• Thursday, July 10, 2008

    Hujan: Mana Mau Pigi Daaa...?

    LETIH rasanya membaca kisah politik di Tanah Air. Pun begitu setiap hari aku selak selak juga beritanya, walau jelik bagaimana pun, serba sedikit kena kita ambik tahu. Cuma harapnya kerajaan tidak menjadikan berita sensasi dan hangat2 itu sebagai benteng untuk mengaburi minda rakyat dari isu kenaikan harga barang yang rakus mengoyak rabakkan poket & mengurus kempiskan perut mereka. Janganlah disesak dan diasak pula masalah peribadi para pemimpin dengan menghunjamkan fitnah di kanan kiri hasil dari busuk hati dan dengki yang tak terperi. Marilah kembali fokus kepada perjuangan dan pembelaan nasib agama, bangsa dan negara. Di samping itu jangan kita putus berdoa kepada Allah Rabbul Alamin agar mengeluarkan kita dari kemelut yang tiada untungnya ini. InsyaAllah. Amin.


    Ramai org kat Picaddily Circus... Kusangka cerah hingga ke petang, ruypanya ... (sambung sendiri... ahak!)
    Okelah... lama juga tak update blog ini. Kat sini la ni semedang hujan. So memang kami tak ke mana sangat. Pun begitu kami ada menerima tetamu dari Malaysia, Cik Roziyatulshima Zamil, yang datang berkursus di sini dan alang2 berkursus dia pun sambung cutinya untuk menikmati angin London. Malangnya aku agak busy dan tak dapat nak membawa dia berjalan2 sakan. Lebih malang lagi bila dia terpelecok dan kaki terseliuh. So sepanjang berada di London ini tempat yang paling banyak dia lawati adalah ruang tamu, dapur dan bilik di rumah kami saja, huhuhuuu... cian.

    Alahai, lepak rumah saja ya... ahak.

    Oh tidakkk!!! Sakit sakit kaki pun sanggup bershopping ke Picadilly Circus tu... kaki je sakit, semangat tak sakit!
    Dalam sakit2 kaki tu takkan nak dok rumah sahaja. Memandangkan Shima sungguh teruja nak ke Petticoat Lane, so kami bawalah. Sebenarnya kami sendiri pun tak pernah sampai ke mari. Ramai dah yang kata kalau nak beli jaket kulit atau souvenir yang murah2 memang patut datang ke sini. Jadinya kami pun amiklah tube dari Queensway station dan turun kat Liverpool Street station. Petticoat Lane ni macam Petaling Street atau masjid India lah. Panjang juga jalannya dan memang ramai orang. Macam-macam ada. Kami memang takde plan nak membeli apa, cuma kami dok pekena ais krim 2 round kat sini. Yummy...


    Pekena aiskrim biru di Petticoat Lane... rasanya macam bubble gum, kakak tido sepanjang hari kat petticoat lane ini.

    Bergambar sebelum Auntie Shima balik ke Mesia...
    Pada hari yang lainnya kami plan nak jalan2 ke luar London, sian kakak dan adik terperap di rumah, tapi ramalan cuaca pulak kata hujan sampai ke petang. Akhir sekali terpaksalah kami cari tempat yang berbumbung. Selepas diskus, mummy bagi suggestion untuk ke Swindon sahaja. Sales pun dah bermula di England ni... sediakan duit atau credit card sahaja tapi bajet pulak takde untuk shopping2 ni, camna??? Itu lah payahnya kalau tetiba terpaksa tukar plan. Bila dah pegi tempat camni, paham-paham sajalah, nak tak nak sepound dua mesti habis juga...
    Kat mana ni? Cantikkan pemandangan dia?... ku lihat hijau, lalalallaa...
    Jalan elok elok & hati hati, kat sini banyak tumpuk-tumpuk taik kuda!
    Masa nak chiow dari Swindon cuaca cantik pulak. Sebenarnya Mozak memang dah ada kat Swindon ni dan diorang plan nak ke Whitehorse Hill selepas tu. Memandangkan kami takde plan apa2, kami ngekor je lah. Pemandangan dari atas bukit ni lawa juga, Whitehorse yang di maksudkan boleh dilihat tapi tak berapa cantik angle untuk kami bergambar. Nampak pulak ada sekandang biri2, badan putih kepala hitam. Ingat nak bergambar, baru nak menuju ke situ, hujan pulak turun lagi dgn tak semena-mena. Terpaksalah kami bergegas semula ke kereta. Lepas tu apa lagi... cha alif but la... so itu lah dia nya.
    Uik, mozak, sapa tangkap gambar sapa ni...
    Tetiba hujan... kat atas bukit belah kanan tu nampak tak ada macam garisan putih membentuk kuda... itu lah dia di panggil whitehorse hill...

    Wokeh lah ya... you guys take care, oke. Jgn spekulasi banyak sangat. Cantik2 kan wajah dan pekerti... bedak tu lebihkan sikit. Ahak. Aku chiow dulu. Jumpa lagi.
    .
    Pappaaaiiiii.....
    .
    **** ** ****

    6 Comments:

    Blogger afid said...

    ingatkan dia nak duk tayang entry masak pasembor segera tu jek..wakakakakaka..:)

    7/10/2008 10:33 am  
    Anonymous Anonymous said...

    Weeeiiii bang,
    Tak semena-mena hp aku terdail nomor ko pagi ni gara-gara aku lupa nak lock keypad... Aiyaaa, kalu aku ganggu ko tido, sowwy la ye!!

    Aku suka gambor mozak tgh pegang kamera tu. Tingat pada Shin Chan yang menang pertandingan amik gambar yang menghantor gambar guru besarnya (banduan penjara) yang sedang mengambik gambar. (Pening kan?). Tajuk gambar itu ialah "Gambar orang sedang menangkap gambar diambil oleh orang lain". Menang dia first prize.

    Kira ko ambik gambar Mozak masa dia tgh amik gambor tu pon boleh menang first prize jugak tu..

    7/11/2008 3:05 am  
    Blogger Sue.Aleen said...

    wei.. boleh tukaq tagline ni.. bila mai sini ja ceghita bab berjalan... seb baik la tak tunjuk makan2.. boleh buat tagline jalan2 cari makan kalo tidak!

    7/11/2008 11:31 am  
    Blogger asr said...

    afid: Memula ingat nak buat camtu, biar ko tengok sampai kenyang, wakakakakaaa...

    Teh o ais: Semua gambo yg aku amik memang always 1st prize/class quality! Ayo, angkat bakul!!! ahak. ahak.

    Suealeen: Tujuan asal blog ni mmg utk tulis tmpt2 yg dilawati, sbb balik nanti tak mungkin ingat nama2tmpt tu semua... Tag jln2 cari makan boleh juga... makan angin, hehehee...

    7/14/2008 4:00 pm  
    Blogger afid said...

    update-update..sila update.:p

    7/18/2008 6:24 am  
    Blogger asr said...

    Ya la.. aku update la ni... esok pagi ko tengok ya, ahak!

    7/18/2008 3:26 pm  

    Post a Comment

    << Home