• Friday, August 25, 2006

    Dover: Bukit didaki Lembah dituruni

    RASA-RASANYA inilah hujung minggu kami yg paling adventure! Hahaha.. tu la... tak sangka lawatan kami ke Dover ni begitu mencabar sekali. Tapi kami tak bersendiri mengharungi cabaran ni, Mozak and family pun terjebak sama.
    Lebih kurang jam 8.30 pagi kami bertolak ke Dover. Perjalanan ke sana lebih mudah sebab Mozak sekarang dah ada navigator. So kami ikut je la dr belakang. Sampai2 je kat Dover terus kami tuju ke White Cliffs. Memang Dover ni terkenal dengan white cliffs ni dan itu lah salah satu tarikan utama kat sini.

    Isk daddy ni... apa la kita lepak kat semak pulak ni?... Rileks Nabila, Daddy nak dapatkan effect yg fantastic dalam teknik photography ni... hahaha.

    Parking fee dia £2.50 pastu lepak lah berapa lama suka. Dari atas white cliffs ni kita buleh la nampak pelabuhan/jetty Dover tempat ferri berlabuh. Kalau nak gi ke France situ la tempat naiknya. Nampak tak Lina tengah teropong tu... tu bukan teropong free free je tau, bayo 20p dulu ya!!! hahaha. Aku dah penah naik ferri SeaFrance ni dari Dover sampai ke pelabuhan Carlais di France. Punya la aku pening mabuk laut, itu pengalaman 8 tahun dulu. Serik rasanya. Masa kami pi ni cuaca agak sejuk dengan angin bertiup agak kuat. Makin sejuk la terasa.

    Kalau betul2 nak tengok pemandangan dia yg menarik tu kenalah jalan sikit sebab keta boleh masuk cuma di kawasan awalnya saja. Jenuh lah kami cari spot paling menarik untuk bergambar agar nampak pemandangan white cliffs tu. Kalau korang besarkan gambo belah kanan ni, korang boleh nampak Dover castle kat atas bukit tu. Kami spend masa tak lama kat sini, sebab tak de apa cuma tengok pemandangan laut, ferri, burung camar & white cliffs tu sendiri. Ramai juga pengunjung kat sini. Orang tua tua dah bertongkat pun jalan slow2 suami isteri. Punyalah gigih diorang ni!
    Nabila tersenyum menunjukkan 2 batang giginya yg baru tumbuh tu. Kat sini jelaskan nampak white cliffs tu? Kalau kat Temoh cam bukit nak pi rumah Opah Wan Pah je lah (org Temoh je tahu kot)! hahaha...
    Lepas tu kami mencari spot yg lain pulak. Asalnya nak mencari pine garden, ingat nak lepak2 minum2 makan2 la kan. Tup tup bila sampai nampaknya pine Photobucket - Video and Image Hostinggarden tu kena bayar. Kami rasa charge yg dikenakan tidak berbaloi dan macam takde orang pun yg masuk. So kami pun carilah alternative yg lain. Pastu Mozak gigih ni, pi tanya mat salleh kat situ mana spot nak dapat pemandangan menarik. Mat saleh tu pun gigih jugaklah meng"explain". Mat salleh tu suh patah balik, turun ke bawah dan ambik kawasan pantai, tapi setelah "bermusyawarah" kami telah mengambil keputusan untuk TAK mendengar cakap mat salleh tu. keh keh keh. Agaknya mat saleh tu menyumpah kot kat kami sebab penat dia bagi direction last last kami tak ikut pun. Kami amik keputusan untuk pergi ke rumah api yg terletak di atas bukit tu dan di sini lah adventure bermula.
    Ceng ceng ceng!!!!
    Apala yg kelakar tu ya? Tu la dia rumah api yg kami tuju tu. La... camtu je ke rupa nyer? Ingatkan yg belang2 merah putih cam dalam crita Ring 'O' tu... huhuhu
    Rupa-rupanya rumah api tu jauh juga. Dah la naik bukit, kena tolak stroller Nabila pulak. Jalan pulak bukannya rata. penuh batu-batu dan akar2 kayu. Penat la. Naik mengah aku rasa. Betis pun mula rasa jegang semacam je. Nabila dah rasa cam cabaran camel throphy pulak. Last last aku dukung Nabila. Lagi senang rasanya dr tolak dia dlm stroller tadi. Tapi sat je.. pastu rasa cam nak patah pinggang pulak. Letak balik dalam stroller. Kelakar pun ada. Bukit cerakah punya trek pun lagi cantik dr trek kat sini. Cam tu jugak jungle tracking kat janda baik! Lagi menambah cabaran bila jalannya penuh dengan taik kuda! Ada yg basah ada yg kering... hahaha. Tapi usaha itu tangga kejayaan, kami sampai juga ke atas! Yey!
    Sampai sampai kat atas kami buka la bekal kueh pau. Nabila pun mula lah menjamah makanan dia. Baru sesuap dua, hujan pulak ni!!! Alamak.. bungkus balik semua makanan, dan cari tempat teduh, tapi tak sempat jumpa tempat teduh, hujan pun berenti. Aik, magic sungguh! Kami pun apa lagi terus posing2 ambik gambo lagi. Yeaaah... Langit nampaknya makin gelap ni. Jadi kami amik keputusan untuk turun je cepat2 sebelum hujan turun lagi. Masa turun ni tak la rasa jauh pulak, tapi baru separuh jalan, hujan turun balik. Lebat betul! Jalan pun jadi licin. Ramai mat saleh yg berteduh bawah pokok. Kami pun cari pokok utk berteduh. Aku pun tolak la stroller Nabila dengan langkah yg cepat2. Nasib la Nabila punya stroller memang ada disediakan rain cover, kalau tak lagi parahhh!
    Photobucket - Video and Image Hosting
    ...dan berteduh lah kami di bawah pokok tepi jalan berbatu batu...
    Walaupun diuji dan diduga dengan cabaran cuaca, kami masih tak putus asa, lepas hujan dah berenti kami cari lagi spot yg menarik. Gigih sungguh ni! Hahaha... Perut pun dah lapo, so kami terus ke Marina Bay dia. Kat situ ada banyak bot2 dan yatch berlabuh dan juga ada jetty tempat orang ramai memancing ikan. Nak pancing kat sini kena amik lesen dan setiap rod dikenakan £3.00.
    Ni la kapal layar.. eh ke bot? eh.. kapal layar la kan.. cuma layar dia je diorang tak pasang... bes gak pemandangan dia.
    Baguslah tempat ni sebab dia ada sediakan bench dan kat situ la kami "pau" bekal nasi campur yg dibawa oleh Mozak. Siap ada rendang lagi tu. Thanks la Sue ya... aku siap bertambah ni. Lapo betui! hahaha. Cantik jugak pemandangan kat sini. Just tangkap2 gambar ala kadar. Tapi kedai dia tak banyak bukak. Town dia agak bosan. Mungkin hari ahad diorang tutup cepat kot.
    Lepas perut pun dah kenyang, kami chiow balik ke London. tetiba tengah driving ni aku ngan Mozak sempat calling calling lagi dan amik keputusan untuk singgah ke Ashford designer factory outlet pulak. Ni 1st time kami ke mari. Wah.. best la concept shopping complex dia. Tapi kami pi kedai semua dah nak tutup. So do a quick window shopping dan pulang lah ke London. Balik balik, aku rasa penat lah weekend yg ini. Huh! Tapi kenang2 jadi lawak la pulak. Hahaha... Minggu depan nak pegi mana ya?
    .
    Nak join???????
    (huh! Awat penat aku menaip kali ni ntah?)
    .
    **** ** ****

