, boleh lah mula cukur pulak, kasi licin...
    Bila Haziq dah tido memang mudah nak mencukur tapi kena hati hati jugak sebab rambut tu kadang2 ada yang pi dekat ngan mata. So kena make sure kawasan muka dia clear masa gunting tadi dan masa mencukur ni rambut jangan bersepah. Tapi kalau dah rambut tu basah, takde lah rambut tu melayang. Memula aku dok bersila, pastu melunjur sebelah kaki, pastu bersimpuh, macam-macam cara duduk sebab lenguh ya amat. Last last aku dok atas. Masa nak bangun tu nasib tak jatuh, sebab kaki kiri aku dah lembik dan tak boleh tegak, darah tak masuk dan rasa semut-semut. Ngilu lah sangat! Tergendala lagi nampaknya. Eh, sibuk dengan Haziq mana kakak??? Mummy, where is kakak ni??? Kakak! Kakak Nabila, where are you?
    Peekabooo... laaaa... main nyorok2 dalam almari pulak dah!
    Aku dengan kusyuk dan tawaduk mencukur rambut Haziq, marhabaaaan... ya marhabaaaannnn...
    Bahagian yang paling payah sikit ialah kat bahagian tepi telinga dan bahagian belakang yang berlekuk tu. Lagi satu kesian pulak kat Haziq yang terpaksa aku telangkupkan bila masa nak cukur bahagian belakang tu. Tapi dia terus lah nyenyak, tak sedar apa! Akhirnya dengan berkat kesabaran maka selesailah juga sessi mencukur rambut Haziq ni. Alhamdulillah takde luka sikit pun.

    Hah, lega... siap pun. Lena nya hero daddy ni...

    Close up: yg merah2 tu bukan luka, bahagian tu paling banyak kerak so aku kikis slow2 tu yg merah tu...
    Dah siap, maka la ni giliran mummy pulak kasi mandi Haziq. Walau pun Haziq lena tapi kenalah kejut, kalau biar dia tido terus nanti miang. Nak tak nak Haziq kena bangun jugak. Selesai mandi, pakai elok2 baru lah terserlah kemachoan anak daddy yang sorang ni. Tapi Nabila masa memula tu cam tak mau dekat ngan adik dia. Dia pelik lah agaknya, hahaha... tapi kejap ja. Malam tu dia mula mencari2 balik adik dia... Haziq... haziq... adiikkkk, katanya.

    Hey you pretty girl, call me oke!

    Serius....

    Alah, yg gituu gituuu tuuu....
    dan last sekali... satu kiss untuk semua...

    .
    .
    .
    .
    .

    Muaaaaaahhhhhhhh.....
    '
    Adiosss!
    .
    **** ** ****

    5 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    sama je rupe anak2 kau eh
    dah nama pun adik beradik dak?

    awal2 dulu aku rasa pelik bila budak botak...esp ppn...rasa sian jek

    lepas ni leh buka kedai gunting rambut kat sana....:-)

    Nani

    8/09/2007 9:47 am  
    Blogger ASR said...

    Buleh je, nanti semua customer aku botak kan & bebudak kalau botak, kiut apa?

    hahahaa...

    8/11/2007 10:32 am  
    Blogger DBI said...

    haziq dah botak..ayah dia biler plak..ahaks.

    8/12/2007 8:02 am  
    Blogger ASR said...

    Haziq botak takpa, ayah nya botak, horror! hahahaa...

    Wah, lama bercuti ya?
    :)

    8/13/2007 9:11 am  
    Anonymous k. og said...

    hehehe...tak sia-sia tengok bidan2 (n mak) kat ipoh ni botakkan rmbut baby....tahniah2

    8/20/2007 9:37 am  

    Post a Comment

    << Home