Snippets, ala ala Tun M!
1. MASA hari Deepavali tu kami bawa kakak dan adik naik bas. Seronok kakak dan sungguhlah bising mulutnya dalam bas. Dah tu kami turun kat Oxford Street sebab nak pegi Primark. Ingatkan orang tak ramai sebab time opis hour kan, rupanya sangkaan kami meleset. Punya lah berjela dia punya Q nak bayar. Masa tengah Q tu aku tergelak sebab tetiba kakak cakap: Daddy, so many orangs.... hahahahaa... kakak kompius mana bahasa Mesia, mana bahasa Inggeris. Dia main bantai ja.. siap ada 's' tu menunjukkan plural, hahahaaa... lawak lah kakak ni.
2. SATU petang tu kami ke Kesington Garden. Sepanjang dok sini tak penah sampai. Padahal bukan jauh mana. Jalan kaki je. Kat sini banyak tupai dan burung merpati. Kakak dan adik terkejar2 binatang tu. Kakak pulak bermurah hati menghulurkan snack bar dia pada squirrel kat situ. Isk isk isk... Bila habis nanti dia mintak lagi pastu cakap: last, ok? Aku pun bagi tapi bila dah habis mintak lagi dan cakap lagi: last, ok? berapa kali punya last daaaa... adalah dekat 4-5 kali punya last. Last last habis snack bar dia untuk squirrel dan merpati tu saja. Rugi, rugi... Len kali kena bawak roti, mughah sikit!
Adik syok dapat lepas dr stroller dia. Mummy di dpn patung Queen Victoria di Kesington Garden.
3. ROUND pond dah kembali meriah dengan burung2 merpati, itik, swan, seagull dan burung kecik2 yg ntah apa speciesnya aku tak tahu. Dari jauh adik dah berlari lari: duck.. duckkk... kata adik. Ya adik la ni dah dapat beberapa perkataan. Antaranya duck, bird, car, nose dan yang paling bess sekali uunnn.... unnn tu maksudnya turun. Bila nak turun dr high chair, dia akan cakap unnn tu... tapi bila nak naik pun dia sebut unnn jugak. Isk, kompius daddy. Ramai juga org yg bw roti bagi burung2 tu makan. Kami datang mengambil kesempatan ja dan melayan kerenah kakak dan adik di situ.
4. KAKAK la ni kalau suh bergambar, dia pulak yang nak menangkapnya. So masa kat Hyde Park tu aku kasi la kakak tangkap gambar kami. Wah, surprise jugak aku dgn kebolehan kakak memfokus kami bertiga masuk dalam kamera tu. Ada talent jadi photographer tu. Tapi kalau tanya kakak, when you grow up what you want to be? Dia akan jawab, i want to be a doctor! cheewah, hehehee... tapi sebenarnya itu hajat daddynya yang tak kesampaian, gara gara kemaruk nak gi obersea, org offer Chemistry pun sebat aja! Ahak. Kalau betul nanti kakak nak jadi doktor, daddy syukur sangat2 tapi biar lah dia tentukan bidang yang dia betul2 gemari. Moga berjaya anak anak daddy & mummy ni. Di dunia apatah lagi di akhirat. Amin.
5. MUSIM gugur baru menampakkan dirinya. Walaupun sekarang ni dah patutnya winter tapi sana sini masih banyak yg hijau. Jam pun dah bertukar, so sekarang time difference Malaysia-UK 8 jam ya. Tunggu hujung bulan 3 ke 4 nanti kita tukar balik. Daun daun kat pokok masih banyak yang utuh di dahan tapi dah ada juga yang senggol-senggolan, bogel-bogelan. Ops... pokok yg bogel, takpa... ahak. Semakin hari semakin banyak yang bertukar warna, kuning, merah dan perang keemasan. Cantik. Kemudian gugur menjadi permaidani di jalanan. Nanti bila tiba musim bunga, kembali lah dedaun yg baru menghiasi dahan2 dan ranting2 yang dingin. Apasal bahasa bunga2 ni? Hentam saja lah labuuu... hahahaaa...
Pohon ni dah hampir gugur kesemua daunnya... Layu tak bermaya... ewah!
