• Thursday, August 21, 2008

    Fruit Picking, Badminton & Birthday Party

    TIADA cerita khusus yang nak di tuliskan kali ni. Buat masa ni agak hangat cerita di Tanah Air dengan PRK P44 Pematang Pauh. Ke yang jauh macam kami ni saja yang tercari2 berita terkini? Kat sana yg luar dari P44 terasa hangat dan meledak tak? Oke, sebelum meletup pom pomm jom redakan kehangatan itu dgn meyusuri kisah dlm family diary kali ini...


    I. FRUIT PICKING - SUMMER 2008

    Bila tengok website kat Garson's Farm tu dah ada buah epal, mummy pun terus bagi suggestion untuk ke sana. Malah sebelum tu lagi dah banyak kali nak ke sini. Dengan ada nya family Mozak dan family Shahrul yg bersetuju nak pi bersama2, lagi lah bagusnya. The more the merrier.

    Para pelancong dr Malaysia yang mengambil peluang berfruit picking di Garson's Farm, Esher.

    Adik kunyah blackcurrent... ada rasa ribena tak, adik?
    Bila sampai di situ takde lainlah selain terus mencari buah apa yg sudah sedia utk di petik. Kali ni jagung menarik perhatian kami. Selalunya bila dah petik kita timbang dan bayar. So bila kat tempat jagung ni semua pakat buang kulit jagung dan tongkolnya siap siap. Konon nak ringan sikit laaa. Bukan kami je, majoriti yg ada kat situ pun semua buat cam tu. Sekali bila time bayar... hat jagung ni dia tak timbang daaa... dia ikut berapa ketul! Hahahaaaaa... Janganlah nak berangan, awal2 dia dah tau taktik org ramai tu. Cit! Tak kisah lah, jagung dia ni memang manis, rebus sapu butter, ngap memang sedap. Mozak bagi tip suh gaul ngan gula dan garam, yummy.

    Mencari sweet corn yg dah ranum...

    Yeah... jumpa dah. Oke balik nanti rebus terus, jgn kasi can.
    Seronok tgk bebudak ni mencari strawberi...
    Selain dari buah, bunga pun ada juga kat sini. Tapi tak semeriah yang kami pegi dulu. Boleh la kalau nak bergambar. Dari situ baru lah kami ke ladang epal. Buahnya sudah banyak yg jatuh ke bumi. Bertabur sahaja. Rasa epal dia tak lah manis mana kali ni. Tapi saja nak rasa meriah memetik epal boleh la. Pokok pokok dia yang renek tu memudahkan Nabila dan Haziq untuk petik sama. Walau pun pada awalnya kakak dan adik asyik nak meragam, tapi dah last last tu diorang oke. Baru lah lega bila diorang dah mahu berlari sana sini sendiri.


    Ambik yg merah saja...
    Kalau rumah kami ada tanah, dah tanam dah sepokok...
    Buah plum kali ni manis rasanya. Tapi dah nak hujung2 musim kot. Punya la terselak selak daunnya mencari. Dah jarang2 buahnya dan payah nak jumpa yang banyak berjurai dalam satu tangkai. Bila dah jumpa banyak pula yang terus masuk dlm perut. Bila dah errrrkkkk kenyang, baru lah terhegeh2 nak pi bayar baki beberapa ketul lagi tu, ahak... Balik rumah, seperti yang di jangka, sampai la ni masih ada lagi buah epal dan plum yang tak habis makan. Masa memetik tu memang excited, rasa cam sedap je buahnya, bila bawak balik time tu la rasa jemu pulak nak mengabis... huhuhuuu...

    Yesss adik, ni ada sebijik...

    Kakak pun dapat jugak... manis buah plum ni.

    Makan time, thanks to sue & ita yg bawa macam macam...

