• Wednesday, October 15, 2008

    Syawal 2008: Lagi Cerita Raya

    Baju raya korang dah campak mana? Kami masih pakai lagi, maklumlah raya sebulan kan? Hahahaa... Sana sini bila datang ja hujung minggu semua pakat membuat rumah terbuka. Jadi hujung minggu tak perlu lah mummy nak berasap dapur. Seronok dapat berjumpa dan melihat wajah manis orang ramai. Semuanya berpakaian indah, bulan kemenangan terus di raikan. Kali ni ada entry 2 dalam 1, kita mula kan dengan cerita ini dulu:

    I. OPEN HOUSE RAYA LAGI...

    Adik & kakak bersedia untuk beraya lagi... dah berapa Syawal dah ni?
    So masa raya ke berapa aku tak ingat kami sekeluarga memulakan langkah memenuhi jemputan rumah terbuka Asaraf, bos CIMB kat sini. Memanglah meriahnya rumah Asaraf ni, aku dok pulun sate lagi. Secara kebetulan dan tak sengaja mummy pun dapat bertemu dengan rakan fotopages nya. Itu lah magicnya Syawal, silaturrahim di percantum kan.

    Mummy & Haziq di open house Asaraf & Zetty...

    Mummy dengan tuan rumah, Zetty, dan pertama kali bertemu rakan fotopages, Mimi.
    Dah bersalaman dengan tuan rumah, kami pun pecut lah ke rumah Kolonel Tajri pulak. Masa ni hujan turun renyai-renyai tapi tak menghalang tetamu untuk pergi berziarah. Yang kelakarnya masa tu angin bertiup kuat dan kami terpaksa pegang khemah agar tak di terbangkan. Adakalanya suasana begini yang buat lebih kita mengingati. Sungguh lazat sekali juadah yang di sediakan. Especially laksa kelantan yang ada kuah warna putih tu... mmm something special tu. Time ni kakak tido manjang, so adik sorang lah yang berjaga dan adik sungguh sporting bila mahu di dukung uncle Adib. Jadinya lagi lah daddy bebas menjamu selera dan dapat berborak dengan tetamu yang lain.


    Meh bergambar meh... semaiiiilll....
    Bergambar dengan Kolonel Tajri dan Kak Rosnani sebelum berangkat menyerang rumah Kasubi pulak.
    Hujan masih turun lagi. Kami berkonvoi dengan Riz pergi pula ke rumah Kasubi. Mana mana sungguh meriah dengan juadah yang pelbagai. Hati geram ja nak menjamah itu ini. Tapi memandangkan sudah rumah ke 3, perut pun dah punya limited space. So cuit itu cuit ini, sedikit itu sedikit ini. Erk... Alhamdulillah.

    Mummy bergambar dgn tuan rumah, Zuraiha...

    Kakak di rumah terbuka MSD... ada bahulu ikan.
    Selain itu rumah terbuka MSD sangat sesak dengan para student yang tidak melepas peluang menjamu juadah hari raya. Tambahan pulak hujan masa tu, so semua pakat dok dalam dewan. Kami juga sempat memenuhi jemputan hari raya di rumah Zofri dan Dayang. Tapi pegi kejap ja... sebab aku ada kerja yang perlu di lunaskan. Biasalah tu kan. Yang syoknya ingatkan kami orang yang dah hujung-hujung, ropa nya kami lah tetamu terawal di rumah mereka. Sori lah tuan rumah ya, kami tak bleh lama daaa...

    Sampai2 ja rumah uncle Zofri, adik & kakak terus lena daaa...

    Kami juga menerima tetamu, En. Ehsan & Kak Za, yg sudi beraya di rumah kami...
    So kat sini kami nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang sudi menjemput kami. Dan juga maaf di pinta terhadap beberapa jemputan yang tak dapat nak kami penuhi. Moga rumah terbuka yang telah kalian jalankan berjaya dan mendapat rahmat dari Allah. Amin.

    II. AIDILFITRI BERSAMA PELAJAR TAJAAN FELDA
    Tahun ini buat pertama kalinya FELDA menghantar student mereka yang agak ramai ke UK & Ireland ~ ada 33 orang semuanya. Aku pula diminta untuk menganjurkan satu majlis untuk student2 mereka di sini. Apatah lagi student student ini tiba di UK beberapa hari sebelum hari raya. Sudah tentu kerinduan pada ibu bapa, sanak saudara dan rakan taulan di tanah air sangat terasa. Jadi untuk mengurangkan rasa terasing di bumi UK ini aku pun bersetuju untuk menganjurkan majlis yang serba sederhana ini. Pun begitu bagi pelajar yang agak jauh dari London ini, mereka tidak dapat hadir kerana masalah2 tertentu.
    Sempat ambik gambar family sementara tggu tetamu hadir...

