• Thursday, October 09, 2008

    Syawal 2008: Rumah Terbuka

    BEBERAPA hari lepas, aku balik dari kerja, buka buka pintu ja, kakak terus jerit jerit: Daddy!! Daddy!! I got this!! Suka benar dia... Aku pun pelik... This is for kakak. Sambungnya lagi dalam nada yang pelat pelat... aku pun jenguk lah, apa yg excited sangat tu... rupa rupanya ada kad raya dari sepupu sepapat di Ipoh untuk dia dan haziq. Tersengeh-sengeh. Got flowers, got candles... tambahnya pula sambil tunjuk pada gambar pelita. Nak baca tak reti tapi excitednya tak habis, hahahaaa. So on behalf of Nabila & Haziq, tengkiu sesangat kepada yg mengirimkan kad tersebut, suka betul dia!
    Yeay, I am so excited... tengkiu.

    So korang amacam? Baju raya muat lagi, ke dah tetas? hahahaaa... Sebulan menahan lapar & dahaga, sebulan pula menghadiri rumah terbuka ya. Itulah nikmat Syawal... amalan bersedekah berterusan dengan ikatan silaturrahim yang semakin tebal. Alhamdulillah. Cuma time makan tu ingat ingat lah sikit, jangan main pulun je seboleh rasa. Jangan di ikut kan kata tembolok. Biar berpada-pada... tu dia... pesanan khidmat masyarakat. Ahak.