    II. MERDEKA BADMINTON TOURNAMENT 2008

    Daddy masuk lagi. Sama seperti tahun lepas aku berpasangan dengan Mozak. Selepas di tewaskan dalam pusingan pertama tahun lalu, kali ini kami bangkit dengan semangat yang baru. Ternyata latihan selama setahun berjaya membuahkan hasil. Perlawanan kami yang pertama mempertembungkan kami dengan lawan yang penah menewaskan kami dulu. Tapi... dia ingat mudah nak tewaskan kami kali ni? Oh dia silaaaapppp.... hahahahaaaa... walau pun kami amat asing dengan sistem pemarkahan 21 itu kami telah berjaya menewaskan mereka dgn straight set 21-17, 22-20. "Riak" tak? kwang kwang kwang.... ini telah melayakkan kami untuk ke suku akhir.

    Oi org sebelah, apsal bagi tinggi2 je ni, smash la skit, hahahaaa...
    Namun kegembiraan kami tidak kekal lama, apa bila badi bergu negara di sukan Olympic yg tewas di peringkat suku akhir ternyata membelenggu kami. Iye la tu... Lawan kami Faris-Suhaimi begitu jitu sekali dengan pukulan jumping smash yang seakan peluru berpandu. Tak sempat nak angkat raket, shuttle dah sampai. Mana aci? Maka pada point yg terakhir, dengan senyum yg terpaksa, kami pun bersalaman dengan mereka di jaring, hahahaa... dan terpaksa akur menerima kekalahan straight set, huhuhuuu...

    Senyum je... senyum je.... jgn tunjuk muka frust, senyum je...

    Sebab dah kalah aku pun tak ingat berapa score nya. Boleh percaya tak? Tapi atas 10 point jugalah markah kami. Tak le kena titik teruk sangat, uik... tak ngaku jugak tu? hehehee... lantak kau lah labuuuuuu!

    III. BIRTHDAY PARTY ADIK IRFAN DANIEL

    Thanks pada Amal & family yg menjemput kami. Kami tiba lewat sedikit sebab aku nak tengok badminton Lee Chong Wei vs Li Dan tu dulu. Nampaknya memang mamat China tu tengah top form. Apa yg di buat Chong Wei semua tak menjadi. Jadilah dpt tempat kedua. Minggu depan saya mahu kamu buat yang lebih baik lagi! Minggu depan? Aik, macam AF pulak ya? Ahak...

    Kanak kanak riang bermain...

    Adik ngan birthday boy... Adik, turunkan baju tu!
    Macam macam juadah juga yang tersedia. Sedap2 belaka especially pulut kuning dgn rendang sebab macam dah lama beno pulak rasanya aku tak makan. So hat yg itu aku pulun lebih sikit. Birthday boy pun sungguh well behave. Bila dah ada majlis begini inilah tempat berkumpul dan berjumpa. Macam2 lah topik yang di borak. Sedar sedar dah nak masuk maghrib jugalah baru kami berangkat. So kami nak ucapkan Happy birthday to adik Irfan Daniel, semoga menjadi anak yg soleh ya. Wish apa tahun ni? Mintak dapat adik? Ha Amal, dengar tu! Hahahaaa...

    Wokeh... chiow dulu. Jaga diri bebaik no...


    Ta-ta!


    **** ** ****

    2 Comments:

    Blogger afid said...

    wah..banyaknye tajuk kecik dalam tajuk besar..wakakaka..
    - jagung tu kan kalu tak larat nak nganga2 gigit kt tongkol dia tu, leh hiris isinya letak dalam pingan, letak gula..gaul2..aauumm..masOk mulut.

    -epal plak, kalo tak abis suh arr kak lina buat epal pai:)

    -wah..lee cong wei london..tak agak2..pehtu kalah..ekekkee..larikkss selamatkan nyawa.

    - makan pulut banyak tak ngantuk ke..hehhe

    *banyak komen plak..:p

    8/21/2008 1:55 pm  
    Blogger asr said...

    Waaaah, banyak nya point point... wakakakaaaayu sugi! Jagong dah habis, epal ntah mana, chong wei dpt rm300k aku dpt letih, pulut sini tak ngantuk, makin cargas adala... ahak.

    8/25/2008 10:38 am  

    Post a Comment

    << Home