• Wednesday, July 11, 2007

    Daddy's Day Care

    Nabila bangun2 tidur hari Ahad tu terus cakap "Nak haipak, jom!". Uik, terkejut aku dia leh ingat pasal aku nak bawak dia ke Hyde Park tu. Mungkin sebab 1-2 hari sebelum tu lagi aku asyik tanya on whether she wants to go to Hyde Park or not, tu yang secara tak langsung terus ter-embed dlm ingatan dia. In other way, it shows that her mind is developing well... Alhamdulillah.

    Nabila muka sembab... baru bangun tido.
    So kami pun bersiap2 lah. Bawak tikar dan jugak air mineral Nabila yg ada rasa rasperry tu. Beli pisang dan biskut utk bawak sama. Hyde Park ni dekat je. Kawasan dia luas... kalau betoi2 jalan mau berpeluh juga. Tapi aku dah siap sedia chose nak pi mana. Kami susuri Hype park tu ikut tepi pagar dia sambil tengok orang jual lukisan. Lukisan2 ni pulak cuma ada pd hari Ahad sahaja. Emmm... dah lama betoi tak tengok lukisan2 kat sini, so kali ni aku pun enjoy sama. Lukisan2 ni walau pun cuma di jual kat pagar Hyde Park, jangan di under estimate. Rega nya mahal sampai ratus ratus tu. Lagi satu... kalau tak cukup cash, credit card di terima ya!!! hahaha... Lagi pulak bukan sembarang org boleh pamer dan jual lukisan kat tepi ni. Kena apply licence dan licence tu pulak kena display. Kalau tak, boleh kena tangkap masuk jail! Sapa nak tanggung? Ada berani?

    Cantik2 lukisan dia. Macam2, dari gambar bunga sampai gambar2 yg abstrak pun ada...

    Ada juga jam featuring London landmarks di buat dari gear terbuang, menarik jugak.
    Bila dah sampai ke gate yang sepatutnya, barulah aku masuk ke situ. Mula mula bergambar kat water fountain yang sepatutnya cantik tapi sayang tak begitu di jaga rapi. Kolam dia berlumut hijau, itu yg jadi nampak kureeng tu...
    Dah hampir 1/5 kolam tu penuh ngan lumut...
    Nabila jalan elok2, ada org roller blading kat belakang!!!
    Nabila masa ni belum dtg lagi mood dia, masih aku tengok cam ngantuk2. Puas dah bergambar kat situ, kami jalan pelan2 dan terus ke play ground. Wah... Nabila punya excited terus dia menjerit tengok swing dan papan gelongsor tu... hehehe. Nak tergelak aku! Ramai pak/mak arab bawak anak diorang main kat sini. So aku biar dan ikut je lah Nabila dari belakang. Tak tentu arah dia, tak tau mana satu nak mula.
    "...seronoknya kalau aku leh panjat cam diorang ni..."
    Ball!!! Nabila share the "giant sempoa" with a toddler... anak mat saleh mana tak tau!
    Teruja betoi dia tengok bebudak lain main panjat2... nak ikut panjat lah tu, tapi apa kan daya skill memanjat Nabila belum diasah lagi. Lama jugak lah kami spend masa kat sini. Sampai naik sakit pinggang aku bila Nabila mintak dukung letak dia kat papan gelongsor, berulang2 kali. Menjerit2 dia seronok.

    Naik kuda... kedegek kedegek kedegek... apa la kuda ni setempat jek???

    pastu naik swing...
    Dah abis tu kami pun pi la pulak kat padang dan bentang tikar. Ramai orang berpicnic kat situ. Memang satu pemandangan yg biasa bila summer ni. Tripod pun di buka dan aku snap lah gambar kami berdua.
    Tak sempat nak tengok depan, kamera dah klik!
    Tetiba je ada la pulak satu anak arab ni mai nak join main ngan Nabila. Adam namanya. Dia takde kawan kot, so dia bagilah bola kat Nabila dan pastu Nabila tak mau pas balik bola tu kat dia, hehehe... end up budak tu dok kat tikar dan berborak ngan aku. "she can have the ball, until when i want go home" katanya. Tapi kejap2 dia usik2 Nabila. Lama2 nak jugak Nabila main ngan dia. Terkekek2 Nabila bila di agah2nya. Pastu aku upah lah sebijik pisang kat budak tu, hahaha. Bila aku cakap aku nak tangkap gambar dia... terus dia pose cam kat bawah ni, keh keh keh...


    Hahaha... pose pemain bola ke hapa ni?

    Dah habis tu aku pun lipat tikar dan balik lah. Mmm... bess jugak rehat2 kat Hyde Park ni. Lagi bess kalau mummy dan Haziq ada sekali. Bawak bekal dan makan berkelah kat situ. Takpa banyak masa lagi, nanti mummy dah kuat kita pi.

    Nabila... sini la daddy jalan hari2 pi kerja...

    Rasanya Nabila pun berpuas hati, ye la bangun2 dia tak cakap "nak haipak" dah. La ni bila bangun je... dia akan cakap "Baby?? Baby Haziq!?" hehehe... W0okeh. Sebelum blah aku akhiri dengan serangkap pantun:
    Sedap sungguh makanan Malaysia,
    Dapat pulak ikan pekasam,
    Lain kali sambung cerita,
    Mintak diri, Chiow Kwai Lam.

    Ewah!

    **** ** ****

    8 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    Aku gelak kuat2 sambil guling2 di atas lantai (ie Lying On Floor Laughing Out Loud) bila baca komen kau pasal pose budak arab tu.... *Hahaha... pose pemain bola ke hapa ni?

    7/11/2007 8:34 pm  
    Blogger asr said...

    Hahaha... ke pose Transformer??? Budak tu memang kelakar!

    7/12/2007 9:46 pm  
    Anonymous Anonymous said...

    Azam, keep those posts coming. Enjoy aaa baca ntries ko :)

    7/12/2007 11:28 pm  
    Blogger Lily Haslina Nasir said...

    salam asr...
    kenal rosie haslinda ke?
    betul... dia adik saya. dia sekarang ni editor di majalah intrend, astro.. baru dapat first baby

    7/13/2007 4:38 am  
    Blogger asr said...

    khairil: Sokongan anda sangat kami hargai, hahahaa..

    lily haslina nasir: Ya, kenal. Pernah berentap dlm perbahasan di YPM. Dia pernah hadiahkan saya naskah novelnya yg pertama, Harapan. Dah berapa byk novel dia skrg? & tahniah atas kelahiran anak sulungnya.

    :)

    7/14/2007 12:37 am  
    Anonymous Anonymous said...

    hello encik azam, apa khabar?

    10/23/2007 11:26 am  
    Anonymous Anonymous said...

    hello encik azam, apa khabar?

    10/23/2007 11:26 am  
    Anonymous Anonymous said...

    hello encik azam, apa khabar?

    10/23/2007 11:26 am  

    Post a Comment

    << Home