Rye & Hastings
DAH banyak kali plan kami nak ke Rye ini tergendala. Ada sahaja aralnya. Kali ni walaupun bertolak lambat dan langit nampak seakan mendung, kami gagahkan juga untuk ke mari. Kali ni tak mungkin gagal lagi! Cheeewah, hahahaaa...
Rye ni dalam 2 jam juga kalau drive dari London ni. Bandar dia kecik sahaja dan pintu-pintu di kedai dia pun kecik2 i.e sempit. Terletak di atas bukit, so kaki kena kuat untuk menapak. Mous sebenarnya yang mencadangkan kami ke sini. Bila sampai di Rye, aku pun call Fizan, sebab katanya dia memang dah di sekitar situ, jadi boleh lah join sekali.
Hello Fizan, mana kao???
Rye Lodge, tengok dekat macam bess plak bangunan dia... ni atas bukit ni.
Aku tertarik pulak dengan sebuah kedai yang sungguh kecik di celah celah kedai yg besar2. Dia jual sweets dan dalam kedainya berbalang balang sweet yg ada. Selain dari itu, kedai dia juga di hiasi dengan replika basikal dan juga koleksi anak patung teddy bears. Mamat penjual tu pun cukup ramah. Kakak pun dapatlah seketul lollipop di sini... suka la kakak!
Landgate ini dibina pada tahun 1329 di zaman King Edward III, ada 4 yg seumpamanya tapi cuma ini satu saja yg masih wujud.
Tengah2 kami sibuk bergambar di bawah Landgate, keta Fizan pun lalu sebelah. Kami pun berpatah balik utk bergabung dengan Fizan & family. Kalau dari London tadi nampak mendung, kat sini pula cuacanya Alhamdulillah cerah. Panasss. Kakak mengantuk & nak dok dalam stroller adik, adik pulak yg kena jalan. Jalan punya jalan, dengan tak semena2 adik tersembam. Jatuh pulak betul betul macam org nak sujud tu. Berdentum jugak bunyi nya. Lukalah sedikit dahi dan hidung, cian adik....
Sebaik tangkap gambar ni, adik terus tersembam!!!
Bergambar di luar saja, kalau masuk tak merasalah ke tmpt lain.
Di pekan Rye yg tak besar mana...
Bandar Rye ini aku rasa agak sunyi walaupun ramai pelancong di sini. Kami dok minum2 kat one of its Tea Rooms. Pastu pusing2 bergambar lagi. Dah sudah tu, Wan tanya: pi Hastings lepas ni? Tengok jam baru jam 5 ptg dan kami pulak expect to receive guest from Belfast at around 10 pm hari tu. Hastings pula dah tak jauh dalam 20menet je... mmmm Boleh je, aku jawab.
Bila meluncur ke Hasting ni kami terus ke Seafront dia. Aku memang suka la tempat2 camni. Tepi pantai dia ni ada banyak juga aktiviti yg kita boleh buat. Tapi aktivitinya lebih kepada riadah ala ala mini theme park. Kakak awal awal lagi dah cakap: Kakak nak horsey horsey... nak naik merry go round la maknanya tu. Dia nampak dr dalam kereta lagi. Seelok kami sampai merry go round tu pun bergerak, kelakarnya kakak terus jerit macam nak menangis lagi: Wait for kakak... wait for kakakkkkk!!!! huhuhuhuu... hahahaaa... sebab dah begitu gayanya, aku pun bawaklah kakak naik merry go round tu. Nasib tokennya mughah, 1 token = 50p saja. Sebelum blah dari situ kakak bersuara lagi: Kakak nak horsey horsey one more time... last... last... Bila aku tunjuk mainan yg lain: thats so scary daddy, katanya pulak... so oke lah, naik lah kami sekali lagi.
Habis hati kakak naik benda ni. Dah tu tak mao naik sorang pulak, terpaksa daddy pun naik sama, huh!
Bila dah habis tu fizan call, diaorang ada kat tepi pantai. Kami pun bergegas dan join mereka kat situ. Pantai dia penuh ngan batu batu kecik2. Kalau ada aquarium elok di cilok bawak balik, ahak. Lama juga kami melepak di pantai sinii. Seronok tengok anak anak berlari2 sambil baling2 batu ke laut. Rasa pandangan luas dan bebas. Tenang dan lapang. Syiokk...
You are on my candid camera...
Macam macam lah gaya posing2 kat sini... aku tengok Wan dah ala ala hindustan lagi... hehehee... teringin gak nak buat posing begitu tapi malu pulak nak tiru pose orang lain, hahahahaa.... Fizan sudah bagi satu teknik tangkap gambar yg menarik dengan memfokuskan pada pebbles tersebut dan org yg posing tu jauh ke belakang, ternyata teknik tu cantik. Tapi sebab aku ni terlebih PRO gambar yg aku dapat so so saja... jadik lahhhh. Banyak lagi sebenarnya yg nak di rakamkan tapi bateri kamera aku sudah kong lah!!! huhuhuuu...
Dah habis tu kami pun pecut lah balik. Dan kami tiba semula di London jam 9.20 malam. Dan malam itu kami terima tetamu dr Belfast, rakan sekolah aku masa kat MRSM dulu yang dah berbelas tahun tak jumpa. Edy Rushdan namanya dan dia dtg dgn wife dia Rafidah dan anak anaknya Amar & Aiman, bermalam di rumah kami. Bila dah lama tak jumpa tentulah byk yg diborakkan. Sejak habis SPM memang terus lost contact. Yg lagi bess bila member dari Edinburgh yg juga satu sekolah dgn kami turut turun ke London, Anis ngan Jepp dan anaknya Ikhwan. Jadilah re-union 3 family. Harap jangan serik datang lagi.
Wokeh... chiow dulu..
Salam.
*Terima kasih youtube. Dapat aku tengok debat antara DSAI dan DASC. Rancangan sebeginilah yg sepatutnya banyak ditayangkan di Malaysia yg boleh membuat orang banyak berfikir dan menilai. Jika kisah remeh temeh Mawi-Ina Naim boleh disiar secara langsung di RTM, sepatutnya debat ini lebih mendapat tempat. Pujian harus diberikan kepada penganjur dan kepada kedua2 pembahas yg berani berdepan. Tahniah.
.
.
**** ** ****
0 Comments:
Post a Comment
<< Home