Bila Aku Masuk Dapur
AKU ni sejak kawin jaghang jaghang dan kaddang kaddang aje masuk ke dapur, sebab aku bukannya minat masak memasak ni walaupun dari pandangan mata kasar sesetengah orang yg aku ni macam suka memasak. Kalau makan tu tok sah cakap lah... bila pi rumah orang, maka datanglah sifat pemalu & penyegan aku ni, ahak, tapi dalam tengah borak2 tu sempat pulak tangan mencedok nasik tambah, hahahaaa... camna tu???
Sebelum cerita lebih lanjut, jom tengok gambo masa mengantar kak cho & kak chik balik hari tu. Sekarang ni Departure Terminal yg kat Terminal 3 dah baru, dah luas dan lebih cantik. Ada tempat menunggu dan kat situ juga org merokok boleh melepaskan asap. Bab yg ni je yg ada kureeenggg sikit, huh!
2 kotak tu tak lepas, excess baggage... tapi nasib boleh bawak as hand luggage. Lega.
Kak Cho & kak Chik dah masuk dalam. Ruang luar ni bila malam lampu dia yg kaler purple tu menjadi kan suasananya berbeza, cungg pulak.
Kak Cho & kak Chik dah masuk dalam. Ruang luar ni bila malam lampu dia yg kaler purple tu menjadi kan suasananya berbeza, cungg pulak.
Oke... kembali kita pada topik kita kali ni. Memandangkan satu hari tu mummy fening, jadik aku pun amik alih tugas untuk ke dapur. Episod ini berlaku di suatu senja yang indah tatkala lembayung jingga masih menyala2 di kaki langit. Tu dia mukadimah! Tak yah lah bersastera, terus saja lah ke main point ya. Amaran: Kalau air liur meleleh, sila amik tisu lap sendiri, hahahaaa... So first and foremost, mari kita menyelongkar bahan bahan nya... ceng ceng ceng...
Bahannya kita mulakan dengan cili merah dan timun. Di potong mengikut kemahiran sendiri. Kalau timun tu korang nak buat shape star pun boleh, bukan ada beza pun rasanya nanti.
Bahan yang seterus nya... pokok bunga! Apa ko dah giler nak makan bunga??? hahahaa... cuba teka, sapa punya dialog ni? Itu dialog mak dara dalam itu cerita Kassim Selamat daaa. Sudah lupa ka??? hahaa... Bukan!!! Bukan pokok bunga ataupun tisu tandas menjadi bahan kita yg seterusnya ya... tapi itu yg dalam bekas itu lah. Ya... tulur... tulur lah. Amik berapa bijik yg korang suka. Sukati. Takde sukatan2. Di cuci kemudian di rebus. Buang kulitnya pastu potong bulat2 boleh, potong segi2 buleh... ikutlah kreativiti memasing. Takmo buh langsung pun takpe.. tak jadi hal lah. Senang kan?
Dan... ini bahan yg paling utama. Cekodok pagi tadik yg tak habis. Make sure belum basi. La ni dengan kenaikan harga minyak, harga barang2, kita kena berjimat. Kena recycle apa2 bahan yg boleh dipakai. Apa kata menteri2 kita la ni... ubah gaya hidup?? hari hari lah kita makan cekodok ya, murah. Tepung ngan air je pastu campur garam sikit, kalau ada extra bajet bleh tambah kunyit, huhuhuuu... Kalau minyak masak habis, kita tepek terus dalam kuali jadi ketepek, ayo, jgn la sampai camtu sekali, sedih siot... Oke, oke kembali pada resepi istimewa kita ni, cekodok tu pun potong kasi kecik sikit. Macam tadik lah, sukati nak potong camna pun, tak kisah. Kalau korang ada bahan lain cam togeh ke tauhu ke boleh tambah. Apa apa benda terpikir pun boleh tambah. Tak usah risau sebab sendiri yg nak makan kan? peduli apa?
Pastu masaklah kuah kacang. Kuah kacang ni, paste dia dibekalkan oleh orang Ipoh, kuah pecal sebenarnya. Tapi boleh saja di modify mengikut kreaviti sendiri. Asalkan ada rasa sudah ler... Lepas tu masukkan semua benda alah tadik tu dalam mangkuk, tuangkan kuah kacang dan gaul bagi sama rata... maka siap lah... apa yg siap??? ceng ceng ceng....
Nampak ni??? Lazat dan mengiurkan... yummm yummm. Iskkk, kan dah terliuq...? Mau rasa ka? dah bagi resepi dah tadik... nanti senang2 buat sendiri ya, hahahahaaa...
Adik pun nak try... tok sah lah adik, ni pedass ni...
Adik makan oreo ya, sat gi makan bubur... Kakak kalau benda benda yg nampak pelik sikit memang dia tak mau. So dia pun join adik makan oreo sahaja...
Begitulah ya cara cara nak buat pasemboq segera. Kalau ada banyak bahan tentu lebih mengancam, siap boleh mengaum aummm auummmm bila telan, hahahaa... oke lah, baik aku chiow dulu sebelum lagi teruk aku merapu.
.Salamaaaat!
.
**** ** ****
6 Comments:
Lina fenink..??
Ko bagi makan aper sampai pening?
Baik ko bawak check doktor..
Mana tau kot Haziq nak dapat adik pulak ke...??
Kan adik kan? kan? kan?
:)
x tau nak komen apa..tapi nak tulis jugak..hahahahhaa..
kem salam sama kak lina..
tu dia... idea yang bagus untuk ubah cara hidup! lepas ni rumah aku ada minyak, tepung, garam, gula je... senang citer.. hahaha!
awat tak suap sekali orang yang penin tu? sebenarnya dia penin nak masak apa je tu.. tu sebab ko yang kena masak kan...
wei... ada tsunami jadi kat malaysia...
hehehehe....chef wan pn kalah..
bab recycle tu yg mahel tu...
balik msia nanti c.og blanja pasembur mamak kain slampit sure nbila suka...hahaha
Teh O Ais: Belum ada rezeki lagi untuk yg itu. Yg ada ni pun dah bersyukur banyak2. Alhamdulillah... :)
Afid: Tulis la... ni memang tempat conteng2 pun, ahak.
Suealeen: Kalau kat mesia bila fening, bleh gak cabut ke pasar mlm kan? :) ahak. Bab tsunami tu, nampaknya pemimpin kita sibuk buka pekung org itu ini, pertahankan diri sendiri, tanpa di sedari isu beban kenaikan rega barang, isu utama untuk membela hak rakyat secara tak sengaja terus ke samping. Moga2lah Allah tak lupa kita & negara kita. Amin.
C.og: Chef Wan tu dlm tv je nampak sedap... rasa belum tentu, hahahahaaa... pasembur mamak kain slampit??? Wujud ke kedai tu? Tang mana? bess ka??? kelakar je bunyi nya, kih kih kih!
:)
Post a Comment
<< Home