    Kemudian bergambar dengan Nuzul & family pula...
    Memandangkan rumah kami sekadar sebuah flat, maka cara terbaik untuk menganjurkan majlis ini ialah dengan mencari premis yang tertentu. Kebetulan restoran Prince of Wales (POW) - Restoran Melayu Malaysia Boleh, di Kilburn itu bersetuju untuk membenarkan premis mereka digunakan untuk tujuan ini. Menu yang di sediakan pula ialah Lontong, Nasi minyak, Ayam masak merah, Dalca sayur, Jelatah, Rendang, Sate, Nasi Impit, Lemang, selection of kuih raya dan buah buahan. Alhamdulillah. Kebetulan pula Pengarah Khidmat Urusan FELDA ada disini, so majlis ini bertambah seri lah dengan kehadiran Pn Robiah Karim dan keluarga.
    Mummy merasmikan juadah raya yang pelbagai...

    Dengan pelajar dari Imperial College...
    Tetamu kami yang pertama sekali sampai ialah para pelajar dari Imperial College London. Kemudian makin ramai dan aku pun tak ingat mereka dari University yg mana. Yang paling jauh aku rasa dari Universiti Leeds. Yang dari Nottingham dan Southampton Universiti pun ada. Wan Nor Sitah dari Loughborough mengadu tak mahu balik ke Uni kerana sunyi dok sorang sorang kat sana katanya. Hahahaaa... itu lah pengorbanan namanya. Tempuh lah cabaran ini untuk mencapai status hidup yang lebih baik di masa depan. Amri dan Adam pula yang kini menuntut di University College London telah secara sukarela bertindak membantu rakan rakan di luar London untuk sampai ke restoran ini. Thanks. Qamariah dari Manchester uni dan seorang lagi pelajar terpaksa pulang awal kerana mengejar bas pukul 4.30 petang. Seronok aku tengok gelagat mereka ini. Gamat!

    Terima kasih kerana sudi datang...
    Aku tengok ramai yang serbu sate. Juadah yang lelain tu kurang sikit. Lebih meriah bila ada yang turun dengan baju kurung & berbaju melayu lengkap menghidupkan suasana Aidilfitri. Pihak restoran juga menyediakan karoake. Apa lagi, aku suruh la bebudak ni tunjuk skill diorang. Malangnya kebanyakan student sungguh malu malu kucing dan menyaksikan cuma Auni dari Universiti Leeds sahaja yang berani memperdengarkan suaranya dengan alunan lagu Kekasih Awal & Akhir dan lagu Untukmu Ibu. Orang kuat Restoran POW juga telah menyumbangkan sebuah lagu bertajuk hitam manis.

    Abang tu dah letih, pass adik ke Abang ni pulak, ahak.
    Adik, meh sini. Abang Auni dah nak balik Leeds tu...
    Kakak memula sporting pastu menjerit mengamok, adik jugak yang macho dan oke. Apa lagi bertukar2 tangan lah adik dengan student2 di situ. Para pelajar juga dapat membawa sedikit juadah pulang ke rumah/uni masing masing.
    Bersama dengan En. Nazri, En. Zaki dan family....
    Terima kasih kami ucapkan kepada para jemputan yang sudi hadir terutama kepada Pengarah MSD, En. Ahmad Nazri Sulaiman dan isteri. Juga kepada Riz yang sudi datang dengan camcodernya merakamkan sedikit sebanyak suasana sekitar majlis tersebut. Video tersebut boleh di tengok di sini haaaa....

    Inilah dia student FELDA yang ceria-ceria saja mukanya... 2 dah balik awal.
    Kami harap semua yang hadir telah bergembira dan sudah dapat melepas rindu pada sate, lemang dan rendang. Kepada para student, kami ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dan all the bess in your study. Emmm... agak agak nya kisah raya lagi ka lepas ni? hahahaaaaa....

    Jumpa lagi...


    **** ** ****

    5 Comments:

    Anonymous teh O ais aku?? said...

    Fuhhh... dasat sambutan Hari Raya orang Melayu kat UK. Saspek aku.. ahahahaha..

    Kali ni aku tengok ko putih plak. Ko boleh tukar-tukar kulit, ek?

    10/16/2008 2:51 am  
    Blogger zulsa said...

    Assalamualaikum.. salam ukhwah...
    Semoga tradisi mengunjungi saudara mara walaupun jauh di perantauan dijadikan satu budaya.
    Semoga simpulan ukhwan yg kalian bina dapat mengubat kerinduan pada mereka mereja yg berada di perantauan.

    10/18/2008 3:04 am  
    Blogger ASR said...

    Teh o ais: Bukan tukar2 kulit ja, tukar2 baju lagi boleh! ahak...

    Zulsa: Salam Ukhwah. Itu lah yang cuba kami lakukan di sini. Moga ada rahmat Ilahi...

    10/19/2008 7:55 am  
    Anonymous suealeen said...

    asr.... kat sini pun tiapĀ² hari hujan... asal petang je rahmat Allah swt menyirami bumi...

    10/20/2008 12:24 pm  
    Blogger ASR said...

    Suealeen, tu la ada member baru balik mesia kata, pagi sampai tengahari terang, stat kul 3-4 hujan, lebat katanya. Harap hujan rahmat ini tidak dtg dgn petaka, amin.

    10/20/2008 10:04 pm  

    Post a Comment

    Links to this post:

    Create a Link

    << Home