6. PENGHUJUNG Syawal masih lagi menggamit kami ke rumah terbuka. Alhamdulillah. Semakin hari semakin bertambah beratku ini. Ahak. Takpa... bebaru ni aku terjumpa satu advertisement tentang sweat vest di dalam satu majalah. Katanya dengan memakai sweat vest semasa melakukan aktiviti senaman kita boleh menghilangkan berat badan as much as 2lb dalam satu sessi latihan. Mau cuba? mau? Kalau mau sila lah ke http://www.sweatzsportz.com/ , cit aku kasi promosi percuma je ni. Cam rasa teruja ja nak mencuba. Kot kot menjadi, nanti buleh aku cakap (sambil cekak tangan kat pinggang!): Lihat pinggangku, rampiiiing kaaaan??? ahahaaa... Diorang pun pandai, semua guna model berbadan 6 pax, ce guna org2 macam Harith Iskandar (bukan nama sebenar, hahahaaa...), untuk promosi kan benda ni, agak2 jalan tak?
7. SIAPA yang penah datang rumah kami tentu perasan sebuah kedai makan italian pizza yg kat bawah tu. Tapi la ni kedai tu dah takde, dah ditukar dengan bistro pak arab. Marhba Bistro namanya, halal. Malam malam kat situ dah rasa macam dubai pulak. Pegi Dubai pun tak penah, camna tau macam dubai? aaahhh bantai saja lah... hahahaa... pompuan, laki arab semuanya berkumpul sedut shisha. Apa yang sedapnya, ntah? Yang pakai purdah pun ada hisap tu... wa caya la lu beb. Ayo! Tapi bahagian dalam dia ada dia buat macam restoran. Satu hari tu kami pi bukak posa-6 kat situ. Try la, masakan dia not bad... bila dah masuk rope rope-nya, kedai ni berkonsepkan morocco daa... Aku try Chicken apa ntah dan mummy try couscous, kakak try home made chocolate ice cream dan adik tido dlm stroller. Cakap pasal posa 6 ni memang terasa sedih... sebab tersilap percaturan, aku sempat posa 5 ja! huhuhuuu....
8. BUAT pertama kalinya aku menghadiri majlis marhaban dan cukur jambul di UK ni. Riz lah yang mengingatkan aku untuk hadir ke majlis tahlil khamis malam jumaat yg lazim di buat di surau MSD. Kali ni special sikit siap ada berzanji dan marhaban. Hj. Zainal mengepalai majlis berzanji tu, sedap lenggoknya. Yg kelakarnya bila bapak baby tu bawak baby tu kat aku, aku pun tak tau nak buat apa, so aku amik bunga rampai dan sapu kat kepala baby tu. Hahaha... kelakarnya bebudak yg kat sebelah aku pakat ikut cicah bunga rampai dalam air kemudian sapu kat kepala baby tu juga. Wei... patutnya ko gunting sikit rambut baby pastu letak dalam bekas air tu. Pastu bunga rampai tu ko tabur2 lah, Yg korang pi ikut aku tu apa hal??? hahahahaaa.... lawak. Anyway, congratulation to the family & thanks to Riz yg mengirimkan aku pic bawah ni.
Aku tengah merenjis baby. Cute baby Leila di dukung daddynya, Sdr Musa, dan di perhatikan oleh grandpa nya di belakang yg berkopiah putih.
9. DAH lah... kang panjang panjang kang melawan pulak snippet Tun M! Have a nice weekend. Chiow.
**** ** ****
4 Comments:
Tak pegi posing depan pagar besar Kensington Palace tu? Sebelum balik kena snap satu family kat situ...hehehe
cik azam,
kalau kt kg saya, bunga rampai tu memang untuk sapu kat kepala baby..tapi tak tau la kampung org lain kan..hehehe
ada talent la kakak ambik gambar..daddy siap posing senggol- senggolan lagik.wakakaka
Haiiii... Azam, Azam... Macam mana la boleh sapu ngan bunga rampai je. Tingat aku masa ko cukur kepala Haziq dulu... Siap tepon cakap pasal banglo lagi. Apa jadi ngan banglo tu ek??
Su Rahim: Ye ke? Camtu kena pi lagi lah nampaknya...
Afid: Betoi la sapu ya, nasib tak suap! hahahaa... tu baru sikit senggol2an, belum tgk yg guling2an lagi... :)
Teh O Ais: Banglo tu siap dah. Canteeeek giler kau! Sekarang ni tengah siapkan laman ala2 disneyland... kena la tambah lagi 8.5 juta, berangan!
hahahaaa....
Post a Comment
<< Home