• Monday, June 23, 2008

    Xplorace 3: Blenheim Palace-BOTW-Oxford

    Amaran: Entry ini ada gambar bogel!
    WAH, cakap je ada gambar bogel, cepat je scroll ke bawah ya??? hahahahaaa... cuaca nampaknya cantik ni, jom kita ber-xplorace lagi. Asalnya nak ke Blenheim Palace atau Bourton-on-the-water tapi ntah camana boleh tambah lagi 2 destinasi tu dalam program. Begini programnya: London ke Blenheim Palace ke Bourton-on-the-Water ke Oxford ke London semula. Bourton-on-the-water lagi??? Yaaa... memang suka no kami tempat ni. Dah dtg byk kali tetap tak jemu. Ntah apa yg bessnya tak tau, tapi memang bess la. Ayat apa ni??? layaaaaan ajalah... hahahahaa.

    Pagar batu Blenheim Palace...

    Ni bahagian dalam pagar tadi. Kami tak masuk tengok hiasan dalamannya sebab apa tau? Sebab tak bayo tiketnya lah, hahahaa...
    So pagi yang dah tak sangat pagi tu kami pun bertolak ke Blenheim Palace. Sebenarnya aku ngan kakak dah pernah datang sini bawak Kak Ijah, Opah dan member aku si Sfaris dulu. Memandang mummy pun tak penah pegi dan lanscape dia memang cung, aku pun suka, so sepakatlah kami ke situ. Kali ni kami cuma pilih masuk ke bahagian garden sahaja sebab dalam palace dia bukan buleh bergambar pon. Lagi pulak kak cho & kak chik dah tengok hiasan dalaman masa kat Warwick Castle hari tu. Sama je... dan yg bess nya, mughah sikit lerrrr, hehehee.

    Pemandangan Blenheim Palace ni di ambil dr dlm helikopter... pastu dia lekat kat dinding pastu mummy posing kat sebelahnya... bukanlah mummy naik helikopter yer? ahak.

    Kawasan luar dia berbatu2 kecik2, kakak cukup la suka mengutipnya. Siap duduk kat situ. Org dah jalan jauh ke depan dia masih lah nak mengutip batu tu. Kami terus sahaja ke bahagian water fountain dia. Memang cantik lah tempat ni. Seperti entry aku yg dulu, kat sini la si John Terry tu buat majlis kawin dia.


    Ni kat water fountain dia, dengan pokok di potong2 berbentuk maze. Cantik jugak.
    Dari sini kami terus ke rose garden pula, bunga adalah sediikit tapi tak sepenuh seperti yg penah datang dulu. Sekejap saja kat situ dan kemudian terus amik train ke pleasure garden. Pleasure garden dia punya rose lagi menarik lah. Ada juga dia buat macam rows of lavender tapi masih belum berbunga lagi. So instead of purple, hijau sahaja, huhuhuuu.


    Gambar Bogel I: Nampak tak? Yg kat dinding tuuu, hehehee... Ini kat Italia Garden kalau tak silap aku... kalau silap tu, nasib arrr...
    Gambar Bogel II: Ada berani pose camtu? Ada berani!!? Kak chik ngan kak cho tengah menghirup aroma di taman rose...

    Mummy tak lepas peluang bergambar ngan rose.
    Kat sini jugak ada butterfly house. Tapi tak lah semeriah yg hat kat penang tu. Buleh la nampak butterfly nya dan yg bess ada bunga kebangsaan kita lah, bunga raya. Dalam butterfly house ni dia buat cuaca yg panas sedikit, macam suhu di hutan hujan khatulistiwa pulak... ahak!


    Keretapi dah mai, jom pi pleasure garden...


