• Sunday, April 16, 2006

    Macam-Macam Ada

    ROJAK!
    ha... itu lah ungkapan yang paling sesuwaiii untuk entry kali ni. Sebab nya aku takde topik yang spesifik yang nak aku ceritakan. Jadinya aku main tulis je cerita itu ini yang terlintas kat fikiran aku ni... so, sit back and relax, enjoy this ride with me, okey... haha.
    Nabila makin Berat...
    Bebaru ni aku ngan wife aku gi toy 'r' us sebab nak cari hadiah harijadi anak member aku. Diorang buat party, so tak sedap la pegi dengan tangan kosong. So seperti biasa kami bawak Nabila naik stroller dia. Most of the time, when ever we start to push her, not for long she will fall a sleep. But that time was different, she refused to sleep but cry! Yesss.. she cried! Her voice was so loud... we thought she might be hungry, thus tried to give her her bottle and yet still she cried. So aku pun angkat la dia... baru dia diam, tapi tak sampai 15 minit aku start sakit pinggang. Wah.. beratnya Nabila. Huh, memang dah berat! Tried to put her back in her stroller but again she cried.
    [Nabila dengan "Piko" ]
    Sakit betoi pinggang aku masa tu.. last last aku beli la beg pengikat dia tu... Ada la pakai stakat 3-4 kali je... pastu dah tak pakai dah.. huh... hangus £20 aku!!! haha.

    Strawberi
    Kelmarin aku pi budgen (market) tapi bila sampai kat fruit section, aku nampak buah strawberi ni punya la besar! Isk... dah beberapa kali aku ngan wife aku pi fruit picking dan juga pegi market lain tapi tak penah nampak strawberi yang camni punya besar. So aku pun beli la sebab nak merasa. Wah... selalunya sekali je aku ngap terus habis sebijik. Tapi kali ni aku perlukan 3 'ngap'an untuk menghabiskan strawberi ni. Biasanya strawberi ni masam sebab tu la diorang makan ngan gula kisar/whip cream... tapi yg ni rasanya sweet... ha.. ni aku letak gambo dia...
    3 kali ngap baru lesap... hehehe
    Sit-up teknik kempiskan perut
    Korang tahu kan kalau kita sit-up hari hari kita leh kurus??? Ha... ni la aku nak cerita bab sit up ni. Nabila sekarang ni kan dah makin berat. Aku pun suka bila dia kuat minum susu. Biar sihat badan dan kuat tulang dia. Bila aja kitorang bawak dia jalan2 dan jumpa member2, ramai yang kata.. "isk isk... tembamnya anak ko zam... ko bagi makan apa?". Agaknya Nabila dengar dan paham kot, tu la sejak 2 menjak ni rajin betoi dia buat sit-up... hehehe.. kenapa, tak percaya???
    Ya.. inilah teknik sit-up yang betul ya tuan2 & puan2...
    Spek Hitam - hindari dari sinaran UV
    Aku ni bukan lah jenis yang suka bergaya dengan spek itam. Tapi bila dah dok kat sini, bila tiba spring je, mula la mat dan minah salleh melaram pakai spek itam. Tak kiralah jenama ke tak jenama ke, tapi dari orang muda sampai makcik2 tua pun melaram. Sebenarnya bukanlah diorang nak bergaya sgt tapi lebih kepada praktikaliti untuk mengelak dari sinar UV. Jadi aku pun tak mengalah, terus beli spek itam di Lilywhites... mughah je... ada diskaun 70%, dari £10 jadik £3... . Aku amik 2, jenama Dunlop! korang penah dengar tak spek jenama Dunlop??
    [Isk Nabila ni... mentang2 la spek murah, menangis pulak dia!!!]
    Setau aku tayar je Dunlop ni kan? tak pon Dunlop pillow yg femes tu... keh keh keh, ntah la.. dah mughah aku belasah je la... tapi bila pakai, style jugak.. bertambah hensem pulak aku jadinyer, tak caya tanya wife aku. hahaha...
    Jalan-jalan di Bekonscot cottage village
    Rasanya dah banyak kali aku sebut pasal tempat ni dalam entry aku yg lepas2 kan? Tapi kali ni tujuan kami pegi sebab nak tunjuk Nabila cottage kecik tu, malangnya Nabila asyik tidur je dalam stroller. Bila tengok dia punya nyenyak, aku nak kejut pun tak sampai hati. Jadinya ibunya la yg melaram lebih... cuma last last bila dah betoi2 kitorang nak balik, baru dia bangun. Dah tak larat nak pusing lagi sekali, jadi tangkap kat lokasi terakhir je la... InsyaAllah ada rezeki lain kali kami akan ke mari lagi...
    Sebahagian gambar yg sempat di abadikan...
    Ok.. aku dah takde idea nak tulis apa lagi... cuma kami juga sempat ke Leeds Castle, bukan lah di Leeds, nama je Leeds tapi dekat Kent. Nanti aku tulis satu entry pasai tempat ni...
    so, tunggguuu.............
    **** ** ****

    2 Comments:

    Anonymous kak oji said...

    maia sure terkejut jumpa c anna nanti... apasal plk adik lg beso dr kakak...hehehe

    4/17/2006 4:15 pm  
    Blogger ASR said...

    Ada orang kata kena angin sini memang baby jadi GEBU! keh keh keh
    Ada gambar terbaru maia? kasi la kami tengok...

    4/17/2006 9:25 pm  

    Post a Comment

    Links to this post:

    Create a Link

    << Home