• Monday, October 20, 2008

    Birdland di BOTW

    BILA Afid bagi tau aku Shah Rukh Khan dapat gelaran datuk... aku tergelak giler giler! Wakakakaaa.... apa kejadahnya??? itu lah first impression aku. Jangan mara aaa... itu tindakan luar kawal, macam orang kena cuit terus melatah, bukan di buat buat... orang melatah tak boleh disaman kan? hahahahaaa... lawak lawak! Kalau tanya aku, kalau tanya aku lah kan... kalau lah aku di tanya kan... hehehee... aku akan cakap makcik makcik kat kampung yg ngajar bebudak ngaji alif ba ta lagi layak dapat gelaran itu... Lagi murni jasanya dari aksi hangat Shah Rukh Khan berpeluk atau berlaga hidung keliling taman/stesen kretapi dan aksi hampir2 bercium dia (filem hindustan cuma bleh hampir2 ja, baru nak cium, heroin akan lari lantas memeluk tiang lampu sambil menggigit2 kuku atau hujung kain sari. Hampeh! hehehe...).
    Di pintu masuk Birdland... kisahnya, seketika nanti!
    Datuk Shah promote Malaysia? Piiiraaah, hahahaaaaa.... baik lah bg pada officer tourism M'sia yang hari hari kerjanya menceritakan betapa cantiknya bumi Malaysia ni, hari hari suh orang pi panjat tangga A-Famosa tu. Sorri lah ya pd yg terasa... hahahahaaa... aku nak gelak lagi ni... Mera nam Datuk Shah, ingat kan Shah Iskandar ke Shahrul Nizam ke, rupanya Shah Rukh Khan, hahahaaaa... jgn marah aaaa... ahahahahaaaa... oke-oke. Dah! Jgn la buat aku pecah perut. Kasi can la aku update family diary kami minggu ni... hehehee... ini semua Afid la yg punya pasal ni, ahak.

    Di rumah terbuka Restoran Prince of Wales...

    Minggu ni, masih ada saki baki open house lagi. So di ruang yg sempit ini kami nak ucapkan thanks berbanyak ya kepada tuan rumah. Moga ada berkat dan pahala yang berganda untuk kalian. So masa hari Ahadnya pula, kami free like a bird. Takde apa apa program. So kami pun mencari arah lah ke mana nak pegi ni. Ye lah, kena lah aku cari tempat yg menarik kat England dan update blog ni, mana tau kot-kot la Queen nak bagi aku gelaran Sir, maklum lah tolong promote England! Hehehheee... tak habis lagi tu! Sori lah... lawak lawak!

    Memenuhi jemputan raya Ustaz Erfino & family...
    Bersandar, maklum lah semua dah kenyang... Alhamdulillah.

    Tapi yang bessnya, kami ingat nak breakfast kat MSD sahaja, tup tup ada pulak panggilan dari Fizan ngajak breakfast kat rumah dia. Alhamdulillah, langkah kanan ni. Terima kasih ya. Lepas dah berborak kurang lebih, kami pun bergerak. Kami plan nak ke Burton-on-the-Water (BOTW) lagi memandangkan kat situ ada Birdland yang kami belum penah masuk walaupun dah berkali kami ke sana. Tambahan pulak kami nak menyinggah ke Bicester Village menyampaikan hajat Kak Mas jiran Melah Ram yg teringin sangat nak hand bag tu.... hehehee... so kalau Kak Mas jiran Melah Ram tu baca entry yg ini, Kak Mas jiran Melah Ram boleh lah senyum meleret sebab bag yg di idam tu dah ada dalam genggaman kami. Nanti bila kami balik akan kami pass kan dengan jayanya. :)

    Kredit kepada Husna yang telah merakamkan gambar ini... tengkiu tuan rumah.

    Masa on the way ke BOTW tu kami nampak satu pemandang yang biasa sangat di England ni, iaitu ladang ladang yang sudah gondol dan hasilnya telah dituai. Kebetulan di tepi jalan tu ada pulak sikit ruang yang memboleh kan kami menyinggah. So apa lagi! Sebenarnya sudah lama aku nak bergambar dengan jerami yang diorang gulung2 dan ikat2 kan itu. Aku pun tak berapa pasti apa yang diorang buat dengan jerami ni, samaada di buat makanan kuda di musim sejuk, atau di buat atap atau di proses buat plywood, ntah lah. Ada sesetengah tu dia ikat macam kotak2, yang tu tak berapa bess, yang cam tayar steam roll tu jugak yang menarik! Sebab excited sgt, sampaikan adik terlupa nak disarungkan jaket, hahahaa... mengamok2 lah dia. Dah sudah bergambar kami teruskan perjalanan kami.

    Sian adik kesejukan... angin kuat lak tu!
    Meh tolong daddy tolak ni! Eeeyaaahhhh....