    Daddy, Nabila dan Haziq di raya yg kedua...
    Kat sini amalan begini memang meriah. Bagi aku lah, wujudnya konsep rumah terbuka ni untuk memudahkan tuan rumah. Buat saja rumah terbuka, dalam masa satu hari layan semua orang sekali gus. Tapi dalam keadaan begini tak boleh lah nak beramasss mesra dengan tuan rumah, hahahaaa... sebab tuan rumah bz sesangat. Nak tak nak, kena lah para tetamu beramasss mesra dengan tetamu lain yang ada kalanya ntah sapa sapa ntah. Tak kenal pon. Maka bila direnung, aku pun tertanya sendiri, tercapaikah matlamat rumah terbuka ni ya?
    Amboi sukanya... apa lah topik hangat dan hangit yg di borakkan tu???
    Bebaru ni kami buat sedikit jamuan raya (tak layak di panggil rumah terbuka) tetamu yang datang tak lah ramai mana, tapi tetap tak dapat nak betul2 bertanya khabar. Sibuk salam org ini dan itu dan cuma sempat tanya: dah makan ke? tambah lah lagi... thanks for coming... dan beberapa lagi ayat standard. Lain benar dengan konsep beraya zaman dulu... orang datang ke rumah dan kemudian kita akan dok berdepan dengan tetamu. Menghidang dan menjamu kuih raya, lemang, rendang dan menjamahnya bersama. Bertanya khabar bertukar cerita dan berita. Konsepnya lebih ekslusif. Tak de lah kita ke hulu hilir sepanjang masa dan membiarkan tetamu pandai pandai sendiri melayan diri selepas bersalaman tadi. Kalau rumah terbuka yang ramai sangat tetamu tu, entah entah ada yang balik tanpa bersalam pun sebab tak jumpa tuan rumah yang dah hilang entah ke mana. Lesap di celah2 orang ramai. Tak elok lah begitu, sebaiknya sebelum balik cari jugalah tuan rumah itu ya.
    Juadah raya yg sempat mummy sediakan untuk para tetamu...
    Apa pun zaman dah berubah, rumah terbuka dah menjadi tradisi. Hendak tak hendak kita kena terima perubahan ini. Cuma di Syawal ini kenalah kita mengikhlaskan hati. Kalau pegi rumah terbuka tu biar ikhlas, jangan ada sebab tersirat. Niat nak mengampu paling jangan. Meluat betul aku kalau ada orang yang berperangai begini. Ada terjadi si polan tak dapat beraya pulang ke kampung sebab 1st day raya kena pi open house rumah seorang YB ini. Hish, apa pulak begitu? Sepatutnya di pagi Syawal bersalam & bermaafanlah dengan ibu bapa dan insan insan yang paling dekat ikatannya dengan kita. Lain lah kalau memang kena bekerja, ini setakat rumah terbuka. Pandanglah keliling kita, memang perkara ini banyak terjadi, tak dapat nak di nafi. Mengapa sampai jadi begitu ya? Tetamu kena ikhlaskan hati, tuan rumah apa tah lagi. Itu yang kadang kadang meluat juga bila mendengar angin yang menderu datang berbisik di tebing telinga menyampaikan cerita sipolan bin sipolan berkata: Eh, rumah tu kita kena pergi... kena register muka! Ayo??? Ini hari raya lah beb, dan open house bukan lah sesuatu yang mandatori... sebetulnya jika ada jemputan, semampu habis perlu di penuhi tapi jangan lah sampai tujuan nya menyimpang hala.
    2 kali kami beraya di rumah Sue & Mozak, tq 4 da invitation... nyum nyum!
    Setelah 13 tahun tak bertemu dengan rakan A-level aku, Seme (yg baju merah), Syawal menemukan kami di rumah Mozak.
    Marilah kita bersama menyucikan diri & ikhlaskan hati, apatah lagi di bulan kemenangan ini. Satu lagi, tuan rumah yang buat rumah terbuka tu adakalanya tak kenal pun semua tetamu nya, pada hal memang dia yang menjemput, hahahaaa. Takpa, memang itu dah biasa apatah lagi bila senarai tetamu pun orang lain yang sediakan. Cumanya bila bersalaman tu seeloknya tentang lah mata tetamu kamu. Bermanis senyuman, jangan lah nampak tergesa-gesa dan seakan sambil lewa. Ini, tangan hulur ke mari, mata menonong ke lain. Isk isk isk, tak elok begitu... Tidakkah malang bagi tuan empunya rumah terbuka yang akhirnya di caci oleh tetamu sendiri? Nauzubillah, mintak jauh!
    Jamuan raya di rumah kami di Syawal yg ke-3... makan lah ya...
    Adik dan kawan-kawan bermain di bilik belakang...
    Uik, apsal lain macam je bunyi entry kali ni??? Hahahaaa... saja ja nak meluahkan sesuatu yang sudah lama aku perati kan. Juga perkhabaran yang sering sampai ke telinga aku ni walaupun Alhamdulillah perkara2 sebegitu tidak terkena kepada kami. Mintak jauh lah. Kenapalah tabiat itu seakan tak dapat lekang pada sesetengah orang setelah jenuh hati dan jiwa digilap dan diasuh untuk bersinar bersih sepanjang sebulan Ramadhan yg lalu? Kalau ada yang terkena kat batang hidung sendiri, fikir2kan lah kembali. Mudah mudahan kita semua mendapat restu Ilahi dalam setiap gerak dan geri. Bukan apa, aku harap Open House itu boleh memberikan lebih erti bukan sekadar sebuah tradisi. Dan... satu lagi aku nak pesan... yg ini PENTING: Jangan lah pulak korang delete nama aku dlm senarai open house korang lepas ni. Hahahaaaaaa...

    Ya AMPON!

    **** ** ****

    5 Comments:

    Blogger afid said...

    ahahhaa..takut kene boikot..melezer lagik!tapi betul la..:)

    10/10/2008 3:44 am  
    Blogger indera kencana said...

    Tahun nie memory card ko tak ilang? Hahahahaha... kalo ilang, cuba tengok bawah katil ke, bawah sofa tempat duduk ke.. hahahahaha

    10/10/2008 3:56 am  
    Blogger indera kencana said...

    Sedapnya juadah tu...
    Teh O Ais takde ke?

    10/10/2008 3:57 am  
    Blogger mamalisa said...

    SALAM AIDILFITRI..

    meriahnya org diperantauan beraya..ingat-ingat kami di sini yer.

    10/10/2008 4:29 am  
    Blogger asr said...

    Afid: Kebenaran itu adakalanya pahit! Falsafah skit, ahak. Ko tak bukak rumah ka?

    Indera: Bawah katil bawah sofa la ni dah sumbat benda lain... ayo! Apa dia? Ada laaa... Teh O Ais ada, tapi kena bancuh sendiri, hahahaa.

    Mamalisa: Orang sana pun ingat kami sama ya... :P

    10/14/2008 4:55 pm  

    Post a Comment

    << Home