    7 Comments:

    Blogger smms said...

    tu la..x nak dengo cakap mat salleh tu ..padan muka kau dan aku jugak..tapi x pe..turun jugak 2-3 kilo aku punya lemak yg berkilo2 ni..ha..ha.ha..

    8/27/2006 7:25 am  
    Anonymous kak oji said...

    hehehe betoi kata smms tu....
    tak miang ke c nabila tu dok dalam lalang..
    hebat le pemandangan n bukit2 kat temoh tu sama je macm kat cna tapi jangan lupa.....TAIK LEMBU..!!! hahaha

    8/29/2006 4:59 am  
    Blogger ASR said...

    smms: Turunnya 2-3 kilo, naiknya berapa pulak... campur tolak kali bahgi...tak de makna nye! hahaha...

    kak oji: Nabila oke jer... Taik lembu??? Wakakaka... Syyyy... biarlah rahsia.

    :)

    8/29/2006 6:15 pm  
    Anonymous hana said...

    aku tak nampak gambor.. uhuks..

    8/30/2006 8:58 am  
    Blogger ASR said...

    Aik... cuba lagi... Ingat! Usaha tangga kejayaan...

    hahaha

    8/31/2006 9:52 am  
    Anonymous hana said...

    hahahaha.. kamu ni org temoh ker yeop..? aku baru perasan bila baca balik. aku dulu ada kawan kat situ.. ada lagi ker kampung hadapan stesyen kat temoh tu..?

    9/01/2006 7:48 am  
    Blogger ASR said...

    Masa aku kecik2 dulu aku dok Temoh. Pindah Ipoh tahun 1986. So dah lama beno aku tinggalkan Temoh tu. Kg hadapan stesyen tu diorang panggey Temoh stesyen. Ada lagi la kot...

    :)

    9/04/2006 12:51 pm  

    Post a Comment

    Links to this post:

    Create a Link

    << Home