    Setakat ni memang BOTW merupakan small village yang paling aku suka di England ni. Pegi kali ni pon kami masih belum jemu bergambar. Cumanya bila dah start musim luruh ni memang lah nampak seakan kotor sebab daun yang berguguran tak mampu nak di bersihkan. Tapi itu lah menjadikan suasananya sungguh bess sekali. Masa memula on da way ke sini ada nampak signboard tulis Cotswold wild life, ingat nak menyinggah ke situ, tapi memandangkan dari rumah lagi dah bagi tahu kakak kita nak tengok bird, kami pun kansel saja lah. Lagi pun kakak dalam keta pun asyik cakap: i want to see seagull! Ada ke seagull kat birdland ni ntah?? hehehee... nasib ada...


    Borton-on-the-Water... masih mengasyikkan...
    Sungai Windrush yang sungguh dingin airnya...

    Birdland ni tak lah sebesar birdworld yang kat Farnborough yg kami dah pi dulu tu. Tapi kawasannya yg limited ini ada baiknya juga sebab kita tak lah lama sangat bertapa dalam ni. Ahak. Pun begitu cukup lah terhibur bila tengok kakak dan adik yang suka sesangat. Most of our time were spend at the Penguin land. Ada yang berenang, ada yang jalan terkedek2, ada yg menyelam, yg backstroke pun ada. Kelakar. Lebih kelakar bila tetiba dia splash air dr kolam tu, habis basah org keliling. Siot punya penguin, hahahaaaa...


    Banyak nya penguin...

    Kakak say hi to penguin...

    Kawasan penguin dia yang agak rendah ni memudahkan bebudak untuk sama enjoy menyaksikannya. So, lepaskan sahaja adik & adik akan terus ke tepi kolam tu sendiri. Pengguin2 tu pulak macam ramah, siap datang tepi dan macam cuba berinteraksi. Lapo kot... tapi para pengunjung pula tak di benarkan memberi apa apa makanan pada burung2 di situ... apo nak buat? mintak maaf sajalah ya.


    Terkekek2 adik bila penguin tu splash air...
    Mummy pun nak enterframe jugak, hahahaaa... Nampak, ada sekor tgh buat backstroke?

    Dah sudah tu kami jalan lah melihat species burung yg banyak dalam sangkar yang tidak lah aku amik perhatian untuk tahu nama nya. Sambil jalan jalan tu aku sembang2 lah dengan mummy. Bess jugak kalau kita ada camcoder kan? Beli satu nak... Beli lah, sambut mummy pulak. Sebaik kami bersembang tu, tergerak hati nak tangkap gambar family, tripod pulak tak bawak. So aku letak kamera atas beg. Beg pulak atas stroller dan kami pun berposing satu family. Lampu kamera pun berkelip2 dalam kiraan 10 saat. Yang bessnya... sebaik dia KLIK pada saat terakhir dan capture gambar kami, kamera tu terus melurut dari atas beg dan... Alamaakkkkk!!!

    Di sebalik gambar ni, ada kisah duka, huhuhuuu...

    Nampak tak Ostrich tu enterframe belakang daddy?

    Cepat cepat la aku lari nak amik kemera tu, sah lah tak dapat nak diselamatkan kan, maka jatuh lah ia ke lantai, huhuhuuu... kata orang, dia dengar kot yg kami nak beli camcoder, tu la dia merajuk tu. Oi kamera, aku bercadang je lah, belum beli lagi pon! Ahak. Nasib masih boleh berfungsi cuma dia punya zoom tu ada minor problem la ni. Calar tu mesti lah ada kan. huhuhuhu... sodih pokcik. Sodih!

    Kakak dapat bergambar ngan patung kakak tua pun jadi...
    Nama burung ni Sereima...

    Bila melintas di kawasan Ostrich, kakak teruja. Big bird.. big bird katanya menjerit2 sambil berlari seakan mengejar ostrich yang tergezut dengan suara kakak tu! hahahaa... adik, dia terpaku ja tengok big bird tu. Tapi apasal lama sangat adik berdiri tercegat tak gerak gerak ni... laaaaa.... adik erk erk rupanya! cit! Busyuuuukkkkk... Bila adik dah erk erk tu apa lagi, makin laju lah langkah kami nak menghabiskan tour birdland ini. Tup tup, nampak pulak palyground, kakak terus menjerit macam histeria dan terus berlari ke playground tu. Seronok sangat sampai anak mat salleh yang dok makan ngan parents dia pun gelak gelak sambil tunjuk2 kakak kat mak dia. Ahak.

    Suka no 2 beradik ni...

    Kakak, be careful oke...

    Selepas puas di playground tengok swan ni pula...