    Bunga Kebangsaan ku... dan salah satu rerama yg ada kat situ... camourflage dak?
    Dari sini baru lah kami pecut ke Bourton-on-the-Water. Cuaca panas tapi bila angin tiup sejuk! Kepala aku pun sakit dan mengantuk sangat rasanya. Untuk menghilangkan itu, terus kitorang lunch dahulu dan pekena secawan kopi yg hitam pekat likat melekat tapi kalau tak de gula takde makna!!! hehehe... Itu kata Mas-ud al- Buaya! Korang kenal dak Mas-ud al-Buaya ni? hmmm... nampak sangat la korang ni muda belia... Kak Cho menggigil sejuk, so aku suh pi beli sweater yg murah2 dulu buat pakai sementara waktu, tetiba dia & kak chik terus hilang. Ntah ke mana peginya dua beradik tu. Bila dah jumpa balik, tu dia beg plastik penuh souvenir kat tangan. Terus hilang sejuk! Sweater tak beli pon, huhuhuuuu...


    Tak paham lah aku ngan mat salleh ni, pantang ada matahari mesti nak baring2, apa yg besnya ntah, hehehee...
    Kalau ke mari try lah jaket potato kat Garden Cafe dia, reganya mughah ja. Kalau kat tempat lain kadang2 bess kadang2 tak bess, tapi kat sini memang bess. Tuna ngan mayo dia elok dia gaul sebati, moist sahaja... lazat! Bab makan serah kat aku, walau pun aku ni tengah diet diet kucing miow miow, ahak!

    Sejukkk ooo air sungai ni... mau mandi mau? Ada berani?

    Aku ngan kak chik je berani masuk dlm ni....

    Ingat lagi bangunan belakang tu? Skrg time kak cho ngan kak chik pulak posing...
    Dah sudah tu kitorang pun chiow lah. Memang sebenarnya tak plan langsung nak ke Oxford, tapi beberapa hari sudah Sky TV kat sini ada tayang cerita Harry Porter dan kami melayan cerita tu sampai jauh malam, tergerak lah hati nak tunjukkan dema salah satu tempat penggambarannya. Tu yg dgn tak sengaja melencong terus tu. Lagi pulak Oxford ni memang letaknya on da way nak balik ke London pun.
    Bangunan apa ntah ni kat bandar Oxford...

    Yg belakang belah kanan tu la tempat penggambaran Harry Porter...
    Ni pon tatau bangunan apa. Nampak cam bess je, terus tangkap gambo. Dah letih tak larat nak carik info nya.
    Kak Cho & kak Chik pun la ni dah balik semula ke mesia. Harapnya dah cukup bergumbira di sini. Bawalah memori yg indah2 saja dan yg pahit kalau ada tinggalkan kat London ni. Sekarang ni time untuk tumpukan semula pada pelajaran, and thus we wish you all the bess and may you both graduate with 1st class degree... InsyaAllah.
    .
    Salam.
    .
    **** ** ****

    6 Comments:

    Blogger afid said...

    itu half naked sajork tu..yg betul2 naked xde ker..wakakakaka...lariikkss

    6/24/2008 4:35 am  
    Blogger indera kencana said...

    Siapakah Mat Salleh yang suka baring-baring tu..?? Takdak pon... Yang ada orang melayu tengah pegang anak ada la... (perasan jadik Mat Salleh la tu... hihihihi)

    Aku dah abih marathon Harry Potter dari The Sorceror's Stone sampai le The Order of The Phoenix... Fuhhhh... dalam demam-demam aku khatam Harry Potter akhirnya...

    EXPECTO PATRONUS!!!!

    6/24/2008 10:51 am  
    Blogger asr said...

    Afid: Ayo, hat yg tu ko kena mintak Mili! Haaaa, skrg mana mau lari??? hahahaaa...

    Indera Kencana: Eh tadak ya? alamakkk, silap gambar laaa... ahak, ahak...

    6/24/2008 1:09 pm  
    Blogger afid said...

    ahahaha..dush!dush!

    6/25/2008 2:02 am  
    Anonymous Anonymous said...

    Alamak siap bg amaran ada gambar bogel lagi tu....bdk kecil tak leh tgk ni...hehehehe... - mar BCN

    6/25/2008 8:35 am  
    Blogger asr said...

    Afid: Ahak!

    Mar Bcn: Hahahaaa, Saja nak kasi nampak sensasi...

    6/25/2008 2:33 pm  

    Post a Comment

    << Home