Merdeka di Bumi Penjajah
WALAUPUN jauh beribu batu, namun Kemerdekaan negara yg ke-50 tetap di sambut di sini. Beberapa acara dan pengisian telah diatur bagi menyelami dan memahami erti kemerdekaan. Jom imbau acara sambutan kemerdekaan kami ini...
I. DI AMBANG MERDEKA, 30.8.2007
I. DI AMBANG MERDEKA, 30.8.2007
Kebetulan ianya jatuh pada hari Khamis. Bertempat di surau Malaysia Student Department, majlis telah dimulakan pada jam 6.30pm dengan bacaan Yaasin. Sebenarnya memang setiap hari Khamis malam Jumaat ada dijalankan bacaan yaasin dan doa tahlil serta di susuli dengan ceramah agama. Tapi kali ini majlisnya special dan kehadiran pun lebih ramai. Seperti biasa bacaan yaasin ini diketuai oleh Ustaz Erfino Johari.
Jemaah membaca yaasin dengan tenang dan tertib...
Kali ini tiada ceramah dari ustaz tapi telah digantikan dengan bicara merdeka yg dipersembahkan oleh Saudara Muhammad Ali. Sebanyak 30 slides di sediakan memaparkan gambar2 sebelum dan selepas merdeka. Sedih pun ada masa tu especially bila tengok gambar2 zaman darurat. Gambar Tok Janggut yg mati di tali gantung. Gambar2 orang melayu yg menadah makanan di buntut2 lori. Macam org mintak sedekah. Kasihan sungguh. Lepas tu ada juga gambar2 rumah dan bangunan yg musnah akibat letupan bom. Memang teruk lah nenek moyang kita dulu memperjuangkan kemerdekaan. Sampaikan wanita2 zaman itu pun terpaksa memegang senapang walaupun memakai baju kebaya dan kain batik. Kalau tengok zaman tu, terasa macam apa yg kita lihat di Palestin dan Afganistan sekarang. Memang sedihlah. Peritnya hidup mereka. Saudara Ali juga menceritakan kekejaman British di Pasir Salak, hanya kerana seorang JWW Birch terbunuh, habis satu Pasir Salak mereka letupkan dan bakar! Alangkah bertuahnya kita kerana tak perlu melalui itu semua. Sedekahkan lah Al-Fatihah buat mereka. Mereka memang benar wira dan srikandi negara. Aku cuba ambik gambar2 slides tu tapi tak berapa menjadi. Frust!
Saudara Ali memberikan penerangan tentang slide yg di tunjukkan.
Habis je persembahan slide tu, lampu pun di terangkan. Dan... kali ni turn Haji Zainal pulak membacakan sajak. Sebelum tu Hj. Zainal sempat berkongsi pengalaman beliau hidup di zaman darurat dahulu. Makan ubi kayu rendam katanya. Aku sendiri tak pasti camna rupa makanan ubi kayu rendam ni. Bila beliau start bersajak saja, semua menelinga. Wah.. bukan main lagi intonasi dan semangatnya. Sajak di tulis sendiri dan bahasa yg diatur cukup cun sekali. Sajaknya menginsafkan. Best!
Hj. Zainal mempersembahkan sajaknya dengan penuh penghayatan...
Kemudian sajak satu lagi dibacakan pulak oleh Abang Wan Hulaimi. Sajak ni pun di cipta sendiri. Ilham datang dalam tube katanya. hahaha... Abang ni tak setuju sikit dengan perkataan hari Merdeka. Dia lebih suka menggunakan perkataan hari Kebangsaan. Alasan beliau Raja2 dan Sultan2 kita tak pernah hilang kuasa walaupun penjajah datang bersilih ganti. Jadi kita tak pernah merdeka sebab kita tak pernah dijajah. Pun begitu katanya, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura dalam hal ini kena tolak ke tepi. Dan sama seperti Hj. Zainal tadi, sajak nya cukup mengesankan. Sedap di dengar dan sinis maksudnya. Kemudian majlis di teruskan lagi dengan bacaan syair oleh Kak Zaharah. Cewahh... sekali dengar macam pantun pulak.
Pasangan suami isteri: Abang Wan Hulaimi dan Kak Zaharah dengan persembahan masing2.