    Overall kami spend masa dalam 2 jam juga dalam birdland ni. Selebihnya berjalan masuk keluar kedai souvenir BOTW yang dah kami tahu apa ada dalam nya. Tapi BOTW memang ada keistimewaannya yang tersendiri. Kami dah pegi banyak village kat sini, tapi still tak jemu dengan BOTW. Kawasan dia yang tak bising, bangunan yang unik dengan sungai windrush yang mengalir di tengahnya, memang menenangkan.


    Salah satu kedai souvenir di situ...

    Orang menunggang kuda dan kereta antik pun ada di sini...
    Senang cakap, BOTW memang the best village in the UK lah. Kira kalau kat tempat kita tu, macam the best village in Malaysia tu lah, mana lagi kalau bukan.... Kampung MANJOI! ahak.

    Jangan maraaaaah....

    *Tahniah kepada Acu Amin & Acu Siti yg baru sahaja dikuniakan baby boy pada 19.10.2008. Semoga semakin dimurahkan Allah rezeki & dilimpahi barakah yang berkekalan. Amin.

    **** ** ****

    9 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    bro...
    aku punya rasa nak gelak pasai that datuk kan sampai nak buat entry pasal tu pun aku tak lalu. kalo nak kira student oversea & staff m'sia kat sana pun layak jugaklah dapat pangkat datuk sebab 'membawak' imej m'sia di mata dunia... so that balik karang tak susah jugaklah nak dapat kerja.. @ biz sebab dah berpangkat datuk... paling tidak bila dah balik boleh pulak selalu masuk telly.

    aku ada sorang kawan kat kg manjoi.. jangan tak tahu.. dedolu aku study kat ipoh... huhu!

    10/21/2008 1:41 am  
    Blogger afid said...

    ada can dapat datuk la tak lama lagi ni..hahaha..

    angkat DSLR satu la..baru syok nak menembak!huhu

    10/21/2008 3:05 am  
    Anonymous Anonymous said...

    aku pun agak confusedddd naper SRK dapat Datuk...
    paham ke dia Datuk tu mende..kekkekekek...
    ada peruntukan(duit rasanyer) tiap2bulan tuk Datuk Khan ni dak?.....pelik..pelik...aku ngan Mesia terchenta nihhhh

    10/21/2008 5:24 am  
    Blogger asr said...

    Suealeen: Datoship yg ni seakan a joke. Tak boleh nak salahkan siapa, kita sendiri merendahkan tarafnya... Kawan ko kat manjoi tu mesti bangga dengan kampung wawasan dia tu... ahak.

    Afid: DSLR tu bagak la... payah, mana nak kelek anak lagi! Ko beli la, nanti bebila perlu, aku pinjam! hahahaaa...

    Nani: Tu la... apa kata kita bubarkan Datukship ni buat setahun dua, elaun2 tu kita kasi kat penduduk miskin yg layak, tgh2 zaman gawat ni...

    :)

    10/28/2008 1:16 pm  
    Anonymous Anonymous said...

    asr..motiflah sgt... tulisan makin lama makin kecik...ke skrin lappy aku jer ni..


    dbi

    10/28/2008 7:11 pm  
    Blogger asr said...

    dbi: Skrin lappy ko tu, cuba gi view - text size - largest. Haaa... beso la jadinya. Motif?

    10/29/2008 12:18 pm  
    Blogger Siti Khuzaimah said...

    salam kenal, agree with u...nape ler bg gelaran 'datuk' tu kat pelakon luar, ramai lagi org dlm Msia, org luar Msia jugak yg disanjung...hmmmm

    cantik ur blog ni...esp the bachground...sejuk mata memandang..err u kat mana yer? england ker? Masuk ur blog ni dari another blog tp tak ingat blog sape...hehehhe

    10/30/2008 4:18 am  
    Blogger zulsa @ Ahmad Faizul Bakti said...

    Assalamualaikum...

    Bab SRK dapat datuk.. saya setuju ngan kalian.. memang tak patut. kenapa tak Sean Connery kee.. dia lagi promo Kuala Lumpur (KLCC) dan sungai melaka .. rasanya lagi besar sumbangan dia.

    hahaha.. bab font tu.. saya pun terima nasib yg sama. makan lama makin kecil.. mungkin masalah explorer yg kami pakai. coz saya pakai FireFox.

    satu lagi, thanks kerana masukan blog saya dalam listing blog awak.

    10/30/2008 4:35 am  
    Blogger asr said...

    Siti Khuzaimah: Salam. Ya buat masa ni kami di England. Nice to see u here, tks 4 coming... :)

    Zulsa: Dah 3-4 org tegur pasal font tu. Tak tahu lah, aku tgk sama ja. Susah nak explain, aku bab2 komputer ni tak berapa celik, ahak...

    10/31/2008 9:46 am  

    Post a Comment

    << Home