Brickendonbury: Hari Karnival Malaysia
*kualiti gambar agak kurang memuaskan.
ESOK lusa kita akan menyambut kemerdekaan yg ke-49. Tapi kami di sini telah menyambutnya terlebih awal. Bertempat di Tun Abdul Razak Research Centre di Brickendonbury, telah pun dilangsungkan Hari Karnival Malaysia. Ramai yg dtg, in total mungkin sampai 3,000 orang termasuklah mat & minah salleh skali. Bagus jugak kitorang pergi ber konvoi 4 kereta, kalau tak sah sah lah aku sesat. Punye la ceruk tempat ni. Masuk jalan2 kampung... nasib la redup. Memandu pun tenang je...


Ni kami on da way la ni... Macam masuk ladang getah je rasanya tapi tenang & nyaman gayanya...

Setelah driving hampir sejam akhirnya kami pun sampai. Sampai2 je aku terus la park keta kat tempat yg telah pun disediakan khas... hehehe
Masa kami sampai situ aku tengok dah ramai jugaklah orang. Ye la kan, karnival start kul 9.30 pagi dan kami sampai dah nak pukul 11.30 pagi. Upacara menaikkan bendera pun kami miss. Acara tu jam 10.30 pagi kalau tak silap aku la. Walau pun dah dekat 2 tahun aku kat sini, ni la 1st time kami sefamili attend this event. Tahun lepas diorang kansel atas sebab2 keselamatan lepas kes bombing tu.
Tu, belakang tu la tapak karnival Malaysia tu. Meriah lah...

Lina tengah join queue, beratur nak beli sate... Cepat sikit mummy, Nabila dah lapar ni...
Selain dari sate kami juga membeli keropok lekor (frust sebab tak seperti yg di harapkan!), nasi lemak, yong tau foo dan yg paling BEST.... tempe! Tak tau
la dari mana diorang seludup tempe ni ke sini. Tak banyak mana pun. Sebab habis semua di beli org. Kami amik sepeket je. Juadah yg lain cam pasembor, roti canai, masalodey, cilisos aminah Hassan pun ada. Isk... macam2 lah kalau nak disenaraikan. Harga jangan tanya. Memang mahal sikit. Hehehe... diorang mark-up price for this event. Sate tu £4 untuk 5 cucuk, yg tu oke lagi la... tapi yg buat rasa mahal sangat tu bila aku beli karipap kecik je 3 bijik £2.50! Huh, salah aku la jugak... main amik je tak tengok rega kan? Jadi bayo je la...hahaha.

Proton pun ada bukak ruang pameran kereta A1 Team Malaysia. Lepas aku try test keta tu, kami bergambar pulak ngan Alex Yoong pemandu rasmi dia... oh ya, Satria Neo pun diorang display jugak.
Bagi yg penah ada experience diorang memang well prepared untuk attend this event. Siap bawak tikar dan khemah. Tak cukup ngan itu siap bawak bekal sekali walaupun ada 25 gerai yg dibuka menjual macam2 makanan Malaysia. Kami yg takde experience ni dtg melenggang je la. Tapi tetap lah menumpang port mereka2 yg sudi meng'offer'. Tengkiu la ya.
Lepak lepak melepas lelah kat port Pak Ya dan Hj Yatim.
Ni pulak di port ustaz Rahim & Kak Puteri... siap offer kami nasi lemak tu...

Bergambar dengan family rosdi, mozak dan juga yusri...

Dah puas meluang masa bersantai dan menikmati pelbagai juadah kami pun menuju ke kereta dan terus lah pulang ke rumah...
.
.
Cantikkan keta kami....?
.
Hahahaaa...
.
.
*Selamat Hari Lahir kepada Acu Amin (27.8) dan Maia (31.8). Semoga tercapai segala apa yg dihajatkan. Panjang umur murah rezeki. Amin.
.
2 Comments:
amboi.. merasa jugak keenakan juadah mesia ek..
"Selamat Hari Merdeka"
Alhamdulillah, tapi still tak se bess yg kat mesia.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Post a Comment
<< Home