Persembahan penutup dan paling istimewa ialah dari Ustaz Erfino yg telah mendendangkan sebuah lagu nasyid dengan iringan tabla yg dipukul sendiri! Bila tang chorus, ustaz telah tarik key paling tinggi, F sharp agaknya! hehehe... kalau setakat Mawi memang Ustaz pukul habisss. Tak kasi can!
Ustaz Erfino melontarkan suaranya. Lirik dipaparkan di screen.
Selesai semua persembahan, memang ngam-ngam masuk waktu magrib. Solat magrib dan diikuti dengan solat hajat memohon agar negara Malaysia terus di kurniakan kemakmuran dan kesejahteraan. Lepas tu... apa lagi kalau bukan kemuncak bagi semua acara... MAKAN.. hahaha...
Macam2 juadah kali ni...
Cup cakes yg menarik perhatian ramai.
Terima kasihlah pada semua penyumbang. Sedap sedap... especially cup cakes jalur gemilang yg aku tapow sebijik untuk Nabila kat rumah. Alhamdulillah.
II. ULANGTAHUN KEMERDEKAAN, 31.08.2007
Semua ketua jabatan di agensi kerajaan dan swasta serta semua petugas homebase bersama2 dengan keluarga masing2 telah dijemput untuk meraikan hari Kemerdekaan negara di rumah Duta Malaysia ke UK, TYT Datuk Abd. Aziz Mohammed. Tapi aku pi sorang saja. Mummy, Nabila dan Haziq tinggal di rumah.
Dari kiri: En. Aku, Koperal Ghani, En. Ahmadi, Hj. Yusof, Staff Sarjan Ramlan, En. Zahari, En. Zofri & Ust. Erfino.
Dr kiri: En. Mathialakan, En. Halim, En. Adib, En. Nazri, En. Aku, En. Asaraf, En. Rostam & En. Razif.
Majlis dimulakan jam 9.30pagi dengan upacara menaikkan bendera sambil lagu Negaraku dinyanyikan beramai2. Kemudian disusuli pulak dengan lagu Jalur Gemilang. Anak anak yang beratur dengan mengibarkan jalur gemilang nampak bersemangat sama. Datuk Ambasador kemudiannya memberikan ucapan dengan menyelitkan amanat Perdana Menteri kita dalam ucapannya.
Jalur Gemilang yg telah dinaikkan...
Selain dari itu acara sukaneka org dewasa dan kanak2 juga diadakan. Antaranya golf putting, Musical chair, bawak bola ping pong dlm sudu, treasure hunt dan karaoke. Tapi yang paling menarik sekali ialah musical chair sebab satu rekod dunia telah tercipta! Mana tidaknya, kerusi terakhir yang digunakan untuk menentukan juara telah patah semasa berlaku perebutan antara Ustaz Erfino dan Ahmadi. Dedua jatuh tergolek. Habis semua orang ketawa... hahaha. Akhirnya penganjur memutuskan kemenangan menjadi milik Ustaz Erfino!
Musical chair yang kelakar... hahaha.
Pemenang pertama dan kedua berpelukan selepas sama sama jatuh tergolek!
Sukaneka kanak-kanak.
Majlis tamat sekitar jam 1 petang. Dan sebelum tu lagi dah ramai yang pulang especially all the husbands sebab perlu menunaikan sembahyang jumaat. Majlis yg diatur simple tapi meriah. Apatah lagi semua lelaki di kehendaki memakai baju melayu lengkap dan perempuan berbaju kurung. Syabas! Merdeka, Merdeka, Merdeka. Kami cintakan Malaysia!
Tergelak tengok gelagat Rosdi yg menunjukkan cara2 joget yg betul... hahaha.
Jumpa pula nanti di Karnival Merdeka 2007 ya.
Bye...
Bye...
.
* Tahniah kepada Dwen & Ani yg telah diijab kabulkan pada 1.9.2007 yg lalu. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga & dikurniakan satu team bola sepak cahaya mata (ni akak ko yg cakap! hahaha)... Amin.
.
**** ** ****
3 Comments:
awat main game pakai baju formal..itam lak tu..cam berkabung je....
-Nani-
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA
Nani: Baju itam tu utk majlis menaikkan bendera. Ada bilik persalinan tp acara sukaneka takde yg lasak, so semua maleh nak tukar.
anonymous: Merdeka! Merdeka! Merdeka!
:)
Post a Comment
<< Home